/**/

Pages

Subscribe Twitter

Facial Wajah Di Sothys Paris




Kali ni nak citer pasal facial muka plak. Pertama kalinya dalam hidup aku nk try berfacial. Bukan apa, pernah cuba produk lain muka terus jadi merah mengelupas dan pedih, ooowh tobat, memang nak kena pakai safi balkis jer. Camni nak kena sign jadi duta ni produk safi ni, kui2...

Facial dilakukan di Sothys Paris terletak di Taman Nusa Bestari. Pakej yang aku ambil adalah Pakej Placenta Facial Lympohatic and Upper Back Massage. Harga adalah RM38 untuk Couple (harga biasa RM98 seorang) .

Aku sampai lewat setengah jam dari temu janji tapi tak apa la, janji aku sampai kan. Lepas dapat penerangan, rawatan yang akan dijalankan memakan masa selama 2 jam.


Sedia untuk di oles...hehe..

Staf bertugas beri minum air bunga matahari yang dibuat sendiri dan aku diminta buka pakaian dan gunakan baju yang disediakan dalam bilik rawatan.

Mula2 staf membersihkan mukaku dengan membasahkannya dengan air dan skrub muka. Waa...bestnya,sejuk ja rasa. kemudian seronoknya rasa bila muka dibelai-belai.

Kemudian staf spa mengambil sejenis krim katanya untuk membuka liang roma dan membersihkan seluruh muka secara mendalam. Kemudian dia mengusap muka ku dengan mesin.

Usap disekitar wajah, haa...rasa sejuk, nyaman, sampai aku terlena dibuatnya.


Dah ropa tepong gomak jadiknyer..

Sementara tunggu krim tu kering staf mengurut2 sekeliling bahu dan tengkuk. Walla...lagi syok rasa, 15 minit jugak la dia mengurut,suka..suka...

Selepas kering krim dimuka staf mengambil sejenis lagi krim katanya mask untuk memutih dan mencerah serta awet muda. Sejuknya ku rasa...

Aku diminta relax beberapa minit sehingga krim itu kering. Selepas menunggu selama 25 minit krim pun dah kering, mata pun dah segar, staf membersihkan lagi wajahku dan mengurut bahuku. Asyiknya...rasa tak nak turun dari katil je, huhu...

Fresh rasa..bole cuba lagik..


Ok la ni ja la cerita facial aku ni..tak berapa nak menarik sangat ...hingga jumpa lagi...babai..!!!
Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai