Cuti 4 hari ni aku plan macam nak berjalan jauh sikit la. Hajat hati nak ke Sabah Sarawak atau Bali tapi masih fobia lagi naik flight so decide bercuti dalam negeri dulu ja la. Jom kita ke Pulau Mutiara @ Pulau Pinang.
Aku bertolak jam 10 pagi. Macam biasa isi minyak penuh tangki RM70. Sempat lagi beli sarapan sebab malas nak berhenti banyak kali.
Macam biasa sebelum perjalanan aku akan pastikan mata aku ni cek ke meter minyak, meter perjalanan dan macam-macam meter yang ada la. Meter masa tu adalah 1988273.
Tak taulah faedah untuk apa tapi sejak kereta aku mati tengah lebuhraya pasal temperature naik masa tu lah bermula episod aku periksa semua benda kat kereta ni sebelum gerak. Serik u.
Jam 12.30 tghr aku berhenti makan kat Restoran Jejantas Melaka. Nasi campur (kepala ikan dan sayur serta telur masin RM13). Selesai sembahyang zuhur aku meneruskan perjalanan masa tu dah jam 2 petang.
Nak dijadikan cerita, konon dah terlebih pandai, tak nak buka waze. Haaaa..merasa la terbabas ke tol sungai besi. Ada kemudahan tak nak guna. Huhu. So sila lah bayar tol RM40 ya. Dah la membazir masa, duit dan tenaga.
Stay tepi jalan jap baru sibuk buka waze. Senang hati sikit. Masa ni dah kena isi minyak lagi RM30.
Dalam perjalanan ke Pulau Pinang memang lalu Perak. Tergerak hati nak singgah tempat study iaitu di Institut Perdagangan Sri Ayu (IPS) di Slim River, Perak. So melencong la ke situ. Masa tu dah jam 5 petang. Mak aih, sesat la pulak sebab berpandukan balai bomba Slim River ja masa tu.
Pusing punya pusing akhirnya sampai sekolah yang ku cari. Suka tak terkata. Terima kasih pada geng aku yang sedia dan sudi teman cari tempat ni. Luv u la. Muah2..
Apa lagi sakan la aku snap gambar sana sini. Tempat jatuh lagi dikenang ni kan pulak tempat kena dera. Tiang...i love u..horror giler kena torture dengan senior masa orientasi. Alfatihah untuk arwah abang Bob senior yang garang tapi rupanya bila dah kenal dalam hati ada taman gitew. Hehe.
Sempat ambil gambar depan balai bomba. Jap eh aku snap gambar dulu dan kini. Epi giler bila abang bomba tu suruh masuk kalau nak snap gambar. Yey....
Balik sempat beli kuih. Karipap pisang dan kuih apa ntah.Besar dan sedap. Aku rasa tu pekan Tanjung Malim kot. Masa zaman belajar dulu kalau terima duit kiriman mak bapak semua student akan datang ke pejabat pos sini dan naik keretapi untuk balik ke kampung halaman masing-masing.
Tempat ni akan meriah la bila tiba musim cuti belajar. Macam pesta.
Lepas tol sprint bayar RM1.50 aku decide berhenti makan kat RNR Taiping dalam jam 8 malam. Makan nasi goreng RM2 ja. Air tak beli sebab suka bawak air panas sendiri.
Pernah sekali tu aku beli kat RNR mana entah bila minta masukkan air panas dalam termos kecik tu dia bole sound aku, macam pemandu lori la bawak termos bagai. Cis mulut ko takda insuran kan. Buweek. Nak ja aku jawab tapi malas la nak layan. Mood tengah baik masa tu.
Aku bertolak semula jam 815 malam. Hujan lebat sepanjang perjalanan.
Sampai tol Pulau Pinang jam 830 malam. Sila bayar RM30. Sekarang dah tak da penunggu tol ya, sila guna touch n go. Naik jambatan pulau pinang bayar RM7.
Tak pasti la aku naik jambatan lama ke jambatan baru. Redah ja la labu. Ada yang kata bole berhenti snap gambar kat jambatan sebab ada RNR kat situ tapi sepanjang jalan kat situ tak nampak pun. Menipu ja gamaknyer. Huikhs...lagi pun tak nampak apa pun sebab dah malam daaa...!.
Sampai hotel jam 9 malam tapi tersalah hotel pulak. Tempah Cititel Expres Hotel tapi gi terjah Cititel Hotel ja. Aiyooo waze lu mainkan gua hari ni maaa.
Tapi ada hikmah jugak sebab bole pusing bandar. Ralit tengok body Mak Nyah yang mantop dan Orang Putih (Pelancong Mat Salih) yang bole tahan cun.
Ok sampai hotel macam biasa la aku akan cek bilik air dan sebagainya. Cek ada hose ke tidak sebab tak selesa beb kalau tak da hose kat toilet. lagi 1 aku akan pastikan ada sterika. Hotel ni kena guna strika yang diletak kat ruang tamu luar bilik. Kira kongsi guna berjemaah ramai-ramai.
Tapi aku perdajal la amek strika tu bawak masuk bilik dan gosok baju semua siap-siap, walau badan dah letih dan mata pun dah ngantuk. Memang tak umph la stay hotel yang takda strika kat bilik. Hoho...
Ok Bai...nak zzzzzz.....