Plan bercuti kali ini adalah ke Shore Sky Tower, Melaka dan Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Pahang.
Seperti biasa perut hendaklah diisi dulu biar tak menggigil bila lapar nanti. So macam biasa la Restoran Arab DIMA, Melaka la tempat hala tujunya.
Bila dah sendawa kekenyangan, aku pun gerak la ke tempat yang di plan iaitu Shoresky Tower yang terletak di atas bangunan pusat membeli belah The Shore Shoping Gallery. Sekitar tempat tu ada Oceanarium, Hotel Swiss Garden & Resort. Nak senang cari lokasi korang cari je Hotel Swiss Garden yang paling tinggi tu.
Nak lagi detail nah tengok kat bawah ni:
Tower 1, 42 & 43F, The Shore Shopping Gallery,
193, Pinggiran @ Sungai Melaka,
Jalan Persisiran Bunga Raya,
75100 Melaka Tengah, Melaka.
GPS : 2.202672,102.249749
Telephone: +06 - 2883833
FAX: +06 - 2883533
E-mail : info@theshoreskytower.com
Waktu: 10 pagi - 10 malam
Bayaran :
Dewasa - RM18.00 (tiada had masa)
Kanak-kanak - RM15.00
Ada syarat tau:
- Tiket hanya sah untuk sekali masuk seorang sahaja tau.
- Harga tiket termasuk cukai kerajaan ya (GST).
- Tiket yang rosak tidak diterima pakai.
- Tiket tak boleh pindah milik dan sah pada tarikh yang tercatat disitu sahaja.
- Dilarang merokok.
- Tidak dibenarkan makan dan minum (makan gula-gula tak pa..haha).
- Dilarang membawa binatang peliharaan (kalau depa terjun bangunan sapa nak kejar. Kalau kencing berak sapa nak basuh, tak da toilet kat situ. Korang pun
sila lah ke toilet dulu sebelum naik atas tu ya).
- Pihak Shoresky Tower tak bertanggungjawab atas kehilangan barang-barang (korang jaga la harta benda sendiri eh) dan tak bertanggungjawab jugak kalau ada
kemalangan atau kecederaan kat situ (dah ada papan tanda tidak bole menyandar di situ ya so korang kena patuh).
Tahap ketinggian Shore Sky Tower, Malacca ni adalah 163 meter dari aras laut dan 360 darjah dari Utara, Selatan, Timur, Barat..gitew info mantap..haha.
Dari bawah korang bole tengok bangunan yang berkonsepkan kaca untuk mudahkan korang tengok ke bawah bila korang ada kat atas nanti, berangan ala-ala terbang di langit biru gitu. Huhu.
Kalau korang pernah naik Menara Taming Sari dan ingat tempat tu dah tinggi, memang korang silap la. Shore Sky Tower ni lagi tinggi wooo...
Tengok ja dah rasa ketar-ketar kaki ni, belum naik lagi tuh. Memang dasar orang ada penyakit gayat ni la dia, tapi panjat pokok bole plak. Pelik-pelik...
Sampai je, tengok atas. cakap dalam hati, ok kot naik, rasa tak da apa la, Meed bole...Meed bole...haha
Yang tak bestnya kat sini tak ada panduan untuk naik ke atas tu yang khabarnya terletak di tingkat 42. Mak aih..takut dengar...kaki dah start goyang dah nih...kui2.
Entah bila la mula aku ni jadi penakut naik tempat tinggi pun aku tak tau. Yang aku perasan masa pergi Tangkuban Perahu kat Bandung. Masa tu naik bukit nak bergambar tetiba kaki aku ketar-ketar. Haha kelakar sangat bila ingat balik.
Biasa la aku kan, dek kemalasan yang amat nak tengok petunjuk jalan or peta (bukan apa, kekadang bukannya tepat pun), aku decide tanya orang ja la senang.
Staf yang jual makanan kat salah satu kedai kat situ bagitau aku cara nak naik atas tu camna. Dia kata, naik tingkat 3, dekat ballroom hotel, naik lif ke tingkat 41. bayar kat kaunter dan naik tingkat 42.
Sebelum tu sempat menyinggah kat satu tempat baru ni namanya Oceanarium. Harga tiket agak mahal. Tak pa la sebab teruja sangat nak naik atas so aku tak jadi masuk dalam tu. Next time pulak la kan.
Sampai ja kat ballroom tu petunjuk kata masuk sebelah kanan untuk ke lif. Aku ni pergi la seperti yang di arahkan tapi non ado nya lif tu. Hai Mak Jemah betol la.
Tunggu orang lalu lagi dan kebetulan sorang staf kat situ lalu. Apa lagi aku pun terus tanya la.
Dia kata pergi sebelah kiri ballroom tu nanti jumpa lif. Tekan no 41.
Hmmm...sama ja la kan arahan ko pun tak betol. Len kali bagitau macam ni. Naik lif menuju tingkat 3A, dekat ballroom hotel tingkat 41, naik lif sebelah kiri tekan butang tingkat 41. Sila naik tangga atau lif yang disediakan lagi setingkat tingkat 42 dan bayar kat kaunter tu.
Ok kali ni memang betul dan tepat. Aku jumpa la tempatnya.
Okay masa dalam lif ,biasa la kan aku akan senyap, lagi la lif tu gerak bergoyang2. Adey bila mau sampai atas daaa...
Bila kuar lif akan ada 2 pilihan. Samada kita nak naik setingkat gunakan lif kaca atau dengan tangga.
Mula aku decide nak naik tangga last2 turun balik coz gayat yang amat. Rasa bangunan tu bergoyang2.
Allah nak nangis rasa...eh tapi serius dah nangis pun, wei nak turun...nak turun... Berbulu je geng2 aku agaknya..haha..sori la ya...
Masa tunggu lif turun tu ada la makcik pakcik dan anak oku dia nak naik jugak. Selamba je makcik tu naik tangga tapi anak dia takut..ajak naik lif.
Aku tengok bdk tu naik lif aku pun folo la. Rupanya aku ada geng. Mak dia pun takut seriau naik lif. Haha..
Sampai tingkat 42 tu aku ke kaunter tiket. Setel bayar aku pun masuk la dengan perasaan yang berdebar-debar. Sapa yang still rasa takut tu sila lah bertunggu tangga kat tepi kaunter tu ja ya.
Untuk masuk dan naik setingkat lagi kita diminta scan tiket. Wei menggeletar kaki aku sebab angin sangat kuat. Nak naik ke atas tu kena lalu bangunan kaca yang digantung tepi tembok je. Adoyai risaunya nak bergambar.
Nak tak nak aku rela paksa ja teruskan perjalanan ke atas. Ya la wei dah bayar memahal tak kan tak nak naik kot.
Nasib baik la bukan semua kaca yang boleh tembus pandangan bawah, kalau tak scary tu nak jalan.
Heee....Korang rasa sendiri la perasaan kalau korang dapat berdiri atas lantai kaca dan boleh tengok dengan jelas pemandangan bawah tempat korang berdiri.
Perlu ada kekuatan dan keberanian beb berdiri atas tu. Memang menyeramkan la bagi orang yang takutkan ketinggian...macam aku. Haha..
Dalam kepayahan akhirnya sampai jugak aku ke atas. Waa...lega sket sebab atas tu cantik. Ada rumput palsu yang di ubah jadi menarik. Rasa teruja sangat sebab kawasan sekitar direka dengan cantik dan sangat menarik.
Kalau korang pernah sampai One City Park, aku jamin kat sini lagi menarik tempat dia untuk berfoto-foto.
Dari atas Sky Tower ni korang boleh menikmati pemandangan sekitar bandar Melaka. Snap la berapa banyak pun gambar yang korang nak kat celah mana pun.
Cuma ada satu spot je yang korang tak boleh ambil gambar. Maksud aku bukan tak boleh snap gambar kat situ. Boleh, tapi tak dibenarkan guna kamera korang.
Kalau degil nak jugak bergambar hanya dibenarkan ambil gambar kaki je. kalau 1 badan korang mesti gunakan khidmat jurufoto yang disediakan kat situ dengan harga RM45 sekeping.
Tapi kalau korang stay kat hotel tu jugak makanya korang dibenarkan bergambar guna kamera korang sendiri.
Kenangan tu, naik tinggi-tinggi jadinya harus la snap gambar kat spot tu kan sebab nak naik atas tu bukan selalu. Bayar pulak tu..rugi..rugi kalau tak ambil kesempatan bergambar kat situ.
Macam2 gelagat orang bergambar. Terbaring, senget sana sini, lompat, macam2 aksi la. Layan je la.
Aku keliling la bergambar kat area tu. Ada 2 guard jaga tak bagi pelawat bersandar kat tembok cermin. Dia nampak je korang sandar dia akan tiup wisel. kelakar la plak.
Lepas tu ada juga la kolam ikan yang ada ikan koi, besar2 dan bole tembus pandangan bawah cermin kolam tu. Korang boleh beli makanan ikan kat kaunter masuk dan boleh bagi ikan tu makan. Harga aku lupa. Sori ek..
Sambil tu mata aku liar la tengok gelagat pelawat2 yang lain. Nak gelak ada nak meluat pun ada. Macam2 gaya adoooo wa cakap lu.
Ada 1 part tu bergambar atas cermin kaca. Boleh tengok pandangan bawah sekali terus ke tanah bukan bangunan okay.
Bayaran dikenakan rm45 sekeping. Bergaya sakan la korang dengan lima kali snap dari jurufoto yang ensem tu haha..
Korang bole pilih bila turun nanti. Max untuk bergambar kat situ seramai 5 orang je sekali gus.
Jurufoto tu bagitau jangan takut sebab glass (kaca) tempat berdiri tu kukuh. Ada 4 lapisan. Haish what ever la ko cakap . Aku tetap aku..geli2 gayat. Hahaa...
Kita tak dibenarkan ambil gambar guna kamera sendiri. Nanti guard Bangla ke Nepal poyo tu marah. Aku curi-curi jugak snap gambar walau dia jeling-jeling. Haahaa.
Aku macam rasa nak cuba tapi adoyai geli2 kaki wei nak ke situ. Majoriti macam takut2 nak bergambar.
Last2 aku kuatkan hati untuk pergi juga ke tebing tu. Aku terus ke hujung tanpa tengok bawah.
Macam orang lupa ingatan dan hilang takut aku berposing macam nak rak kat situ. Jurufoto tu arahkan mata kita tengok kamera kat atas. Sila bergambar sambil mendongak ya.
Siap je snap macam2 gaya aku pun nak ke depan.
Ntah macam mana tetiba mata aku tertengok le bawah. Mak aih scary giler, gayat rasa nak pitam. Nak jerit je rasa tapi control sebab malu la wei. Hahaa...
Akhirnya aku dapat juga kembali ke tempat asal dengan perasaan bangga. Tetiba datang keberanian. Ntah dari mana la kan. Syukur la aku tak gayat lagi. Geng aku pun pelik.
Waktu nak keluar tu korang kena letak tangan je kat mesin dan terus keluar. Biometrik tu. Canggih wei.
Masa keluar tu la 2 mamat Bangla jaga PC dan kat situ la ko boleh pilih gambar ko.
Mula aku decide tak nak beli sebab membazir doh. lagipun ada yang snap curi-curi tadi. Senang je korang nak amek duit orang kan? Tapi takda paksaan la sebenarnya.
Pikir punya pikir aku decide amek la sebab bukan senang wei nak petik kat situ lagi pun kenangan seumur hidup aku berjaya lawan gayat aku. Haaha..
Gambar tu sekeping RM45. Dua keping RM75. 3 keping RM100. So dek kerana berkenan dengan 2 aksi aku ambil la 2 keping. Maka terbangla fulus ku...hmmm....
Salah satu sebab aku beli gambar tu adalah kita bole scan je kat gambar tu untuk dapatkan softcopy.
Dalam 2 jam jugak la aku melepak kat atas tu. Ingat nak tengok panaroma malam tapi macam malas plak lagipun nak ke KL plak. Sempat tengok suasana gelap masa nak turun tu ja la dari tepi bangunan. Bayar wei tak kan la nak lepak kejap je kan. Fulus2...hahaha.
Dah puas ronda area situ aku pun gerak ke KL. Sebelum tu sempat singgah rumah Pak Mydin...tempat fevret katanyer...mana tau ada offer murah ke. Rezki namanya tu. Yehaaa....