/**/

Pages

Subscribe Twitter

DOBI QUICKCLEEN JOHOR BAHRU





Hidup sekarang ni memang sangat mudah. Segala keperluan ada depan mata. Nak dengan tak nak je buat. Sebab tu orang sekarang ni semua kaya dengan kondo....tapi bukan hartanah, lemak2 spare tyre di badan laa..hmmm

Satu contoh yang bole nampak sekarang adalah bab-bab mencuci pakaian. Haa..nak tau apa, sekarang dah disediakan mesin yang bukan bole basuh je tapi terus bole kering.

Kebaikannya bagi orang yang bekerja, tak perlu serabutkan kepala pikir kain yang tersidai kat rumah bila hujan sapa la nak tolong angkat.

Contoh terdekat aku la..wakakaka.. wei rugi masa beb bila baju dah kering basah semula kena hujan. Rasa marah menguasai diri.

Mana taknya, bila dah basah balik nak tunggu esok plak kering silap-silap baju berbau. Adoyai.




Lain la kalau yang ada bibik. Benda-benda macam ni memang tak masuk kepala la kan.

Keburukannya kering terus ni baju cepat rosak. Manusia semakin malas. Lemak-lemak bermaharaja lela la dan penyakit pun senang hinggap.

Yang bekerjaya memang terkejar ke sana ke mari nak uruskan semua hal. Surirumah plak leka dengan sinetron dan sebagainya lepas tu kata pun tak cukup masa. Tu belum masuk yang suka tido siang. Haha, mampus kena sekeh bila orang yang tak bekerja baca, pepandai je cakap buang masa. Ampun kak..

Tapi sekarang memang masa terasa pantas berlalu, tak sempat nak buat itu ini so jalan mudah adalah guna ja segala kemudahan moden yang disediakan.

Ya la kan kesian plak pada bijak pandai dah bersusah payah perah otak nak wujudkan alatan moden ni. So mari lah kita berjemaah gunakannya. Bhahahah...

Sebenarnya aku nak citer story aku first time terjebak gunakan mesin ni. Tapi intro yang terover plak..

Sapa yang kenal aku memang dah masak la dengan perangai aku, kalau nak tau satu benda tu aku memang lagi suka bertanya, tak kuasa nak membaca arahan yang ditulis. Lagi cepat la pada aku tanya orang dari baca. Korang mesti setuju kan dengan komen aku ni. Heee...



Sila ikut arahan yer...


Selalu aku perati ramai ja orang hantar baju basuh lepas tu dok la mencanguk sampai siap. Tapi waktu aku nak cuba hari tu bole plak tak da orang lain kan.

Adoyai camna nak guna mende alah ni ek? Terpinga-pinga jap. Nak tak nak kena baca la kan. Rasakan ko labu.. huhu.

Okay mari lah kita teruskan bacaan. Haha gempak sangat ni jakunnya. Berkobar nak citer nih.



Basuhan pertama dan seterunya...






Kat situ dah disediakan sabun basuh dan pelembut kain. Korang tak yah susah-susah bawak cuma perlu masukkan duit jer. Tak mahal RM1 jer sekotak. Cuma aku je terlebih rajin bawak sabun sendiri.

Tapi kat situ tak guna duit kertas. Guna duit besi 50 sen yang baru tu. Aik mesin pun pandai pilih nak benda baru dan berkilat masuk dalam badan dia. Kui2..

Masa tengah leka dok baca arahan tu bole plak blackout. Aiyoo memang langkah kiri la aku ni. Tapi lampu je la yang padam mesin still bole jalan lagi.

Kat situ ada mesin untuk basuh baju yang berat 9 kg, 14 kg dan 28 kg. Korang agak2 ja la eh berat baju korang tu berapa.

Patut sediakan timbang la kan tapi bila pikir balik rakyat msia ni selalu salah guna benda. Silap-silap timbang baju tu jadi tempat timbang badan. Haa... dah rosak sapa nak jawab.

Ada cctv pun tak guna masa tu, mana nak cari pendajal nya kan. Thumb up la pada tokey mesin sebab dah pikir awal benda2 camni.

Owh tak habis citer pasal duit tadi. Lagi dimudahkan. Macam aku hari tu pilih yang 9 kilo.

So masuk duit kertas RM5, mesin akan kuarkan duit syiling baru 50 sen tu ikut harga duit kertas yang masuk. Pandai kan mesin ni. Cewah mesin jugak dapat nama. Huhu.



Sabun & Pelembut...sila bayar yer..


Lepas dah masuk baju dan sabun semua korang tekan la nak pilih berapa lama nak basuh. Pilih air sejuk atau panas.

Aku pilih sejuk la. Nak watpa pilih panas plak bukan nak mandi pun. Lagipun ada tambahan duit sikit kalau pilih air panas. Selagi bole jimat kita jimat.

Masa basuh 25 minit. Sempat la aku main game, jawab soalan customer, tulis apa yang patut. Nasib baik ada internet sekarang kan , kalau tak tersadai la korang macam sotong nak kena salai.

Setel basuh korang ada pilihan nak keringkan terus baju tu atau tak. Aku decide keringkan la nak tengok menjadi tak. Ada jugak ikut berat baju dan masa. RM4 untuk kering terus bagi baju 9 kg. Aku habis RM10 je untuk basuh dan keringkan baju2 ni.

Macam biasa kalau dah sikap malas nak baca dan perhati , dengan konfiden je aku letak baju kat belah bawah lepas tu tekan butang start untuk mesin atas. Mana la nak jalan kan? Poyo betul la. Nasib baik tak da orang, kalau tak malu ahkak tau. Hee

Nak tak nak aku kena angkat balik baju tu letak kat mesin atas. Nasib baik mesin tak gerak. Kalau tak naya je. Tunggu lagi 25 minit untuk kering plak. Ternganga lagi dok melangut sorang-sorang kat situ.

Sampai masa dah kering..sila angkat jemuran..waa..memang betol la panas dan kering. Tapi tak serangup panas matahari. Maklum buatan manusia memang tak kan tertanding dengan buatan ciptaanNya.



Pengeringan mantop...






Memang tip top la mesin ni. Mula la berangan nak buat bisnes macam ni. Tapi mana nak korek modal beratus ribu kot. Pulangan nya pun entah tak tau bila. So henti kan lah angan2 tu ya. Lagipun dah banyak saingan sekarang ni.

Cuma kalau la tokey2 ni bole buat mesin tu dalam bilik berkunci dan bole guna untuk basuh dan kering terus dalam satu mesin ja , kan lagi senang.

Masa terluang tu bole pergi shoping tanpa pikir baju tu hilang ke tak. Kalau dah dasar kuat merayap masa ni pun bole pikir nak mengulor lagi. Wakkaaka...

Ok bole la pasang angan-angan semula nak buat mesin macam tu. Doakan agar impian aku jadi nyata. Bole la letak nama MEEDYS TOPCLEEN plak. Huhu dasar gila kuasa tu. Segala benda nak ada nama Meed dan Mickey. Inshaallah one day...Aamiin. !



Kebanggaan donia katanyer...
Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai