/**/

Pages

Subscribe Twitter

Komtar Dan Feri Pulau Pinang




Komtar Penang masih bernyawa...



Dah setel tonggang terbalik kat Upside Down Museum moh la kita jejalan sekitar bandar plak. Kita ke Komtar Walk plak. Tak nama pergi Pulau Pinang kalau tak jejak sini katanyer. Huhu..














Plan nak rasa cendol teochaw yang kata orang kat tiap blog yang aku baca semua bagitau sedap. Tip top.

Tapi aku tengok keliling kedai tak da pun tanda halal. Tekak plak dah mula kembang dengan bau masakan cina. Maaf la bukan nak kutuk atau apa tapi aku memang concern bab-bab makan ni. Tak main harung ja kalau orang kata halal, makan.

Kalau nampak melayu ada makan walhal takda tanda halal,bole makan. Tapi aku tak macam tu. Tak semudah tu hokey ahkak nak ikut dek non... Aku memang cerewet bab pilihan tempat makan dan makanan sekali.

Last-last decide nak balik ja la. keciwa ahkak dek...Heee...












Dalam hati macam terasa nak naik feri bila balik. Last naik feri Penang ni dulu masa beranak satu. lama la kan. Dah 22 tahun tu. Hahaha...

Tepat jam 5 ptg feri pun bergerak. Apa lagi kuar la aku dari kereta snap gambar . Tiada bayaran dikenakan ya. FOC.






















Lepas tu naik kat tingkat atas pulak. Jakun...











Dalam 10 minit sampai ke darat. Feri aku nama Pulau Angsa. Waa...perfecto bagi info gitu.







Sila bayar tol RM1.30 ya. Jom la mulakan perjalanan ke Johor selama 7 jam.




Adey..dari kuar tol sampai la berhenti makan dan isi minyak di RNR Gunung Semanggol jem giler-giler. Berhenti jap lepak dan makan malam. Dah jam 9 malam masa tu.

Masa nak oder makan tu ada insiden kelako. Tak tau la dia mainkan aku ke atau aku yang lembap lambat pick up. Biasa la aku kan.

Nak tanya korang pernah dengar ke laksa perak? Aku mintak laksa penang sebab aku cam nampak kat situ ada laksa penang tapi dia kata tak da la dik.

Kat sini perak so ada laksa perak la. Cis..bila dah makan, sama je macam laksa penang...ke memang laksa penang? Mintak pencerahan sikit kat situ boley? Hahaha...

Tapi masa tu mood aku baik la so aku tak marah la sebab laksa dia pun sedap...2 mangkuk wei aku bedal.

Sempat la aku rembat kuah rojak pedas dan buah jambu tak da biji. Harap-harap sedap la...




Jam 930 malam gerak semula. Adoi jem lagi...macam ni jam berapa la nak sampai? Dari 7 jam mau jadi 14 jam perjalanan. Huhu...

Sebelum lupa nak citer sikit, masa kat highway tu ada la 3 budak muda bermotor. 2 penunggang motor gerak macam biasa. 1 penunggang motor lagi tu sambil bawak motor sambil tangan tengok handphone. Berbalas sms atau whatsap kot. Geleng kepala aku tengok.

Lepas tu tak lama ketiga-tiga motor ni mencelah kereta aku dan berlumba sesama sendiri siap angkat-angkat motor tu lagi. Terbaring kat motor la. Adohai dik, korang tak sayang nyawa ke? Seriau tengok.




Oleh kerana masing-masing penat dan mengantuk so masing-masing decide lepak kat Pagoh. Situasi biasa kalau kami jalan-jalan cari makan. Jam 630 pg baru gerak ke Johor semula. Mak ai kabus tebalnya, eh ke jerebu? Semua kereta bergerak perlahan macam sang siput. Yooo....




Alhamdulilah selamat sampai ke Johor jam 8 pg. Bayaran Tol adalah RM87.70. Letak barang kat rumah terus pergi kerja. Hebat la kan. Tak da rest langsung. Apa pun rasa hepi sepanjang percutian ni.

Jumpa lagi next entry, citer jalan-jalan cari makan yang lain pulak. Chow dulu yaaaa...!!!



Camni pun boley..huhu...
Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai