Dek kerana kelaparan aku decide nak cari makan. Tapi tekak nak makan laksa penang pulak. Bole muntah beb asyik pekena nasi kandar jer. Misi menambah lemak namanya tu.
Lagi pun nak jugak rasa mesti sedap kot, ya la orang penang sendiri yang masak tu. Meh la kita kuar jalan-jalan cari makan.
Pusing punya pusing dah salah masuk simpang la. Tetiba ja aku terbabas ke rumah P.Ramlee. Apa lagi menyinggah la sekejap.
Tapi dah tak bole nak masuk dalam rumah sebab time sudah habis daaaa. Makanya sila berposing kat luar saja yer. Jadi la kan.
Meh aku story sket pasal P.Ramlee ni hasil dari cerita Pak Guard tu. Siap pen dan kertas tu buat nota mengalahkan wartawan. Hahaha...
Nama sebenar P. Ramlee ialah Teuku Nyak Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh. Lahir dirumahnya, of course la kan, takkan tepi jalan kot..hehe... pada 22 Mac 1929.
Tan Sri P. Ramlee meninggal dunia pada umur 44 tahun kerana serangan jantung pada tahun 1973.
Rumah tu dibina oleh ayah P.Ramlee dan ayah saudaranya. Ada satu bilik sahaja, satu ruang tamu dan kat belakang rumah ada satu tangga tempat basuh kaki.
Ya la orang dulu-dulu kan memang akan ada air dalam tempayan kat bucu tangga.
Bila sampai rumah, sebelum diaorang masuk diaorang akan cuci kaki dulu. Menurut kata orang dulu-dulu biar syaitan di jalanan tak ikut masuk dalam rumah. Wallahualam.
Rumah P.Ramlee ni dah beberapa kali dibaikpulih sebelum diambil alih oleh Arkib Negara untuk meneruskan projek Memorial P.Ramlee di Kuala Lumpur.
Alamat Rumah P.Ramlee adalah:
Lot 2180, Jalan P.Ramlee
10460 Pulau Pinang.
Telefon: 604-2817484.
Selasa hingga Ahad : 10 pg - 5 ptg
Jumaat : 10 pg - 12 tghr, 3 ptg - 5 ptg
Isnin : Tutup kecuali cuti sekolah dan cuti umum.
(Kalau nak tengok citer P.Ramlee ada ditayangkan kat situ : Jumaat - Ahad dari jam 10 pg -12 tghr)
Masuk adalah percuma ya.
Pusing lagi ke haluan yang diarahkan oleh Pak Waze untuk cari tempat makan yang sediakan laksa penang. Laksa penang popular ada kat Jamlus ke apa ntah nama aku lupa. Sori la eh. Tak pergi situ pun sebab jauh bangat. Malas nak meredah kepekatan malam. Sentimental la plak bunyik nya. Huhu.
Makanya aku decide nak makan malam di Padang Brown di jalan Perak. Waaa...kenapa nama Brown? Perang sangat ke tempat tu? Mari lah kita cari tau. Tapi sampai sudah tak tau-tau napa nama macam tu. Hahhaa..
Padang Brown ni terletak di Corner antara jalan Perak dan Jalan Anson, Pulau Pinang . Beroperasi dari jam 7 mlm ke 11.30 mlm Isnin hingga Ahad. Bayaran parking adalah 80 sen sahaja.
Bedal la sebab laksa penang punya pasal. Ya la kata pun Penang kan.
Ada 2 gerai laksa penang kat situ tak tau nak pilih yang mana 1. Tak tau mana 1 sedap. Kiri kanan, kiri kanan so kita pilih yang kanan la ya. Pilihan adalah gerai paling awal waktu aku sampai situ.
Nampak tempatnya macam bersih la. Aku ni bab makan pakai memang agak cerewet tapi tak terlalu sangat la. Sedang-sedang. Haha.
Pernah kawan aku kata, (even arwah mak pun pernah tegur aku), dia kata macam mana kau nak survive kalau nak merantau negeri orang. Baju, tudung berganti tiap hari. Tak boleh pakai dua kali. Guna sekali je dah basuh. Apo nak di kato dah resmi aku camtu. Tapi kalau terpaksa aku okay ja kot.
Melalut plak aku ni. Meh sambung semula citer makan. Harga laksa penang tu Rm3.50. Rasa...hmmm...hampeh. Oder jugak satay 10 cucuk. Sebatang 50 sen. Kecik doheh.
Makan tak rasa kenyang so mari lah kita cuba plak Mee goreng Ghani sebab baca kat blog orang katanyer sedap. Harga RM4. Okay aku rekomen. Sedap. Tip top.
Masa tu lupa segala benda yang mi kuning aku kalah sebab bila makan perut berangin. Tapi alhamdulilah aku ok hari tu. Terima kasih tuhan.
Air plak aku oder Coconut Shake. Harga RM3. Lepas tu aku macam nak rasa plak Laksa penang lagi 1 tu, laksa penang Mariam namanya. Harga pun RM3.50.
Diaorang ni berjemaah bab harga, sama je semua tempat. Bagus macam tu.
Hidangan kat sini semua dalam pinggan dan mangkuk kecik sebab tu aku bole melantak banyak kali. Tangki beso agaknya. Haha.
Aku tak rekomen la korang pergi sini. Jauh jugak la dari bandar. Tapi kalau nak cuba jugak bole la. jangan lupa Mee Goreng tu. Oder jangan tak oder haaa.
Bila dah kepenatan, kekenyangan, jadinya mata ni dah nampak bilik, katil dan seangkatan dengannya.
Jadinya meh la kita balik hotel cepat-cepat. Masa tu pun dah jam 9 mlm. Teringat citer Cina yang selalu aku folo. Adoi terlepas sudah episod untuk hari ni. Hmmm...
Bila sampai ja hotel terus mandi baring tido. Dah tak bole nak berangan apa lagi da sebab kepenatan yang amat. Kaki ku sakit. Aduhhhhh...