/**/
Subscribe Twitter

GAJET - SAMSUNG GALAXY NOTE II



Besday Present...

Adoyai...macam mana la aku boleh tertinggal handphone @ handset @ hp @ apa2 la yang sewaktu dengannya...dalam kereta kawan aku tadi.

Rasa malam tak bermaya tanpa handphone di tangan.

Maklum la benda tu la dipegang dibelek dijadikan teman tidur kedua sebelum melelapkan mata dan yang penting bole digunakan sebagai perisai diri kiranya berlaku apa-apa dimalam hari.







Sesi tawar menawar...

Memang tak dapat nak dinafikan berbagai-bagai kegunaan handphone sekarang ni.

Ada yang gunakan ke jalan yang baik tak kurang jugak ke jalan yang tak baik..eh..betol ke ayat aku ni? Ok whatever la asalkan korang tau apa yang aku nak sampaikan.

Bagi diri aku, sekarang ni memang terrrrsangat lah pentingnya handphone disisi.

Selain punya bisnes online, handphone ni memang jadi medan untuk aku berhubungan semula dengan rakan-rakan sekolah dan perjuangan yang lain.

Sekarang ni nak berhubung dengan sapa je tak kira jauh ke dekat memang tersangat la senang dan mudah. Jangan tipu la bagi alasan itu ini kalau ada yg tertinggal atau sebagainya.

Baik orang muda ke orang tua ke semua dah tak lekang dengan gajet sekarang. Handphone la kan.

Agaknya kalau arwah mak dan bak aku ada lagi mesti diaorang pun akan layan jugak benda2 moden ni.

Mula-mula dulu aku guna handphone jenama Motorola (baling anjing bole mati ooo), Macam Walkie Talkie pun adoo. Lepas tu tukar Siemen (masa ni dah size kecik), Nokia, Sony, I-Phone dan yang terbaru Samsung.

Aku memang tak suka tukar handphone kalau tak rosak atau hilang. Camtu jugak dengan no telefon. Tetap sama dari dulu sampai sekarang. So bohong la kalau ada orang kata call aku tak dapat. Ciss sangat tau.






Marilah kita berbelanja...

Macam semalam memang terasa la bila aku kehilangan handphone walaupun seketika.

Patutnya time tido dah sampai terus tido la. Ni tak, nak jugak berdampingan dengan teman nyawa kedua katanyer en HP.

Pusing kekiri salah kekanan salah, adey...camana nak lelap mata ni? Hahaha...itu lah teruknya penangan internet dan segala yang sewaktu dengannya.

Tapi tu la ibarat kalau mata tu dah mengantuk memang sah-sah lah memang akan tertidur jugak. Jadi kita ucap selamat malam ja la ya.

Owh rindu my gajet @ handphone...Bye !.



Terbukti Nokia memang kuat...
Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak