Wanita , fesyen dan 'majlis grand' memang tak dapat nak dipisahkan. Itulah hakikat yang semua orang perlu terima samada kita kaya atau miskin. Semua orang nak rasa dihargai dan menghargai. Coretan kali ni aku nak bawak korang sama-sama ikut aku yang fefeeling jadi retis...haha.
Majlis yang aku maksudkan tu adalah Gala Dinner yang dianjurkan oleh pihak HQ Oceanlife yang mengeluarkan produk Ephyra yang mana aku merupakan Stokis untuk negeri Johor.
Majlis diadakan pada 14 Ogos 2015 jam 8 malam bertempat di Dewan Tun Dr Ismail, PWTC. Waaa.. teruja sangat ni nak attend dinner yang bukan calang-calang nih.
Mula la episode aku menjelajah satu Johor Bahru untuk mencari pakaian yang sesuai . Elegance temanya. Pada mula nak pakai slack dan kot bagai tapi last-last decide nak cari dress la. Bukan tak ada baju sebab baru ja sambut raya kan, baju kurung tu elegance la jugak kan tapi nak jugak baju lip lap, dress ala2 cinderela katanyer..gitew berangan tak sudah..haha.
Macam biasa la aku akan keliling bandar JB ni untuk pilih baju, nanti dah dapat baju nak pilih tudung plak, kasut, handbag dan macam-macam lagi. Ala, sapa nak solek kan aku, kalau kat JB boleh je suruh kekawan solekkan, maklum la aku ni bukan kaki solek-menyolek dan conteng-menconteng muka, selalu just pakai lipstick dan celak ja..yang lain takder nya aku nak pakai like blusher ke, eye shadow ke..buat semak kat muka den jer..simple as simplymeed.. hehe..
Pusing-punya pusing satu JB last-last dapat la satu dress ni.. harganya boleh tahan la, niat di hati nak yang lagi satu dan lawa tapi lumayan bangat harganya..haha. Dapat yang ni pun jadik la kan asalkan baju baru gitew.
Kalau lelaki boleh je pakai baju yang sama orang takkan perasannya tapi kalau perempuan mestilah nak tukar-tukar sebab jadi perhatian semua orang so tak best la bila notice pakai baju yang sama tiap kali majlis..cam kak Mah Ajib..ngeh2..
Lepas beli tu esoknya jumpa lagi satu baju, aku beli jugak last-last tak tau nak pakai yang mana satu. Haa padan muka sapa suruh beli banyak-banyak kan dah tak tau yang mana satu nak pakai. Rasakan...
Ok setel bab baju, waa suka sangat warna ni sebab tudung, handbag dan kasut dah ada warna sama so tak payah sibuk-sibuk cari lagi cuma alat solek ja la (baru terkial-kial cari), moh la kita gerak ke Kuala Lumpur untuk ke Gala Dinner tadi yang katanyer rata2 ada ramai artis dan cabutan bertuah. Mana la tau kot-kot ada yang berkenan nak jadikan aku retis tambahan atau bertuah badan dapat hadiah, sapa nak bagi kan.
Tapi biasanya kalau aku berangan insya Allah dapat. Masalahnya masa nak ke sini sikit pun aku tak berangan dapat hadiah cuma berangan nak jumpa artis jer..kih kih kih. So kita tengok ja la eh dapat ke tak hadiah tu.
Last-last aku decide pakai dress, hoody (shawl teramatlah lecehnya lilit sana sini haha) dan solek seadanya, pandai jugak aku solek rupanya, mati la puji diri sendiri kan. Sampai PWTC pukul 8.30 malam ingat dah lambat tapi rupanya awal lagi.
Masing-masing still sibuk kat kaunter pendaftaran, amek goodie bag dan berposing kat karpet merah..ala-ala retis la katakan. Aku pun join sama la dan tak lepaskan peluang ambil gambar dengan founder Epyhra mudah-mudahan aura boss dia tu serap kat aku plak, ok bole pasang angan2 sekarang. Hehe...
Masuk je dewan aku terus ke meja santapan yang telah disediakan, sebagai Stokis negeri aku ditempatkan di meja hadapan sekali berdekatan dengan pentas persembahan dan bersebelahan dengan meja founder dan duta Ephyra. Suka yang amat, ada kejakunan sikit kat situ, bhahahaha...
Masing-masing pakai baju biasa-biasa je. Ada la sorang dua yang berlip lap macam retis. Nasib baik akak tak pakai yang over-over kalau tak malu akak dik oi... hehe.
Nasib baik la aku dah isi perut sikit dengan makanan kalau tak, ada yang tumbang keluar angin sendawa kat situ, haha. Bila nak mula ni..adey, sudah lama tunggu daaaa. Tepat jam 9 malam baru la diumumkan dua-beradik iaitu founder Ephyra merangkap CEO (Amiza) dan COO (Zafry Izwan) masuk ke dewan.
Tak lama lepas tu duta Ephyra iaitu Norman dan Memey plak masuk. Waaa...sampai tempat aku je Memey terus berjabat tangan dengan aku...maklum pernah jumpa masa event kat JB...dan duduk kat tempat yang disediakan. Kurusnya la ko dik lepas bersalin, tapi Norman tetap macho as usual.
Lepas semua dah bagi ucapan, persembahan nyanyian dan tarian pulak dihiburkan untuk yang hadir sambil dihidangkan makanan pada semua tetamu yang rata-rata dah nampak riak kelaparan di muka masing-masing, wakaka.
Pengacara majlis adalah Dee @ Jangan Ketawa, penyanyi seperti Nurul Wahab dan 3 orang budak baru aku tak ingat nama, sama la dengan dancer yang aku tak ingat nama sebab tak berapa nak femes tapi tersangat lah seksinya. Jangan marah akak ya dik non.. kih kih kih..
Sambil makan-makan, cabutan bertuah dijalankan, macam biasa la, aku ni bab-bab hadiah kecik-kecik biasanya tak pernah dapat, selalu dapat yang besar-besar je contoh kereta yang aku pernah dapat dulu..Alhamdulilah.
Kalau tak silap grand prize adalah Handphone Samsung S6, lepas satu-satu nama dipanggil, nama aku tak keluar pun huhu.
Aku tak lepaskan peluang ambil gambar dengan artis-artis yang ada macam Norman, Memey, Dee, Ashraf, Aziz M.Osman dan pelakun perempuan citer Mak Cun, tapi aku tak ingat nama pelakun ni, sori ya dik, jangan marah akak eh. Cuma agak ralat sikit lupa nak mintak nombor contact diaorang, mana la tau ada kegunaan masa akan datang..jom berangan lagi, haha.
Tepat jam 11 malam majlis selesai, tu pun tak habis-habis lagi berposing kali ni dengan CEO dan COO lagi sekali. COO boleh buat lawak masa Nurul nyanyi dia bagi bunga.. wooo romantiknyer, untunglah sapa jadik girlfren dia nanti. Tak lepaskan peluang jugak berposing atas pentas sambil pegang award, eh award ke apa ek yang sesuai, apa-apa la eh korang tengok la dalam gambar yang aku pegang tu nanti eh.
Jualan tertinggi dapat la sijil dan award. Dengarnya untuk tahun depan jualan tertinggi akan dapat kereta pulak, eh, adakah AKU yang akan dapat, jom la buat jualan besar-besaran dari sekarang mudah-mudahan kereta tu aku punya..amin.
Kesimpulannya, tahniah pada pihak penganjur yang beria dan bekerja keras meraikan stokis, pengedar dan menjayakan majlis ni, hebat.. kecuali makanan tak berapa nak sedap, yang lain ok tip top. Jumpa lagi di Gala Dinner next year..inshaAllah.!