/**/

Pages

Subscribe Twitter

Berangan Ala-ala Perancis Di Colmar Tropicale,Bukit Tinggi




Puan Blog di Perancis...hehe...


Morning uolls...aku check out jam 11 pg. Berposing lagi area hotel. Plan Jejalan kali ni adalah ke Bukit Tinggi. Harap2 cuaca bagus la hendaknya sampai ke petang.















On the way keluar tu mata terpandang Istana Negara. Waa..dekat rupanya. So amek peluang la bergambar dulu kat depan pintu Istana Negara tu sebab berapa langkah ja pun dah sampai. Rugi la kan kalau tak bergambar kat situ.

Punya la malas nak keluar dari kereta, aku jerit je kat askar pengawal tu tanya boleh snap gambar ke tak kat area situ?. Poyo kan. Kata MEED THE GREAT so apa pun bole jadi..Hahaha.

Askar tu pun best siap suruh aku pergi ke pintu no 1 sebab lagi cantik pemandangan. Yang ni pintu no 3. Adey...berapa banyak pintu daaa...Tak pa la dapat kat sini pun okay sebab malas nak pusing-pusing buang masa lagi.









Berpandukan Pak Waze aku pun gerak la ke Bukit Tinggi pada jam 1215 tghr. Tu pun salah masuk simpang terbabas ke UIA. Huh...

Dalam perjalanan sempat singgah makan kat tepi highway. Nama tempat makan tu adalah Restoran D Santap Asam Pedas. Banyak pilihan ikan kat situ. Korang ambik ja mana satu yang korang nak. Ikan merah, Ikan Pari, Ikan Kerisi, Ikan Kembung, Ikan Duri dan macam-macam lagi la jenis ikan.

Selalu aku main ambil je ikan apa yang aku nak tanpa tanya harga tapi sekarang aku dah serik dah. Takut harga mahal tapi tak setanding masakan dan rasa. kalau sedap takpa tak rasa ralat, kalau rasa hampeh, sapa nak jawab, melopong ja la.

Aku pilih kepala Ikan Merah harga RM11 dan Ikan Pari harga RM6. Tapi tak bole lawan asam pedas Johor la setakat yang aku makan ni. Sori naaa...










Dah kenyang meh la kita mulakan perjalanan semula. Masa tu dah jam 1 tghr. Harap2 tak salah masuk highway lagi...

Meh aku bagi sikit penerangan:

Kalau korang dari Kuala Lumpur perjalanan memakan masa dalam 45 minit.

Korang boleh naik bas yang memang di khaskan ke sana dari Berjaya Times Square pada jam 10 pg, 1 tghr, 5 ptg.

Dari Colmar Tropicale tu plak jadual bas adalah jam 11.30 pg, 3 ptg, 6.30 ptg.

Harga tiket adalah RM35 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak (untuk sekali perjalanan).

Untuk yang nak ambil pergi dan balik harga tiket adalah RM55 dewasa dan RM50 untuk kanak-kanak.

Alamatnya adalah seperti di bawah ni:

COLMAR TROPICALE, BERJAYA HILLS
KM48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak
28750 Bukit Tinggi, Bentong, Pahang
Malaysia

Tel: + 60 (9) 221 3666
Fax: + 60 (9) 221 3828

Email: sales@colmartropicale.com.my


Disebabkan aku dah separuh jalan dari highway UIA tu, makanya perjalanan aku ke Berjaya Hills lebih kurang 1/2 jam ja. Mak ai ngeri doh naik bukit...jangan la keta wat hal. Dah la tak da keta lalu lalang turun naik.









Bayaran masuk ke Colmar Tropicale dan The Chateau adalah RM 13 seorang. Jom jangan buang masa kita teruskan pendakian. Huhu.










Kat sini terdapat Equestrian, Golf, Sport Complex, Adventure Park, Japanese Village, Botanical Garden, Animal Park, Entertainment, 6D motion Ride (ceh kali ni speaking london dek non...).






















Ikut hati nak je join adventure park tapi keadaan tak mengizinkan. So kita plan next time pulak eh.


















Jam 145 ptg sampai ke bangunan The Chateau (Spa dan herba) Ingat nak singgah tapi tak jadi sebab nak hujan. Aku nak kejarkan Japanese Village sebab tu dah tak pikir pun nak berlama-lamaan kat situ. Just amek gambar lepas tu turun semula.













Plan nak ke Japanese Garden tapi bila tengok jadual bas kena tunggu 45 minit lagi so aku decide ke Colmar Tropicale la dulu.

Masa tu hujan panas tapi nasib baik sekejap je. Apa lagi terus la ronda lagi. Mula nak stay 1 hari kat sini sebab nak ke adventure park esok. Gian nak main flying fox..kanopi dan macam2 lagi.

Tapi bila tengok bilik yang tinggal tak kena dengan harga. Tak selesa, tingkat bawah sekali. So decide malas la nak stay.

Nampak gambar kat blog2 orang macam cantik je tempat ni tapi indah khabar dari rupa. Tempat kecik ja. Bole la....













Colmar Tropicale ni dibina pada abad ke 16 yang menggabungkan reka bentuk dan seni bina dari kampung purba sekitar Riquewihr, Turckheim dan Kaysersberg, Perancis. Mak ai berbelit lidah nak sebut.

Tempat ni adalah realisasi dari Tun Dr Mahathir selepas beliau membuat lawatan ke Alsace dan diilhamkan oleh Tan Sri Vincent Tan (siapa mamat ni korang cari lah sendiri ya). Hehe...

Macam ni la seorang pemimpin, pergi buat lawatan negara orang kalau bagus dan menarik cuba buat di negeri sendiri pulak.

Contoh la eh, masa aku ke Switzerland dulu, aku cukup suka tengok tramp dia yang tiba tepat pada masa, jalan tak jem dan kawasan bersih je.

Kalau la aku jadi salah sorang pentadbir negara, memang aku dah wujudkan sistem yang teratur macam tu. Semua naik kenderaan yang sama macam LRT atau sebagainya.

Jadi tak da la jalan sesak macam sekarang ni. Nak lagi kalau ada orang yang ingat jalanraya tu bapak dia punya jadi suka suki je nak wat macam tempat sendiri. Eh sori ter emo la plak. Huhu...











Tempat ni dibuka untuk pengunjung pada tahun 2000. Makanya sapa-sapa yang berangan nak ke Perancis tu tak yah terbang buang duit ke sana. kat sini je dah. Udara pun sejuk dan nyaman. Cuti dalam negeri ja la ya.


















Kat sini ada 235 bilik dan suite. Kedai dan ruang istirehat dengan pelbagai masakan tempatan dan antarabangsa macam restoran Perancis pun ada ya.











Patut la makanan kat sini agak mahal sebab macam mana nak bawak naik barang-barang basah kat sini. Sepanjang aku naik tadi pun tak nampak pun lori atau van angkut bahan kering dan basah. Tak pa la tak yah pikir bukan kerja kita pun kan. Hehe...








Nak buat kursus atau family day pun boleh sebab kat sini bilik mesyuarat dan dewan bankuet semua disediakan sekali.














Dah penat-penat ada jugak disediakan Spa kat sini. 6D Cinema dan macam-macam lagi la.































Ada perigi lama ala-ala perigi kat Afamosa, Melaka. Sapa nak letak or baling duit kat situ dan wish silakan la. Aku tak la nak wat benda-benda macam tu.












Dah setel ronda bahagian atas, aku turun ke bawah pulak. Ada tasik kecil..eh tasik ke kolam ek, whatever la kan tapi sangat cantik. Dalam tu ada 4 ekor Swan.

























Apa lagi berposing sakan la kat bawah tu. Sempat aku jenguk 1 bilik tidur yang tingkapnya terbuka berdekatan bawah tu. Skodeng jap kot-kot la boleh belanja mata. Haha...
















Ada yang buat pre-wed kat situ. Aku ingat nak perdajal couple tu tapi terbantut plak sebab cameraman dia cam gangster gitew. Takut ahkak...haha.














Tunggu la jugak bas nak naik ke Japanese Garden tu tapi bila tengok hari pun nak gelap dan guard tu kata bole drive kereta sendiri ke atas so aku decide la nak bawak kereta je. Senang nak bergerak dan tak yah fikir nak terkejar-kejar masa kalau naik dengan bas.






Ok jom la kita ke Japanese Village plak. Boleh la korang tunggu episod seterusnya di entry lepas ni ya. Tata....





Apa yang penting kerjasama...baru la resort terpelihara...
Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai