/**/
Subscribe Twitter

Mee Tarik Warisan Asli, Johor


Hepi 27th wedding anniversary...


Bila dah mula citer pasal tempat makan, maka berderet lah nak story citer makan...makan...dan makan ja. Kali ni aku nak ajak korang skodeng mee tarik asal dari negeri China.



Mee Tarik Warisan Asli  
Jln Padi Emas 1/2, Bandar Baru Uda
81200 Johor Bahru, Johor

Tel: +6011-11411681





Pada 30 Januari 2018 yang lepas, genap lah 27 tahun usia perkahwinan aku dengan en hubby. Agak-agak bole di kategorikan sebagai masa apa ni? Emas? Perak? Gangsa? Kih...kih...




Dek kerana sekarang anak ada yang dah bekerja jadi nak cari masa yang sesuai nak makan-makan kat luar sama-sama tu agak terhad. Hari cuti Thaipusam baru ni, apa lagi, kitaorang main redah ja la satu kedai makan ni untuk celebrate wedding anniversary aku tu.




Paling menarik kat kedai makan kali ni sebab staf yang buat mee tu mengimbau kembali kenangan sewaktu aku melancong ke China. Apa lagi, aku terus masuk la kat situ sebab nak merasa sama atau tak hidangan mee tarik kat situ.




Kawasan keliling kedai sangat tenang dan bersih. Kemas tersusun segala peralatan dan stok jualan kering.




Cumanya yang aku tak berapa berkenan layanan kat sini tak berapa nak mesra. Masam ja muka diaorang ni. Penat gamaknya. Maklum cuti orang ramai datang. Huhu...




Menu boleh tahan banyak. Berpinar jugak mata nak pilih mana satu. Semua nampak simple tapi dek kerana nak mencuba, kitoarang layan ja la tekak pilih sorang satu.



















Cara order makanan kat sini agak berlainan sikit. Korang pilih menu (catit kat kertas yang disediakan), lepas tu terus bayar kat kaunter dulu baru lah pesanan boleh dibuat. Pesanan memang akan sampai lambat kat meja korang sebab tukang buat mee tu akan buat mee berdasarkan order yang dia dapat. Senang citer tak da pembaziran kat situ.




Tukang buat mee tu pulak memang Chinese Muslim yang daang dari negara China. Korang boleh nampak dari luar cara staf tu hasilkan mee tarik. Memang tertarik tengok cara diaorang ni sediakan mee tarik ni. Tarik-tarik banyak kali dah jadi mee...kagum betul sebab puas hati dapat mee yang fresh untuk dimakan.




Sementara menunggu order sampai. kitaorang jalankan upacara potong kek dan suap menyuap pengantin lama. Lepas tu bagi la semua staf yang ada kat situ merasa sikit sorang kek yang kitaorang bawak tadi.













Bila order sampai, kitaorang ada rasa sikit frust sebab nampak sikit ja hidangan mee dalam mangkuk besar, tak setanding harga. Kalau makan hari-hari kat situ konfem bangkrap. Kuang-kuang...




Rasa mee ni agak lain berbanding rasa mee kuning yang selalu korang makan tu. Sedikit tawar tapi fresh dan dihidang panas. Memang betol, sama dengan rasa masa aku makan kat Guangzhou, China dulu.




Ada 2 favourite dishes kat mee tarik ni. Satu rasa pedas dan satu berkuah sup. Tapi aku rekomen korang pilih lah yang goreng pedas. Lebih berbaloi rasanya. Aku siap tukar menu dengan anak aku sebab menu yang aku pilih tak sedap. Tak terkata apa anak aku...haha.




Satu lagi yang best kat sini yang korang mesti cuba ialah air Ba Bao Tea. Kalau tengok dari luar macam ngeri nak minum. Dah rupa minum rumput hehe. Tapi bole tahan sedap la air ni. Ala-ala rasa lai cikang pun ya jugak. Ada campuran green tea, gula batu, laici dan 5 bahan lagi, aku dah lupa apa nama bahan tu sori eh.




Kalau korang nak beli sepeket pun boleh untuk buat sendiri kat rumah. Harga RM6 ja sepeket untuk secawan minum. Nak beli sekotak pun boleh tapi harga boleh tahan la beratus ya.




Ok korang, ni ja yang dapat aku citer pasal Mee Tarik Warisan Asli ni. Korang datanglah sendiri merasa mee tarik buatan sendiri depan mata ni. Mana tau sesuai dengan tekak korang boleh repeat lagi ke kedai ni.




Jumpa lagi di lain entry, daaa....!!!


Ni lawak...
























Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Lazada


Bedung Bayi Zip - Dapatkan di Meed-Disney Store @ Lazada     Bedung Bayi Wrap

Kacip Fatimah Phyto Plus     Virgin Coconut Oil VCO