/**/

Pages

Subscribe Twitter

Berkimono Di Japanese Village, Bukit Tinggi



Arigato Gozaimasssss...


Sambungan dari entry Colmar Tropicale, Bukit Tinggi. Kita ke Japanese Village pulak kali ni ya.

Kalau tadi berangan kat Perancis sekarang kita berangan kat Jepun pulak. Huhu...

Bila dah gerak naik kereta ke atas, mak aih tinggiiiii benor bukitnya nak di daki...kereta aku pun semput nak naik.

Tolong !!! Haa..rasakan..tu la sapa tak nak suruh tunggu naik bas. Padan muka kan.



Akhirnya sampai jugak kat atas. Patut la ramai tak nak bawak kereta sendiri sebab lagi jimat naik bas yang disediakan.

Korang tau, da la naik kereta terhenjut-henjut, nasib kereta tak buat hal.

Ni nak kena daki 88 anak tangga plak untuk ke atas. Napa la dera kitaorang kan.




Sapa yang ada masalah jantung dan pernafasan tak digalakkan naik ke atas ya. Risiko tanggung sendiri.






Mula aku takut nak naik sebab kaki dah la sakit, nafas pun tak berapa nak best sebab selsema masa tu. Tapi lawan kan jugak la naik pelan2 sebab dah sampai situ kan.

Lagi pun tengok makcik pakcik yang dah tua pun okay ja naik so aku pun beranikan diri la naik jugak.

Akhirnya selamat sampai ke puncak lagi. Haha...bangga kat diri sendiri beb. Lupa plak nak kira berapa banyak aku berhenti ambil nafas.

Masa ni la terfikir kalau la aku rajin berjoging kan senang ja nak daki ke atas ni. Motivasi diri tu dah ada cuma boleh ke buat nanti ek? Haish...








Tercungap2 dek non...semput sudaaaa...haha...


Cuaca elok, redup dan hujan renyai. So ok la kan untuk orang yang pertama kali nak memanjat bukit ni dan meredah hutan belantara.

Bila sampai kat atas, wah hilang rasa penat sebab pemandangan sangat cantik. Suhu tak berapa nak sejuk sangat la. Udara teramat la segar. Angin sepoi-sepoi bahasa gitu.





Dari bawah tu daki lagi ke atas nih..huh...


Dalam pada tu risau jugak sebab ada jugak monyet-monyet yang berkeliaran, anjing dan ulat gonggok giant.

Ingat dah habis sengsara tapi kena daki lagi ke atas untuk menuju ke rumah Jepun plak. Tapi ku gagahkan jugak naik dan naik dan naik lagi. Don gibap..kih3.



Sila naik lagi ke atas...haish..


Mengikut papan tanda, kalau ke kanan ada Botanical Garden. Kiri ke Japanese Village.

Memandangkan aku bukanlah pencinta bunga jadinya marilah kita ke Japanese Village dulu.

Kalau tak penat masa nak balik nanti kita singgah la kejap kat Botanical Garden tu ya.




Mata dah nampak anak tangga lagi. Adoyai perlu ke mendaki lagi ni? Kaki dah macam nak patah ni.






Tak pa layan ja la dakian sampai ke destinasi. Akhirnya dengan penuh kepayahan sampai la jugak aku ke atas tu. Bangga kat diri sendiri kejap huhu.




Sebelum sampai ke Rumah Jepun tu ada jambatan yang bawahnya ada ikan. Tapi masa aku lalu tu takda plak ikan-ikan tu.

Agaknya ikan-ikan ni lari sebab dengar suara puntianak kesiangan mengilai (masa tu ada 3 org makcik dok ketawa macam orang hilang akal, ntah apa-apa perangai).

Lagi pun dalam hutan tetiba dengar suara je, kalau merdu tak pa jugak so sesuai la dapat gelaran tu.

Buat malu je bangsa lain tengok perangai macam tu. Kalau budak lagi boleh la diampunkan lagi ni dah tua hokay. Hish...hish...




Meh aku story sket pasal Japanese Village ni.

Terletak 3500 kaki dari aras laut. Taman ni direka oleh arkitek terkenal Jepun iaitu Kaio Ariizumi dengan dibantu oleh 22 orang tukang dari Jepun yang mahir dalam bidang masing-masing. Taman ni adalah taman yang pertama dibuat selain di Jepun sendiri.

Tempat ni bole dijadikan tempat percutian yang tenang dan santai sebab dikelilingi oleh hutan hujan tropika yang subur dan segar.

Kat sini korang boleh pergi ke Japanese Tea House, Tatami Spa, Taman Botani, Ryo Zan Jei Japanese Restaurant dan Ume Tatami Suite.

Pengunjung bangsa Cina boleh menyertai Majlis Teh iaitu diaorang akan diajar serba sedikit mengenai budaya teh Jepun (tapi masa tu aku tengok macam diaorang wish sesuatu jer) dan menyewa kimono.

Majlis Teh tu bermula dari jam 11 pg hingga 4.30 petang.












Kat rumah Jepun tu ada 2 orang staf yang jaga. Kalau nak pakai kimono fefeeling kat jepun bole ya.






Sewa Kimono tu adalah RM20. Lelaki perempuan boleh pakai. Bayar ja la.

Diaorang akan tolong pakaikan kimono tu. Korang just pilih mana satu ja yang berkenan.








Dalam 20 minit macam tu la dia bagi korang pakai dan posing guna baju tu kat dalam atau kat luar rumah.

Staf tu akan snap kan gambar untuk korang dalam rumah lepas tu korang bole la petik sendiri gambar korang keliling luar kawasan rumah tu puas2.



Kaco couple Cina tengah wish...huhu..










Masa aku datang tu ada couple cina tengah ikuti majlis teh. Staf tu tak bagi aku masuk rumah dulu dan suruh tunggu luar sekejap sampai couple tu siap.

Jadinya aku sambung la snap sana sini gambar sendiri.












Ada jugak rumah kecik area bawah tu tapi aku tak tau rumah apa. Main redah je ambil gambar.

kalau orang tinggi sila la tunduk dan rendahkan badan kalau tak nak ada benjolan di kepala.

Faham kan kenapa aku cakap benjol? Ha teka la sendiri. Huhu..










Dah puas pusing2 kat situ jom la turun. Hari dah nak gelap nyamuk pun dah start nak hinggap sana sini. Risau jugak kan kena hisapan beracun tu. Minta dijauhkan la.













Masa turun tu ada la ternampak ulat gonggok..beso yang amat. Eee...geli la...korang pernah nampak macam ni tak?

Aku pernah nampak Lipan besar macam tapak tangan la masa mandi kat bilik air rumah penduduk Tasik Chini masa aku join student UTM jumpa Pak Najib.



Teka apa ke nama binatang nih...


Niat di hati nak ke Botanical Garden jugak tapi cancel la sebab ada sekawan monyet kat situ sedang berlegar-legar. Takut plak diterkamnya.

So terus turun ke bawah menuju kereta dan blah.

Ada juga pengunjung yang baru nak naik padahal masa tu dah jam 5 ptg dah. Cuaca pun dah medung semacam.

Tapi bila kira-kira balik aku kat atas tu ada la dalam 5 jam jugak (1 ptg hingga 5 ptg).

Cepat-cepat aku turun sebelum gelap takut tak nampak jalan nanti. Leceh memandu dalam suasana yang tak best.





Dah gelap...jommmm turun...


Sampai highway nak ke bandar Kuala Lumpur hujan turun lebat. Risau jugak ni, tapi nasib baik jalan jem so semua kenderaan jalan slow.

Nasib baik tak ada kilat. Kalau ada la, tak tau la aku nak buat apa, silap-silap berhenti mana-mana dulu.

Tak perasan pulak start bila aku takut kilat ni. Aku sanggup lagi redah hujan lebat dari redah kilat nih. Nahi..nahi..kata Pak Hindustan...kui2..

Lupa nak bagitau arah pergi dan balik korang akan ikut jalan terowong. Aku ni bila lalu jalan-jalan macam tu mesti fikir macam-macam yang bukan-bukan.

Nasib baik pendek je terowong tu kalau la panjang macam terowong smart memang nangis la.




Malam ni kitaorang plan lepak kat Hotel Star Point jalan Masjid India. Waa best sangat ni sbb bole turun shoping kat bawah bila-bila ja.

Apa lagi kalau dah nama perempuan semua dah teruja nak bershoping.

Konon naik hantar beg semua lepas tu turun balik tapi bila masing-masing dah nampak katil lagi pun dah penat so cancel la nak turun.

Kita shoping esok ja la ya kekawan.

Hotel ni ok jugak cumanya aku kurang rekomen la sebab parking lot dia amat terhad.

Gosok baju berjemaah kat luar bilik. Hair dryer tak da. Ai is tak suka la macam tu. Hehe..Nasib hose bilik air ada.

Dah la nak cari hotel tu berpusing-pusing sebab kawasan tu adalah kawasan shoping ala-ala pasar malam atau Petaling street. Adoyai...













Ok la sampai sini je citer percutian selama 2 hari. Lain kali sambung lagi citer yang lain plak naaa....daaa..didi...dudu...!!!



Pn Blog...comel kan..kih3..
Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai