Teruja rasa bila tengok dalam media sosial berkenaan Teater Muzikal P.Ramlee (P. Ramlee The Musical Tour - Dari Penang ke Singapura) yang akan diadakan di Johor Bahru. Lama tak tengok teater artis-artis Malaysia ni.
Last tengok tahun 2004 cerita Alang Rentak Seribu kat Istana Budaya Kuala Lumpur.
Mula pasang angan nak tengok hari persembahan pertama (dari 4 - 6 Sept 2015). Tapi lambat book tiket so nganga ja la ya tiket dah sold out.
Hari kedua bila tengok FB semua kata best la, kelakar la so decide la nak pergi. Booking online tiket harga paling murah RM93 tapi internet punya pasal lembap macam siput so tiket habis. Terpaksa la booking tiket harga RM138. OK la kan dari takda.
Aku sampai Pinewood Iskandar Malaysia Studios ngam-ngam 7.45 malam. Beratur pulak ambil tiket. Cek punya cek tiket belum print. Ello... cik kak, apa yang korang buat dari tengahari ek? Adoyai ada yang nak kena jerit ni. Sabar Meed sabar. Hmmm...Kalau terlepas show siap la korang.
Kat tiket tulis start jam 8 malam, ni dah 8.15 malam penonton semua masih ada kat luar. Biasa la panorama orang melayu macam ni la, lembap segala hal.
8.30 baru beratur masuk ke dewan, seat dah ada nombor, senang la. Seat aku memang cantik la nampak semua tempat. Puas hati.
Aku tengok tenaga pekerja ke hulu ke hilir, buat apa entah, seat VIP kosong lagi wei macam ni bila nak start. Aku pulak lupa nak makan dulu, jangan la keluar angin sendawa yang macam-macam bunyi tu...huhu.
Patutnya dibenarkan la bawak makanan atau minuman, 2 jam kot duduk bertapa dalam tu. Tapi ya la budaya kita memang pemalas dan suka buang merata segala tok nenek sampah (aku terkecuali eh), hehe, so aku setuju la tak boleh bawak makanan ni nanti rosak studio yang lawa tu.
Dah jam 9 bila nak start ni, adoi la labu, jenuh wei tunggu. Tetiba staf panggil sederet barisan aku untuk turun ke bawah dan duduk seat VIP..waa..bestnyer. Tak sia-sia tunggu lama. Tu la tiap pengorbanan ada balasannya. Betol la tu. Ahkak percaya sekarang. Hehe. Tocey2...
9.15 malam baru persembahan bermula. Waaaallaaa...hebatnya pentas dihias prop yang cantik,update dan sistem bunyi yang moden dan terkini, bak kata orang sekarang, canggih sey...stylishto.
Awal-awal intro dah kelakar. Harap2 betol la komen orang yang dok puji best sesangat teater ni. Tak la rasa membazir keluar duit beratus-ratus.
Sukanya dapat tengok retis-retis ni bergerak sana sini, tak berkedip mata aku ke kiri ke kanan. Melenting sana, terpusing sini, tingginya stamina uolls. Thumb up la untuk korang kat situ, kih kih.
Mata pulak tertumpu pada pakaian perempuan2 tu, seksi wooo, memang sah la pakaian orang dulu-dulu lagi teruk banding sekarang.
Cumanya orang dulu-dulu pakai nampak comel sebab pinggang bak kerengge bukan macam orang sekarang mewah dengan spare part dan kondo katanya, sampai macam tu sekali perumpamaan untuk orang gemuk @ terlebih isi. Haish tak patut sungguh. Kesiiiiaaaan kan.
Ini macam kalu pakcik kopiah tengok pun mau tercabut dek keseksian pelakon yang tergedik-gedik menari sana sini. Kalau kita yang perempuan ni dah suka tengok apatah tak berkelip mata, apa lagi lelaki yang tengok, mau dirabanya terus agaknya kalau dapat. Kah kah.
Meh aku citer sikit slot-slot yang ada. Mula-mula P. Ramlee (Tony) tu menang dalam pertandingan nyanyian, lagu Azizah, eh napa tak Hamidah ek? Hehe...
Masa tu sorang penerbit India, aku lupa nama, korang tanya pak google eh, dari Singapura pelawa P. Ramlee keja kat sana.
Lepas decide P. Ramlee dan kawan dia Sukardi pergi ke Singapura. Kat sini aku salute la Tony Eusoff ni coz suara, rupa dan gaya memang betol iras P. Ramlee.
Prop yang digunakan konon naik keretapi ke Singapura fuh memang boleh dipuji. Pandai la sapa yang buat. Meh datang jumpa aku ada job untuk korang. Ceh..
Sampai Singapura P. Ramlee mula kerja dan bersama team baru yang mana bos keciknya adalah Uncle D Haris (Aznil).
Pak Nil ada 2 anak perempuan Junaidah dan Junainah, berangan nak bermenantukan P. Ramlee ni, yang mana akhirnya P. Ramlee berkahwin dengan Junaidah. Masa part ni memang kelakar habis. Senang citer tiap slot ada je lawak yang dibuat. Tak bosan dek non..
Lepas dah berjaya, ramai yang puja, si Junaidah ni dah tak tahan minta cerai dari PRamlee. Tiap kali nak tukar stage akan ada paparazi buat persembahan berlatar belakang kan prop suratkhabar gosip berkenaan P. Ramlee.
Ada sekali tu masa suasana senyap sorang penonton ni cakap kuat la jugak, dia kata, eh prop surat khabar tu memang betol eh, so jadi berita headline kat paper satu negara la eh, apa lagi kitorang yang dengar suara dia cakap tu ketawa melekek2 la...kalau korang ada pun aku rasa mesti korang gelak separuh nyawa. Haha.
Masa P. Ramlee buat persembahan kat Perak, permaisuri berkenan dan ajak kahwin. Norizan namanya (Tiara). Semua menjerit bila Tiara keluar. Mak ai body mengancam seh, kongsi petua sket boley?
Tetiba announce berehat untuk 15 minit. Adey potong mood betol la, tengah best tengok ni, tapi ya la kan, masa ni la pelakon nak ke toilet terkucil ke, minum ke, makan ke. Dah la pelakon utama asyik hisap rokok pus pas pus pas. Mau gelembung perut penuh dengan asap. Hahah.
Mula malas aku nak bangun waktu break tu tapi pikir balik baik aku pergi toilet, dah la lagi sejam nak duduk situ. Sampai toilet mak ai berderet tunggu giliran. Hish...hish...
Jam 10.15 start semula. Masa ni dia bercerai pulak dengan Norizan. Habis idea tak keluar sampai la dia jumpa Saloma (Nadia). Depa gelar diri masing2 Remy dan Sally. Fuh giler ah nama.
Akhir cerita diaorang ni kekal hidup sampai la P. Ramlee mati. Waktu tu dia dah keluar dari Singapura sebab production bankrap dan pergi Kuala Lumpur tapi disisihkan sebab lagu-lagu dan drama arahan dia dah tak meletup sebab dah muncul muzik pop yeh yeh.
Tu la endingnya. So sad bagi seorang pejuang irama melayu. Nama di kenang setelah tiada. Aku baru perasan yang P. Ramlee ni semua bini dia adalah janda. Tak pa la status tak penting yang perlu kualiti seorang isteri. Betol tak?.
Selesai keluar dewan, PC bersama artis di adakan di ruang legar. Siapa yang beli cenderahati je seperti buku atau t-shirt bole minta tandatangan dan bergambar dengan artis (Pak Nil, ,Nadia, Tony, Tiara, Asmidar).
Aku cam biasa la memang suka bergambar dengan retis. Apalagi aku ke belakang pentas dan terus sambar Pak Nil. Berani mati punya orang walau pak guard ada kat situ. Wakakaka...Sporting ya Mak guard. Cute r Pak Nil. Kita sama tau Pak Nil sebab sama2 peminat tegar Allahyarham Sudirman.
Show habis jam 12 malam. Rasa enjoy sangat. Puas hati dan rasa nak pergi tengok lagi. Dari awal sampai habis show kelakar sangat. Tak rasa bosan sikit pun. Silap-silap kat Melaka nanti aku pergi tengok lagi sekali. Ngeh2...
Ok, well done artis-artis Malaysia yang berbakat. Cumanya kalau bole next time jaga aurat dan pakaian sikit sebagai orang islam, tak elok bangsa lain tengok. Dedah sana sini tambah lagi terangkat dan tersangkut kain semua. Malu u....
Dah start minat dengan Tony dan Nadia. Memang power la diaorang nih.
Thumbs up dan 5 bintang untuk Teater Muzikal P. Ramlee...jumpa lagi lain kali di teater2 yang akan datang. InsyaAllah.
Bye....