Penat tonggang terbalik dan bergelap-gelapan kat Penang Time Tunnel aku bergegas pulak ke Muzium 3D Art Penang.
Muzium 3D Art Penang ni terletak di:
No 3, Pengkalan Weld
George Town, Pulau Pinang
(lebih kurang 300 meter dari jeti)
GPS : 5°25'00.7"N 100°20'38.1"E
5.416866, 100.343913
Tel : 04-2626119
Waktu operasi : 9 pg - 6 ptg
Bayaran : Rm15 Dewasa Mykad, RM10 Kanak-kanak
RM22 Dewasa tanpa Mykad
Seperti biasa bangunan adalah rumah kedai 2 tingkat. Terdapat 5 bahagian dalam ni.
Tingkat bawah ada Tembok Besar Penang, Perdagangan Tempatan Kecil dan Quay Kimpalan Kecil. Senang citer kat sini dipaparkan model kehidupan orang Penang zaman dulukala.
Pelik macam mana diaorang boleh susun atur tempat tu dengan pelbagai barang sebab kalau dari luar memang nampak kecik je tapi dalam luas yang amat.
Aku rasa diaorang ambil 2 blok jadi 1 tempat nih sebab nampak besar.
Mana-mana kita pergi ada je si Lim Guan Eng ni menunggu ajak kopi-kopi. Hehe..
Tingkat atas ada Galeri seni silap mata @ 3D dan Teater Interaktif.
Tiket ni bole digunakan untuk sesi interaktif (guna monitor interaktif yang akan paparkan sesuatu objek bila sensor mengesan kod pada tiket). Boleh juga di kitar semula buat penanda buku. Kreatif di situ.
Tangga dan lantai atas semua diperbuat dari kayu. Rasa macam bukan dalam bangunan pulak. Ehhh...
Memang ramai la makhluk kat situ, masa tu aku bertembung dengan rombongan budak sekolah la, suspen je kan. Hoho.
Aku malas nak berfoto sangat kat tingkat bawah ni sebab malas nak menunggu, bersesak-sesak.
Bila naik tingkat atas pun sama jugak. Kena take turn nak bergambar tapi meriah la bila berebut-rebut macam tu. So bersabarlah menunggu giliran masing-masing ya.
Kat sini korang jangan mimpilah nak berselfie ya sebab sudut kamera memainkan peranan untuk menjadikan gambar tu jadi 3D atau real orang kata.
Jadinya jurugambar memainkan peranan penting di sini. Huhu..
Aku tak lepaskan peluang bergambar dengan semua lukisan yang ada kat situ. Tiap pelusuk la orang kata. Beratur pun rela u. Maklum bayar kan, so jangan sesia kan duit tu..
Korang yang nak jadi jurufoto kat sini jangan risau kerana kat sini ada diberi panduan untuk jurufoto snap gambar pada kedudukan yang betul.
Tapi aku rasa lah patutnya pihak muzium ni sepatutnya letak la staf kat sini kan untuk beri panduan lebih jelas atau kalau ada pertanyaan dari mana-mana pengunjung yang tak faham.
Boleh jugak tolong snapkan gambo untuk pengunjung yang datang bercouple je atau bagi arahan tempat situ, tempat sini nak bergambar.
Walau pun kat dinding ada contoh gambar tapi tau la kan ada jugak yang dah tercabut-cabut dek kejakunan rakyat Malaysia. Fenomena biasa la tu kan.
Sampai ada 1 gambo tu aku snap salah, dah kelakar giler bila tengok balik. Poyo betol. Cer tengok kat bawah ni. Haha...
Ada face detactor yang akan dan ubah muka korang kepada macam2 rupa, tak tau nak cakap macam rupa apa ntah. Contoh kat bawah ni. Hehe..
Dalam 2 jam jugak la aku melepak kat dalam tu. Bergambar tak lah penat sangat cuma semput dek menahan perut yang comel tu bila tiap kali nak snap berposing. Maklum la i mewah dengan kondo. Kaya wa cakap lu. Haahaa...