/**/

Pages

Subscribe Twitter

Kek Loke Si Temple, Pulau Pinang




Jom kita mendaki lagi...


Sambungan dari turun Bukit Bendera pada hari yang sama.

Plan ke Kek Lok Si Temple pulak. Dah jam 4 petang masa tu. Hmmm...sempat ke ek? Tak pa la redah je la sebab tutup pukul 6.30 ptg katanya.

Sebelum sampai atas tu kami lalu tepi jalan yang banyak deretan patung yang sedang di buat. Patung-patung Budha, apa lagi wat la terejal sikit tiru aksi dan gaya. Jom la kita naik ke atas lagi dengan kereta. Redah je la.





Nk belajo ke nk tido nih...hehe...


Sampai je ada rasa takut nak tengok or masuk sekeliling tapi hati membuak nak tengok. Pikir punya pikir buangkan rasa takut, lagi pun masa kat Bangkok dah pernah masuk so ok kot.





Cantik ukiran siling temple tu...






Kasi cucuk sket...hoho...




Kek Lok Si Temple ni dibina pada tahun 1893. Budha yang terbesar iaitu Kuan Yin dibuka untuk umum pada tahun 2002.

Lepas dah pusing satu kuil aku naik ke atas lagi. Ke kanan Pagoda bole jalan kaki je. Kalau ke kiri akan ke kuil Yuan iaitu patung budha terbesar di Pulau Pinang tu. Tapi perlu naik cable car @ tren. RM6 turun naik selama 3 minit camtu la.

Sepanjang jalan ke atas nampak la pengemis2 tua kat situ. Nak menuju ke tren pun kena mendaki. Kiranya aku ni kalau nak kuar peluh meh la pergi melancong baru la gagah diri tu nak berjoging ala2 mendaki. Huhu.

Sepanjang jalan nak ke tren @ lif tu, kena lalu di tokong budha masa tu diaorang tengah sembahyang dan ngaji kot.











Yey...aku segak katanyer...



Give me 5...huh...



Tik Tok...






Uncle yang jaga lif tu peramah. Banyak jugak la dia celoteh. Sampai je atas tu tengok cam biasa ja tak ada la apa yang menarik sangat cuma bole ambil gambar ala2 over d sea gitew. Meh kita tipu konon-konon sedang berada di negeri China. Heee.

Dalam 15 minit ja aku lepak kat atas tu sebab tak berapa nak best, lagi pun tutup jam 5.25 petang. So sila turun segera ya. Ops sempat singgah beli cenderahati fridge magnet RM8.

Masa nak keluar dari tokong tu ada 1 patung lilin tapi serius nampak macam orang betul. Bole lawan Madame Tuso kat Bangkok nih. Ko pandang dia macam dia lawan pandang ko balik. Real weyyy. Seram pun ada kalau tenung lelama. Dasar penakut gini lah gamaknya. Kih3..



Cam real kan pakcik dlm tuh...




Mulanya nak mendaki Pagoda tu pulak tapi dah tak larat nak naik. Moh la kita turun. Dah berpeluh dah ni.

Masih awal lagi kaki pun ok lagi nak merayap. Perut pun dah bunyi mintak di isi. Tengok peta masih sempat nak ke satu tempat ni tutup pukul 7 malam tapi tiket last pukul 6 petang. Penang Time Tunnel nama tempat tu.

Pusing punya pusing ikut waze aku tertipu salah tempat di bawaknya aku. Cis...

Apa pun aku terpikir macam mana la kalau dulu-dulu sebelum waze ni ada, kalau nak pergi mana-mana, jalan tak tahu macam mana agaknya, dengan signboard yang fail tak tentu arah, agak-agak bole sampai tak? Kalau aku, confirm berhenti tanya orang. Ya la malu bertanya sesat jalan. Setuju tak?

Jalan jem yang amat. Sampai je dah tutup, walau lewat 5 minit sebab guard tu kata mesin sudah tutup. Kalau tak saya bole bagi u masuk. Hmm..nak wat camna kan. Redha ja la.

Meh la kita cari makan plak. Nantikan sambungan tempat makan dalam entry seterusnya. Tataaaa....



jangan tiru aksi ini yer...heee..
Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai