Tengah sedap menikmati makan tengahari tetiba salah sorang kawan aku tanya, Kak Meed pernah pergi Cats Cafe?
Blur jap..apa tu? Tempat kucing ke atau tempat makan???
Ya la confuse beb pa hal tanya camtu. Tau la aku pencinta kucing...heee.
Sampai ofis terus tanya pak google. Owh... kedai makan ropanya... ok terus decide, petang lepas ofis hour nak pegi la sebab dekat je...giler melantak..huhu.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 25 minit dari UTM la...cewah cam nak berpicnic plak dah..gitu gini sampai sana jam 530 ptg. Cantik jugak tempatnya walau terpencil. Kagum sekejap ada gak tempat makan macam tu. Fefeeling kat Jepun jap.
Cats Cafe terletak di no 31 A, Jalan Abdul Samad & Lorong 2C, Johor Bahru. No tel 07-2070399 . Kalau orang JB, Cafe tu berdekatan dengan Restoran Sedap Corner sebelah Hotel Thistle ya. Jalan ke depan sikit sebelah kanan ada restoran thai dan cafe ni belakang restoran thai tu ja.
Ha..orang JB apa lagi, jemputlah pegi ya. Pengalaman baru. Selalu makan tengok pemandangan..laut..kali ni sila tengok haiwan berkeliaran plak ya. Heee.
Nak masuk ke dalam kena beratur sebab sesak dengan orang. Maklum hari minggu. Please la yang dah habis makan tu sila la keluar,ni tak, sibuk main kucing. Macam la masing2 tak pernah jumpa kucing. Haish..
Bila nama dah dipanggil bole masuk tapi kena cuci tangan dulu sebelum masuk. Meja makan mak ai kecik beno, ingat yang datang semua ni orang kerdil ke? Huhu.
Berebut-rebut orang nak bergambar. Yang couple konon masa ni la hai nak tunjuk sayang kan haiwan comel..cover depan pakwe makwe masing-masing. Lakonan semata ke dik? Kah2...
Menu semua adalah makanan western. Mahal beb. Tapi aku pasti yang datang sini semua nak tengok kucing bukannya nak makan sangat pun. Betol tak..termasuk la aku. Haha.
Lepas makan baru aku decide nak main dengan kucing sebab malas nak basuh tangan. Ada jugak orang cam aku ek..segala macam benda malas. Hehe.
Aku oder Grill chicken chop (Black Pepper & Mushroom) dan White Chocolate Coffee Latte (Roasted Hazelnut) ja. Bole tahan la sesuai dengan harga.
Sebelum keluar amek kesempatan main dengan kucing dulu yang rata2 bole tahan saiznya. Beso2...ada comel, ada tak. Biasa2 jer macam yang selalu nampak. Tapi kita tak dibenarkan peluk atau angkat kucing untuk bergambar ya. Guna flash kamera pun tak boleh ya. Sila patuh arahan tu.
Aku beli jugak la makanan kucing dalam plastik RM1 untuk nak bagi kucing tu makan. Tiada paksaan ya.
Dah sejam duk dalam tu meh la kita kuar. Jemu dah eh sebab kucing semua toya je nak tido gamaknya.
Masa nak bayar tengok bos bangsa cina tapi pekerja melayu. Tetiba rasa..owh halal ke? Tapi ramai je melayu yang makan. Haha nak wat camna kan dah telan..redha je la tanpa was2..
Bila tengok restoran camtu terus rasa nak buka restoran yang ada konsep jugak. Camna punya konsep? Biarlah rahsia. Tungguuuuu.
Okay nanti survey restoran lain plak ya. Daaa...