Semua wanita nak kelihatan langsing dan menarik. Betol tak?. Macam-macam usaha la dibuat atas alasan nak nampak comel. Pinggang bak kerengge. Bak kata bebudak sekarang..projek memikat suami. Hehe..
Masa ni sibuk nak berspa, berjoging dan terbaru menari @ zumba. Bukan zombie ya. Tapi kalau silap gelek bole jadi zombie la. Wakaka...
Bila jalan-jalan shoping hari tu, aku ada lalu kat satu tempat ni. Studio joget-joget. Huhu.
So aku decide la saja-saja jer nak join dan merasa masuk class menari zumba dan yoga ni.
Class dibuat di Studio Peace, 113A & B, Jalan Sutera Tanjung 8/2, Taman Sutera Utama, Skudai, Johor. No tel: 07-5549478 atau 018-7830820.
Banyak aktiviti dibuat kat sini. Antaranya Yoga, fitness, dance. Zumba termasuk dalam fitness la katanyer. Tenaga pengajar adalah tetap. Badan semua comel-comel. Heee...
Zumba mengambil masa selama 1 jam tanpa henti. Aku pilih masa dari jam 8 malam hingga 9 malam.
Aku daftar dan bayar RM15 (untuk percubaan). Kalau kos sebenar RM600 ke RM800 camtu la tak berapa nak ingat...sori ya. Apa-apa korang bole call no yang aku bagi tadi. Tak sabar nak join dan rasa menari zumba ni macam mana kan? Ok meh aku cerita...
Sampai je kat studio tu aku tengok semua nya bangsa cina tak ada pun melayu, aku sorang jer terkontang kanting kat situ. Tapi ada aku kisah, selama ni pun aku tak amek port pun kalau nak kesana sini berteman.
Dari zaman sekolah lagi kalau aku rasa nak join aku sanggup harung sorang diri. Tak macam separuh orang semua nak berteman. Hebat la kiranya aku ni kan kalau bab-bab macam ni. Buweeek.. muntah hijo korang baca aku puji diri sendiri. Haha.
Semua perempuan dan ada sorang dua ja lelaki yang join. Semua pakai pakaian ketat-ketat. Mak aii malu ja rasa...aku dengan tshirt besar dan seluar sukan. Yang lain semua pakai legging je.
Ops..ahkak tutup aurat dik sebab tu pakai sopan-sopan dan longgar. Padahal nak sembunyi lemak yang berketul. Wakakaka...
Tak kira usia, tua dan muda semua join sekali. Masuk-masuk ja bilik, muzik dah dimainkan. Tak sempat panaskan badan aku terus ikut menari. Mak aii rancak gilos tak berhenti plak tu 1 jam. Hmm..peluh jangan citer la kuar macam diperah-perah. Confirm lemak bergegar dan cair.
Masalahnya aku sendiri yang rasa berat nak gerakkan badan, maklum la dah berisi sangat...kui2...
Silap aku tak pakai kasut yang disarankan dengan betul. Akhirnya menari rancak punya pasal lutut aku terseliuh kerana kasut tu longgar dan tercabut. Mak aii nak nangis rasa tapi aku teruskan juga menari sebab malu nak berhenti.
Sambil tu menahan la rasa sakit tu siap ketap-ketap bibir wa cakap lu. Poyo je bunyi kan. Nak comel punya pasal sanggup buat apa saja. Heee...
Akhirnya masa 1 jam berlalu. Aku pun keluar studio . Dalam hati rasanya aku tak akan join lagi kot zumba sebab terlalu rancak dan penat aku rasa.
Kalau bersenam seni lagi best la. Lembut gerakan dan sesuai dengan umur.
So lupakan lah aktiviti berzumba ni kan kecuali badan dah susut sikit bole la kalau rasa nak join semula.
Tak boleh snap gambar dalam tu sebab semua pakai sexy meksi nanti ada plak yang asyik tengok gambar tak baca tulisan aku. Huhu..
Mungkin aku akan cuba untuk beryoga pulak. Tapi zaman bila la nak pergi join yoga tu. Asyik sibuk je tambahan pulak musim jerebu ni. Mana bole keluar rumah selalu. Alasan molek sangat tu padahal malas. Hahaha...
Apa pun aku akan curi masa jugak nak bersenam ni. Menyahut slogan kerajaan kempen hidup sihat.
Bila badan sihat dan kuat, hidup ceria dan hepi selalu, awet muda...gitew.