Dah setel melantak bagai kat Nasi Kandar Line Clear sampai tersandar kenyang (walau pun rasa makanan tu biasa jer), aku gerak ke Penang Time Tunnel, tempat yang tak sempat masuk semalam dan lepas tu plan ke Penang 3D Trick Art Museum pulak.
Penang Time Tunnel terletak di :
No 39, Jalan Green Hall
Georgetown, Pulau Pinang.
Tel : 07-2619181
Waktu beroperasi : 9.15 pg - 7 mlm (Weekdays) - Last masuk jam 6 ptg
9.15 pg - 9 mlm (Weekend & public holiday)
Bayaran masuk : RM16 Dewasa ada mykad
RM8 Kanak-kanak (5 - 12 thn), bawah 5 tahun free
RM11 Pelajar
RM27 Dewasa tanpa mykad
RM16 Kanak-kanak (5 - 12 thn), bawah 5 tahun free
RM11 Pelajar
Muzium ni dibuka pada tahun 2013. Ada 2 tingkat dan dibahagi kepada 4 bahagian. Pertama Muzium Sejarah. Kedua Lukisan dinding 3D. Ketiga Bilik Pendarfluor ( guna flash kamera) dan Keempat Bilik Terbalik (Upside down).
Tingkat bawah gambar-gambar sejarah Pulau Pinang. Macam-macam benda la ada kat area bawah tu. Boleh tambah ilmu pengetahuan bagi yang malas membaca. Macam aku...kih3...
Tempat agak gelap sikit so kalau nak berfoto tu elok la gunakan flash yer..eh ni pun nak bagitau ke? Huh...
Tingkat atas bilik lukisan 3D dan upside down sikit ja (kat Penang ni semua tempat di buat kat rumah kedai 2 tingkat jer). Ada staf yang tolong snapkan gambar korang nanti. So jangan risau-risau eh cuma pastikan kamera atau HP full bateri. Baru best nak bergambar.
kat bawah ni bahagian bilik gambar lukisan 3D. Seronok jugak layan gambar-gambar kat sini.
Ni pulak bilik pendaflour. Gelap di sini ya. Sila guna kamera flash.
Kat sini plak bilik tonggang terbalik. Haha...sila jengilkan mata korang atau pusing-pusingkan gambar tu. Huhu...
Staf diaorang sangat peramah dan ok sangat. Mesti diaorang dah lali tengok macam-macam gelagat orang snap gambar sana sini. Yang dah terer posing ala-ala model macam aku senang la layan kan (matilanak perasan model sudaaaa). Tapi kalau kena yang kaku kejung tu rasa macam nak cepuk ja kan. Kui2..
Aku lepak kat situ dalam 1 jam setengah jer. Biasa je la pun cumanya saja nak ada kenangan bergambar kat situ. Tak ketinggalan keretapi orang kata. Heee..