Bersambung dari entry sebelumnya lepas turun dari Kek Lok Si Temple untuk mengisi tangki perut yang dah mula nyanyikan lagu keroncong. Kih3..
On the way cari jalan ke tempat makan, lalu la kat 1 tempat ni, namanya Fort Cornwalis. Masuk pukul 6 petang sampai 10 malam. Bayaran adalah RM10. Tapi masa nak beli tiket tu sorang kakak tu kata tak payah masuk la.. bazir ja, ada padang kosong dan sikit-sikit senjata macam meriam dan lain-lain.
Ada mamat sorang tu suruh aku pergi naik cruise. RM10 ja entry. Waa...teruja.. tapi bila dengar hanya ada library @ pesta buku so tak jadi la. Memang dasar malas membaca. Tak pa mana tau lepas busy menulis ni terus jadi habit suka membaca. Haha doakan ja la ya.
Akhirnya sampai la ke Padang Kota Lama. Tempat makan fofular katanyer kat sini. Kereta punya la banyak. Tak da parking so kena la berhenti jauh dan sila lah menapak ye.
Tapi terlekat pulak kat tengah padang sebab ada show robot transformer siap kereta dan gambar 3D lagi. Ramai betul budak sekolah datang agaknya ada program kat sekolah sini kot.
Setel semua aku ke kedai makan Padang Kota Lama. Owh lupa masa ni lalu tepian pantai. Tengok ombak datang, pasir bergerak. Masa ni la teringat pepatah orang kata, sekali ombak datang, sekali pantai berubah. Ok nanti ada masa aku kupas la pepatah plak. Cewah semangat gitew, maklum semangat sehati sejiwa 1 Malaysia. Haha...
Sampai tempat makan niat hati nak ngap laksa penang, sekali non ado yoo. Jadi oder la char kuay tew. penjual tu bagitau ABC special kat situ sangat sedap. Hmmm dah makan no komen la ya. Harap boleh di baiki.
Meliar mata cari makanan. Tetiba tekak cam rasa nak makan pasembor tapi ya la tak tau cara makan camna. So aku pun pilih la udang besar 1. Sotong 1. Cucur udang 1. Kentang 1. Ketam filet 1. Sekali dah letak kuah mak aih banyak nya. Ala-ala rojak mamak la kalau kat Johor ni.
Harga? Korang bole agak tak berapa? Cepat teka.. sapa dapat aku bagi hadiah.
Ko tauuu...RM18 dok harganya..Fuhhh....
Ok la dah beli maka ko hadap la makan sengsorang meed. Padan muka lain kali tanya dulu harga sebelum beli. Sib baik sedap dan tekak bole terima. Lain kali sila ambil pengajaran ya...!
Ok la sampai sini ja. Sambung esok plak. Dah ngantuk esok nak kuar awal banyak tempat plan nak pergi. Ceh pagi la sangat kan. Kita tengok esok pukul berapa keluar bilik. Haha.