/**/
Subscribe Twitter

Street Art Dan Nasi Kandar Line Clear, Pulau Pinang




Jom keliling bandar cari lukisan...


Pagi ni aku gerak jam 1130 pagi. Meh la kita ronda ke Penang Street Art kat George Town pulak.

Korang boleh muat naik turun peta jalan-jalan Penang Street Art ni kat Tourism Penang. Waktu operasi 24 jam dan harga tiket adalah percuma. Haha of course la FOC kan sebab kat tengah-tengah bandar tu. Kawasan terdedah. Hehe..

Tapi kalau korang sewa basikal uncle yang jaga tu akan bagi korang peta, jadi jangan risau sangat la nak bawak peta bagai ya. Aku bagi ni just untuk menyenangkan korang so tak terhegeh2 decide nak pergi mana dulu bila dah sampai sana nanti.



Korang study kat sini dulu so tak terkial2 kat sana nanti...


Lukisan ni dibuat oleh anak muda bernama Ernest Zacharevic (seorang artis yang cukup hebat dan berbakat), Loius Gan (pelukis pekak dan bisu) dan kumpulan pelukis 101Lostkittens, menurut uncle yang aku jumpa kat situ la masa sembang-sembang. Sila google sendiri la ya kalau nak tengok wajahnya macam mana..ensem ke idok..huhu.



Sampai sudaaaa...


Jam 12 tghr aku sampai kat situ. Sewa basikal sorang RM8 utk 5 jam. Double seat RM16. Motor RM20 utk 1 1/2 jam. Aku decide naik basikal ja la sebab dah lama rasanya tak bawak basikal. Jom kita mengayuh. Ronda tengah bandar plak tu. Syoknya.



Hepi giler dpt nek beskal...


Tengah-tengah panas terik, jerebu lagi, bole kan aku ronda dengan basikal semata-mata nak bergambar dengan hasil lukisan siapa ja entah punya idea buat macam ni. Dah la bawak basikal terhuyung hayang. Jalan sempit giler wei. Kiri kanan kereta bas bagai. Redah ja la.



Tengok gelagat org...huhu..


Aku sarankan korang jangan la jalan kaki kat sini sebab tempat lukisan-lukisan tu bersepah bukannya satu tempat. Aku kat sini je ada la dalam 3 jam untuk snap gambar semua yang ada berpandukan pada peta yang dibagi penyewa basikal.

Lagi 1 pesanan penaja korang harus lah pakai kasut yang sesuai. Tak yah nak bergaya sangat dengan high heel bagai nanti kaki ko melecet, lutut sakit, aku tak jamin. Better pakai kasut rendah je atau selipar pergi pasar. Kaki tak sakit, hati senang, bergerak lancar je macam mesin. Wakakakaa...













Mata kena liar mencari pelbagai lukisan di pelusuk dinding. Gambar Bruce Lee sepak kucing ada kat lorong tepi mural budak atas motor. Lorong tu macam ke belakang sikit. Tu pun aku jumpa secara tak sengaja. Siap panggil pelancong minah salleh suruh datang situ. Hahaha...



Watchaaa...



Blkg blok ni la ada gmbr Bruce Lee...










Betapa gighnya aku tau semata-mata nak mengabadikan diri bergambar. Untuk tatapan dan panduan korang jugak kalau berhajat nak ke Pulau Pinang nanti, jadi takda lah terkial-kial macam aku nih. Jiwa kental hokay redah panas terik berpeluh bagai. Haha..



















Aku nasihatkan kalau nak tengok pergi la sekarang sebab kebanyakan mural dah ada yang hilang gambar dan warna. Dinding pun dah nak reput dan ada yang berlumut. Ada 2 ke 3 mural yang aku tak sempat cari sebab jauh. Penat dah aih...

Kaki dah tak larat nak kayuh. Banyak lagi tempat yang perlukan kaki ni nak gerak. Jalanraya pun dah sesak dengan kenderaan. Cuaca panas terik lagi. Tekak haus. Perut mintak diisi. Jom beredar segera.

Kalau dalam kereta nanti ternampak atau terlalu kat 2 gambar tu kalau rajin aku turun la kejap berposing.







Dah penat pusing-pusing, perut pun dah kuarkan lagu keroncong nak mintak isi, so jam 2 tengahari aku gerak ke Restoran yang aku terbaca kat satu blog ni cakap sedap makanannya.

Nama Restoran Tajuddin Hussain tapi jumaat tutup dari 1 tengahari hingga 2.15 petang.

Masuk restoran, tokey kedai kata tak da nasi kandar kat situ, yang ada nasi briyani dan nasi biasa-biasa ja. Huh...

Masa nak blah tu ada la sorang India ketuk cermin kereta dan minta duit sikit nak makan. Demand plak tu siap cakap nak RM5. Nak tak nak aku bagi la. Haish macam-macam adooo.





Dek kerana perut dah berkeroncong meh la kita gerak ke restoran popular lagi satu katanyer.

Gerai Nasi Kandar Line Clear, bertempat di Lebuh Chulia atau Jalan Penang berdekatan dengan KOMTAR, Pulau Pinang.

Mula beroperasi sejak tahun 1947. Dibuka 12 tengahari sampai 2 ke 3 pg kalau tak silap aku. Wow...



Mak ai beratur beb nak beli nasi. Nasib baik kebetulan aku sampai situ gerai tu baru buka so dapat la depan sekali.

Kalau tengok dari segi tempat dan kebersihan, buweeek...tak sanggup aku nak makan. Bau longkang dan tak terurus. Bersepah sana sini, duduk pun tak selesa.




Tapi nak cuba punya pasal, aku layankan je la. Siap sorang makcik tu kata kalau awak nak makan kepala ikan ni kena hati-hati nanti depa sembelih (kira mahal) sebab tengok dan loghat awak bukan orang Penang. So terencat la aku nak makan kepala ikan beso tu. Waa makcik pandai la macam tau-tau je saya nak makan kepala ikan tu. Huhu...

Aku tengok keliling memang rata-rata gambar artis yang datang situ. Tapi aku dapat rasa la yang diaorang tu akan datang sekali ja kot sebab keadaan kat situ tak berapa selesa sebenarnya. Senang citer tokey jual nama artis la sebagai salah satu tarikan berniaga. Maaf la ya tokey saya cerita berdasarkan apa yang saya nampak bukan suka-suka nak menjatuhkan orang lain atau mengampu.

Kalau kat sini mesti diaorang dah fikir macam-macam. Napa orang ramai datang sedangkan tempat tu mengembangkan tekak. Tak pa lah masing-masing punya persepsi sendiri so let it go je la benda tu. Jangan semakkan kepala nak pikir hal-hal macam tu. Bhahahha...






Hari tu aku try makan nasi kandar dan ikan RM7.50. ABC RM2.50. Cendol RM2. Memang la ikut hati tak leh nak telan air tu semua sebab tengok yang buat pun hmmmmm....tapi nak cuba punya pasal..telan la...telan la...hahahha.




Aku harap satu hari nanti tokey tu akan buka mata dan minda dia untuk ubah sikit tempat tu jadi lebih baik. Tak boleh nak marah diaorang jugak kan sebab orang kata hidung depa tu dah alah dengan bauan kat situ. Hehe...



See..malas study peta..camni la jadinyer...huhu

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak