/**/

Pages

Subscribe Twitter

Restoran Hameediyah Dan Upside Down Museum, Pulau Pinang




jom tonggang terbalik lagiks..ahaksss..


Tadaaa...caaaakkkkk...morning uolls...

Hepi nampak? Ya la kan, misi bercuti dah sampai penghujungnya. Teringat kampung halaman. Haha...

Check out time adalah 12.30 tghri. Macam biasa akan snap gambar sana sini keliling hotel sampai jam 1 tghri.







Sebelum balik nak pekena nasi kandar lagi satu yang orang kata popular. Oh lupa nak bagitau semalam konon nak singgah merasa nasi kandar beratur yang tak kurang popular jugak. Tapi malas la pulak sebab kedai tu beroperasi mula jam 10 malam. tak kuasa ahkak nak menambah lemak yang dah sedia menambun ni. Wakakaka.

Ada satu blog tu kata nasi kandar lagi satu yang sedap adalah di Restoran Hameediyah. Mesti gabungan nama suami isteri atau adik beradik ni. pelik sangat nama tu. Hehe.

Menurut kata yang dah makan semua kata memang sedap hingga menjilat jari. Eh..bukan ke kalau sedap ke tak sedap ke makanan tu memang lepas makan kita akan jilat jari. Sunah tu..Heee....Apa lagi meh la kita cuba jugak makan kat kedai tu.




Alamat Restoran Hameediyah ni adalah :

No 164, Lebuh Campbell,
George Town, Pulau Pinang

Tel : 04-2611095

Waktu Operasi : 11 pg - 11 mlm


Sampai je depan kedai aku nampak ramai dah beratur. Waaa...agaknya semua nasi kandar kat sini memang semua beratur ke? Patut la ada tokey letak nama kedai nasi kandar beratur. Haha, sesuai sangat la tu.











Kat sini tempat makan belah lain, tempat oder belah lain. Napa tak buat 1 kedai je ek? Ada feng shui kot. Untung cucu cicit diaorang ni. Kuar-kuar je dah ada bisnes. Harap-harap dapat jaga la bisnes atuk nenek tu baik-baik kan.





Masa tengah makan tu aku terpandang gambar orang india berjual beli gunakan kandar je usung jualan sana sini. Baru terpikir patut lah nama nasi kandar, agaknya sempena cara jualan macam tu kot. Adey napa la slow sangat pick up aku ni. Tapi tak semua aku slow eh. Bhahahha...

Menu aku kali ni adalah nasi beserta ikan dan daging. Mak ai nasi punya la banyak macam makan dua orang. Aku ni comel je, tangki of course la kecik, bukan macam orang-orang Arab tu ya. Harap maklum. Eh tetiba plak..saiko.

Air plak aku pilih teh tarik harga RM2.50. Tak sedap. Tak leh in kat tekak aku ni..hmm...




Cuma aku suka kedai ni ada tisu, sudu garpu depan mata. Siap ada nama Kedai lagi. Macam ni la bagus. Tak macam sesetengah kedai owner pelokek nak letak tisu, kena mintak macam mengemis, lepas tu bagi selai dua.

Cer ko letak diri ko sebagai pembeli mesti ko akan rasa marah kan? Apa la poyo sangat owner-owner kedai ni. Akai tak dak ke?

Geram aku dengan owner yang macam ni. Pernah sekali kawan aku kena sound sebab ambil tisu banyak ( 3 helai ja pun) sampai sekarang kami semua tak pergi ke kedai makan tu. Ni citer kat JB la. Saja bawak melalut kat sini untuk pedoman para penjual sekalian.

Hargailah customer anda sebaiknya. Mereka pemberi rezki. Ingat tau. Ingatan untuk diri sendiri jugak bila dah buka kedai makan satu hari nanti. Inshaallah.




Makan tak habis sebab nasi terlalu banyak.




Masa tu dah jam 2 petang. Masa keluar tu ada pengemis tua. Kesian plak aku tengok so aku bagi la jugak.




Destinasi terakhir adalah menuju puncak...haha...puncak la sangat kan? Bukan apa teringat AF semalam.

Moh la kita ke Muzium Upside down plak. Tak yah susah-susah nak jakun dan terbang ke Sabah semata-mata nak tonggang terbalikan badan tu. kat sini pun dah ado u...










Muzium ni terletak di :

No 45, Lebuh Kimberly, Pulau Pinang
Tel : 04-2642660

Waktu Operasi : 8.45 pg - 6.30 ptg (Isnin - Jumaat, last entry jam 5.30 ptg)
8.45 pg - 7.30 mlm (Sabtu, Ahad, Suti Umum, last entry 6.30 ptg)

Bayaran : RM16 Dewasa Mykad
RM11 Pelajar
RM8 Kanak-kanak (5 hingga 12 tahun)





Sampai ja orang dah beratur. Beratur lagi? Haish...

Kena buka kasut ya sebelum masuk. Kasut bole letak kat loker. Foc jer. Janji pandai rebut. Bab rebut berasak-asak ni bagi kat aku. Sang juara sangat ni. Hahaha...




Tempat sempit, orang ramai. Tapi jangan risau kat sini ada staf yang tukang petik gambar. Don wori-wori yaaa. Take turn dan sila Q-up ya. Tak mo rebut-rebut nanti barang semua jatuh sapa nak kutip? Dah la semua tonggang terbalik. Huhu.

Dalam tu ada lebih 15 bahagian barang tonggang terbalik. Misi barang rumah la citernya kat tingkat 1 tu.




















































Kat tingkat dua misi halaman luar dan deretan luar rumah. Harmoni la sangat kan? Berlanggar punggung bagai. Nasib baik dalam tu kebetulan orang semua comel-comel tak beso macam gergasi jadi smooth je pergerakan kat situ.































Tapi bau jangan citer la ya. Maklum bercampur bangsa. Terima dan tadah serta sedut ja la ya. Haha..

Kalau berposing tu korang mesti buat aksi mengangkang, baru nampak real (bukan kangkang lucah ya..hee) . Kalau yang camera shy tu tak payah masuk la ya. Buang duit sajok.

Masa ni la bole tengok gelagat orang tua-tua berposing. Yang giler-giler tu memang best. Yang tak giler pun silap-silap jadi giler bila dah teruja masuk situ. Layan kan jer tengok dan gelak. Sangat enjoyze.

Berpeluh jugak la kat dalam tu sebab terkempam ramai orang walau pun ada aircond.

Ok lah dah rasa nak muntah kat dalam tu. Bukan pusing bergambar snap sana sini tapi bau2an yang mengharum gitew...haha...jom la kita kuar sedut udara segar berjerebu kat luar pulak...kih3.




Caaaakksss...nak jugak wat aksi terbalik...


Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai