/**/
Subscribe Twitter

Ketulan Air Batu




Sejuk...


Terbayang-bayang lagi kat mata aku ni ada sorang mamat India tu tendang dan letak kaki atas air batu. Korang tau air batu kan? Kalau tak tau meh sini aku ketuk kepala korang bior gerak sket otak tu. Haaa...sori la eh tengah emo ni.

Citernya macam ni, masa aku tengah berpusing-pusing cari kilang supplier aku, macam biasa la aku akan lalu beberapa buah kilang yang lain. Salah satunya adalah kilang air batu yang sangat terkenal hantar air batu ke merata tempat.

Biasa aku nampak diaorang hantar kat 7e, kedai makan, dan ada kalanya orang akan beli direct kat kilang untuk majlis besar-besar macam wedding, rumah terbuka dan yang seangkatan dengannya la.

Masa lalu tu memang nampak la deretan van-van yang bawak air batu tu. kekadang terfikir buka kilang buat air batu je tapi mampu pergi jauh, beli van bagai. banyak pulak tu.

Tertanya jugak la siapakah empunya kilang ni. Bangsa apa? Tapi belum ada kelapangan masa nak pergi mengepoh...haha...!.



Make sure basuh bila dikeluarkan dari plastik ni eh...


Tiba-tiba mata aku terpandangkan sorang staf ni nak menyusun air batu dalam van tu. Tak perasan bangsa apa, macam India atau maybe Melayu cuma kulit gelap sebab sekali lalu je aku tengok.

Yang betol-betol aku tengok adalah cara dia menyusun semua air batu tu. Bukan respek cara dia buat kerja tu tapi rasa geram yang amat. Sampai sekarang rasa berbuku.

Korang nak tau, apa perasaan korang bila korang tau yang air batu yang korang minum tu diletakkan kaki (aku tak perasan plak masa tu dia pakai selipar ke tak sebab aku tengah drive). Ntah basuh ke tidak kaki tu tak tau la. Nak pusing semula malas la plak sebab nak cepat.

Adoyai, please la wei, tu air batu untuk minum la bukan nak buat baling. Walau pun dalam plastik dia tetap akan cair dan basah. Kaki  tu lepas pijak benda apa pun tak tau la. Suka suki je letak dan pijak timbunan air batu tu.  Aku tak bole terima la benda-benda macam ni.  Adoyai..jijik..yeksss...




Patut la arwah mak dan bak aku jarang nak minum ais atau air batu bila minum kat luar. kalau kitaorang beli untuk function kat rumah pun mak dan bak akan suruh basuh dulu air batu tu. Kadang tu pelik apahal nak kena basuh, banyak tu...tapi tak tertanya plak. Biasa la aku kan..haha.

Maybe diaorang pernah nampak apa yang aku nampak ni atau memang diaorang ni cerewet, tu aku tak pasti. Tapi yang aku pasti arwah mak aku ni kalau buat air batu kat rumah pun dia mesti masak dulu air tu. Baik nak jual atau pun minum sendiri.

Haa...bab ni memang aku pernah tanya mak kenapa nak buat aiskrim malaysia ni (aiskrim dalam plastik ada macam-macam perasa, aku suka perasa asam..wei rindu plak dengan aiskrim mak..huuuu...).

Mak masak dulu air tu? Mak jawab, kita nak berniaga ni kena buat betol-betol, makan minum buat bersih-bersih, bayangkan kita kat tempat pembeli. Mesti kita nak yang murah, sedap, berkualiti dan sihat kan?. Terdiam jap aku.

Tapi serius wei, bila kita buat eskrim mesia gunakan air yang dah dimasak, rasanya lembut senang nak minum dan sedut. Tak payah la ko hentak eskrim tu macam nak rak untuk hancurkan dia semata-mata nak sedut airnya. Silap-silap bole patah gigi beb gigit krak kruk krak kruk. Aku rasa ramai yang pernah lalui dan buat camtu kan?. Haha..baik ngaku...




Kreatif org dolu-dolu kan...mcm2 perisa adooo...




My fevret wei...mana nk cari lg ni


So korang, aku harap lepas ni kalau sapa-sapa yang beli air batu tu make sure la basuh dulu baru letak dalam balang ke atau apa-apa la. Bayangkan yang nak minum tu adalah anak-anak dan famili kita. Mesti kita nak mereka dapat makanan dan minuman yang sempurna kan?

Aku tulis ni bukan la nak menjatuhkan reputasi kilang tu (aku pun tak sebut nama kilang apa kan?), tapi general..so korang pikir-pikir dan cari sendiri la ya. Heee...jangan malas.

Aku menulis bukan kerna nama, haha, giler glamour wei. Tak la, tak terlintas pun, aku tulis just nak share benda yang baik. Bak kata orang, sharing is caring. Ngeh2...

Ok berenti kat sini dulu, aku nak siapkan citer jalan-jalan aku plak. Dah berepisod tak habis-habis dek kekangan waktu. Bz teramat.

Aku  nak launch produk baru nanti (wah macam la pengusaha beso sangat nak wat itu ini, haha). Tapi memang aku sedang berusaha keras ke arah tu. Dan bila camni rasa nak jugak buka kilang air batu. InshaAllah...U can do it MEED !!!



Ni memang lawaks...haha...

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak