/**/

Pages

Subscribe Twitter

Bukit Bendera, Pulau Pinang



Setelah 22 tahun...


Macam biasa plan kuar pagi tapi last-last jam 12 tghr jugak kuar dari hotel. Maklum sejuk malas sungguh nak turun dari katil. lagi pun semalam aku tak dapat tido lena sebab tersedar dek kilat dan guruh.

Masa tu jam 3 pg. Dah la duduk tingkat 21. Macam-macam aku pikir. Macam mana nak buat kalau ada apa-apa jadi. Kilat memancar. Aku ni memang takut sikit dengan kilat, tak tau la pasal apa dan start bila. Tak bole nak ingat.

Lepas tu guruh memancar terang dan bunyi kuat macam Pulau tu di bedil meriam. Tetiba pikir kalau la tsunami ke atau air laut naik ke mesti Pulau ni tenggelam. Ya Allah jauhkan lah bencana tu. Dah la kali pertama nak lepak kat Pulau ni. Tolong lah.

Nak kejut kawan-kawan takut kena marah sebab kaco depa tido so nak tak nak tutup mata dan telinga akhirnya aku tertido semula. Alhamdulilah.

Plan nak mendaki Bukit Bendera (haha mendaki la sangat) dan Kek Lok Si Temple. Kalau lebih masa dan tak penat nak lepak Pasar Malam kat Batu Feringhi.

Dah bertahun aku tak naik Bukit Bendera. Masa naik dulu anak baru sorang dan cousin belanja lepas tengok adik dia kahwin. Tren masa tu pun terbuka tak tertutup beraircond macam sekarang. Macam mana la agaknya ya keadaan bukit tu sekarang? Jom kita terjah..

Macam biasa sebelum bertolak pastikan minyak full so decide isi minyak RM70. Plan nak makan kat atas Bukit bendera tu konon ada cafe ala-ala Restoran kat negeri omputih.

Tapi kena paksa makan dulu sebab geng aku kata nanti aku masuk angin kuar asap. Sendawa tak berenti. Susah nafas la itu la ini la. Haish..stress betol dengo orang membebel la. Haha...

Di paksa berhenti makan kat kedai nasi kandar Salam. First time rasa nasi kandaq. Aku ambil nasi dan ikan. Harga RM13. Tak berapa sedap tapi masih bole di telan la. Huhu. Jam 130 tengahari aku gerak ke Bukit Bendera semula.




Kebetulan ramai pulak manusia dan banyak pulak kereta, bas sekolah dan sebagainya. Full parking wa cakap lu.

Pusing punya pusing ada la sorang lelaki India jaga parking kot arahkan aku ikut tempat parking dia. Bayar RM5 dia jaga katanya. Redha ja la harap-harap dia tak rosakkan kereta aku.






Bukit Bendera ni dibuka pada tahun 1923 dan ketinggian adalah 830m dari aras laut. Mak ai lama tu, aku pun belum lahir lagi. Tapi kukuhnya sampai kini. Dah nama bukit kan..aiyoo meed...hahaha..

Suhu adalah 21 hingga 27 darjah celcius, sejuk dan nyaman kat atas tu.

Korang bole contact :

Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang
Jalan Stesen Bukit Bendera, Ayer Hitam
Pulau Pinang.

Tel: 04-8288880, 04-8288839, 04-8288862
Fax: 04-8288862


Jarak dari pusat bandar Georgetown ialah kira-kira 6 km. Tapi korang jangan ingat dekat sebab jalan jem dan banyak trafic light. Better datang pagi la kalau nak naik Bukit Bendera ni.

Ambil tiket turun naik Bukit Bendera RM10 seorang ada mykad. Kalau tak da MYkad adalah RM30. Kanak-kanak RM4 yang ada mykad. Pelancong kanak-kanak RM15. Ni baru betol. Asingkan bayaran untuk penduduk tempatan dan pelancong asing. Aku sokong macam ni punya tiket, baru la orang dalam negeri sendiri nak jalan2 tengok tempat sendiri. Harga mampu pada semua orang.




Tren datang tiap 30 minit sekali. Waktu operasi dari 6.30 pg hingga waktu terakhir tren adalah jam 10.30 malam. Aku sarankan korang pergi lah waktu biasa, kalau musim cuti memang akan ramai orang bersesak-sesak so tak rasa best kalau bercuti dalam keadaan kelam kabut macam tu.







Ada jugak orang duduk atas bukit ni ek..camna la diaorang turun tiap hari..








Jam 2 petang naik tren ke atas bukit. Perjalanan ambik masa 10 minit. Berhenti 3 kali. Kecut perut siot macam2 aku pikir..kalau la gelongsor ke belakang atau terbalik ke masa berhenti tu. Tak ke Naya. Adoyai takut nak pikir. Pasrah ja la kan. Mulut dah terkunci seribu bahasa takut kecut perut punya pasal. Orang macam ni pun adooo...haha.

Bila sampai terus aku meloncat keluar. Takut..seram. Tolong la jangan hujan. Risau tak dapat jejalan kat atas tu. Rugi wooo. Berkabus yang amat. Eh ke jerebu? Konfius sudaaa...








Kat atas bukit ni ada Muzium Burung Hantu, Kuil, Masjid (masa aku naik tu tengah renovate), The Guard House, Astaka Bukit Bendera, Cliff Cafe, David Brown's Strawbery Hill Cafe, Crag Hotel, Bellvue Hotel, Meriam Zaman British dan paling best view adalah tempat pasangan bercinta (love padlock) letak kunci hati masing-masing.

kalau korang nak buat jungle tracking kat sini pun bole
.

Jalan naik ke atas tu ada tempat makan, David Cafe, ala2 Inggeris katanyer. Memandangkan aku dah kenyang so decide malas nak makan.

Naik lagi ke atas ada muzium burung hantu tapi malas nak masuk. Ada pemandu buggy yang offer round 1 bukit tu RM30. Malas la, bazir duit je kan. Kita daki la ramai-ramai pelan-pelan.







Tren lama...x da safety langsung kan...




Sebelum naik atas ada 1 tempat ala2 Korea, Jepun sebab ada kunci-kunci bergantungan Kuch-kuch Ho Ta He, kau kunci cintaku..haa...giler banyak kunci kat situ. Aku dah tak da kunci-kuncinya so malas nak letak. Bhahahhaa..




Naik lagi paling atas adalah Kuil Hindu apa nama aku lupa. Tapi aku malas nak pergi tengok dekat. Cam seram pun hado. Hee...










Aku rasa la kalau kat Singapore atau tempat lain yang pernah aku pergi mesti kawasan tengah tempat tu tak dibiarkan kosong. Mesti depa dah buat macam2 persembahan. Sebab tu aku tak rasa teruja sangat kat atas ni.

Lepak kat atas dalam 1 jam . Malas nak lama-lama tak da apa yang menarik dan tak banyak beza dari dulu. Jam 3.30 petang aku decide nak turun.









Final destination sgt nih...wooo...


Masa dalam tren tu masing-masing berebut nak duduk depan sekali. Fuh, giler curam. Tapi heran masa turun aku tak rasa takut atau gayat. Steady jer. Suka sangat nak turun dah. Yey..

Macam final destination wei masa tren tu gerak dan meluncur turun. Tapi aku rasa teruja giler. Beratur beria nak rebut dapat duduk depan, bila masuk lupa kat depan sekali seat kosong. So dapat la tempat no dua. Adey..ruginya berebut tadi.

Last2 aku decide nak berdiri je sebab nak tengok ke bawah. Masa berhenti sekejap kat middle station memang corner lipat. Pelik aku tak rasa takut macam nak naik. Gelongsor laju2. Suka sangaaaat...hahaha.




Masa turun bawah tu macam biasa la di paksa beli gambar. Mula macam nak beli sekali harga RM37. Kalau dalam gelas RM57. Kalau combo RM58. Last aku decide malas nak beli. Ala dalam negeri ja pun bila2 masa bole snap lagi. Tapi kena la beli barang buat kenangan kan so aku beli la fridge magnet 4 RM10. Topi 3 RM50.







Sibuk r pakcik tu...kaco gambo jerk...


Ok sambung lain entry pasal patung plak eh...nak tau patung apa? Sila teruskan bacaan nanti. Heee....




Jadi Doremon best.. tak yah daki... terbang terus...huhu
Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai