/**/
Subscribe Twitter

Mammogram 3D di KPJ Puteri Specialist


Macam2 dengar tentang penyakit yang datang menyerang tiba2 sekarang nih, gerun rasa, tak kira samada kita sorang ahli politik ke, doktor ke tetap akan kena jugak jika tu takdir kita. Bermula dari keinsafan diri tu la aku merasa aku perlu bertindak untuk menjaga keselamatan dan kesihatan diri. Bak kata pepatah mencegah lebih baik dari merawat.

Contoh terdekat dah ada iaitu doktor yang selalu aku jumpa bila aku ke kliniknya. Doktor ni selalu jaga kesihatan dia tapi tu la macam aku kata tadi kalau kita terpilih maka itu lah takdirnya, mungkin sebab kita kuat maka itu ujian diberi pada kita. Setiap tahun menurut doktor ni waktu aku bersembang dengannya..dia selalu buat pemeriksaan kesihatan diri seperti mammogram, papsmear, dan sewaktu dengannya.

Waktu datang ke klinik tempohari lama aku tak jumpa doktor ni rupanya dia sedang berehat di rumah kerana menjalani rawatan kanser payudara iaitu salah satu kanser yang amat ditakuti oleh wanita. Terkejut dan terdiam aku beberapa saat waktu mendengar cerita ni.

Bermula dari situ lah timbul kesedaran untuk aku buat check up jugak yang mana sebelum ni kesedaran tu dah ada cumanya asyik bertangguh...takut pun ya jugak. Last aku buat check up pada tahun 2010. Hmmm...dah 5 tahun tuh so aku decide la nak buat check up segera.


Setelah menelefon beberapa hospital yang menawarkan buat mammogram ni , last2 aku decide nak buat di KPJ Puteri Specialist Hospital, Johor Bahru pada 21 Ogos 2015. Harga promosi sempena merdeka sehingga pertengahan September adalah RM180 (harga asal RM240) untuk 3D mammogram dan kiranya keputusan tidak berapa terang pesakit di kehendaki jalani ultrasound pulak dengan kos RM67.

Waktu tunggu giliran di panggil tu mula lah keluar segala rasa seram sejuk la, berpinar la, nak membuang la..haha..macam2 adoo, rasanya semua orang akan mengalami rasa yang sama nak2 bila nak tunggu result keluar, betol kan? Ngaku je la ya...hehe.

Bila nama dipanggil aku segera ke bilik pemeriksaan dan dikehendaki membuka semua baju dan pakaian dalam. Hanya aku dan staf wanita saja ada kat situ.

Sepatutnya staf kena maklumkan pada kita agar buka segala barang kemas yang ada tapi staf ni tak buat macam tu dia diam je...hmmmm...nasib baik la aku ada baca serba sedikit sebelum buat pemeriksaan.

Ingat ya kekawan, kalau nak buat mammogram, korang tidak digalakkan memakai barang kemas samada rantai, gelang, cincin, jam dan sewaktu dengannya, kerana ia sedikit sebanyak akan mengganggu proses pemeriksaan nanti. Korang juga tidak di galakkan (kalau boleh jangan pakai terus) deodorant ke tau bedak mau pun losyen disekitar ketiak, senang citer separuh badan la. Bukan lama pun kejap je so tak yah sebok2 nak berwangi2an bagai..huhu.

No giliran sama macam no yang ada di jeans la...walla

Waktu pemeriksaan tahun 2010 tu aku dikehendaki baring dan staf akan letak 1 alat (aku lupa nama alat tu) dan terus tekan lembut ke payudara dan sekitarnya. Selepas setel kiri dan kanan kita perlu tunggu 20 minit untuk dapat keputusan. Alhamdulilah pemeriksaan yang aku buat tu semua ok cuma ada toksin sedikit dan aku dinasihatkan kurangkan makan makanan yang berminyak dan makanan di bakar.

Dulu pernah kawan aku cerita buat mammogram ni kedua2 payudara akan dipenyek dan akan rasa sakit sikit, sekejap ja, tu yang buat aku tangguh lama jugak nak buat. Tapi bila dengar sekarang ada 3D so perasaan takut tu jadi kurang la jadinya aku terus decide nak cuba. Mula2 payudara kanan diletakkan pada papan mesin dan akan dipenyek juga dalam 2,3 saat ke minit ke aku lupa la tapi memang rasa la sakitnya.

Aku ingatkan 3D just kita duduk dan staf akan petik gambar ja ka atau camna tapi bukan tekan, rupanya non ado..tetap jugak di penyek nya. Mesin akan bergerak kekiri dan kanan waktu payudara ko di penyek tu. Lepas tu proses yang sama untuk payudara kiri plak. (Gambar mesin aku tak amek ya sebab tak kan la nak snap waktu aku sedang diperiksa, aurat tuh...huhu, jadi korang tanya la pak google ya).

Boleh rujuk info kat sini -

Mammogram 3D - Tomosintesis


Kat belakang tu bilik pemeriksaan mammogram..baru je kuar nih..

Aku ingat selepas setel kiri kanan dah bole kuar rupanya kena buat lagi sekali yang mana kali ni untuk pemeriksaan area ketiak plak. Proses yang ni lebih menyakitkan sebab kita dikehendaki mengiring (maaf aku cerita berdasarkan pengalaman bukan nak menakutkan korang ya). Dah setel dua2 belah payudara dan ketiak kiri dan kanan tu baru lah proses pemeriksaan selesai. Dalam waktu tu jugak korang akan dapat tau keputusan. Kiranya imej keputusan tak nampak jelas korang akan dikehendaki buat ultrasound jugak.

Alhamdulilah pemeriksaan untuk aku tadi staf bagitau imej gambar jelas dan tak perlu buat pemeriksaan selanjutnya. Aku tak bawak xray tu jumpa doktor pakar kat situ sebab bayaran mahal tambahan aku dah dapat penerangan dari staf tadi bahawa semua ok dan aku tak perlu risau. Tapi aku decide untuk tunjuk jugak xray tu pada doktor klinik yang aku selalu pergi untuk minta penerangan lanjut. Setelah jumpa doktor dan puas hati dengan penjelasan doktor tadi barulah aku merasa lega yang amat sangat. Hanya ada lemak2 sikit je..tu normal bagi semua wanita. Alhamdulilah Syukur Ya Allah.


Muka lega lepas dapat keputusan...amin ya Allah...syukur alhamdulilah !

Ok lah , nampaknya ni ja la yang dapat aku share dengan korang, mudah2an sikit sebanyak dapat kurangkan rasa gundah gulana korang yang still takut untuk buat rawatan mammogram nih. Bak kata pakar perubatan, rawatlah kesakitan yang ada dari awal sebelum ia berlarutan. Pemeriksaan awal dapat menyelamatkan nyawa dari sebarang penyakit atau kesakitan yang di alami...inshaAllah !.

Contoh mammogram 3D machine yang digunakan sekarang ni.




Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak