/**/

Pages

Subscribe Twitter

Berdiva Ala Artis Di Gegar Anak Seni, PWTC




Majlis diva-diva...yeha...


Waaa....baca tajuk cam hebat..tapi memang hebat tau. Meh aku citer kat korang.

Tajuk pun Gegar Anak Seni..maka nya adalah bergegar-gegar dan berlip lap dewan di buatnya. Gitew!.

Sebelum tu aku nak ucapkan terima kasih atas jemputan Presiden Persatuan Penulis Kreatif Malaysia yang sudi memberitahu dan menjemput.

Kebetulan aku akan ke Perak untuk family day so sekali jalan la kan bole jumpa artis2 atau pengarah yang ada. Ececeh...




Jamuan diadakan di Dewan Merdeka, PWTC jam 8 malam 15 Disember 2015. Timbalan perdana menteri YBhg Dato Zahid Hamidi sebagai tetamu VVIP.

Siti Nordiana duduk sebelah Zahid Hamidi. Juara gegar vaganza la katakan. Gitew.




Aku tiba lewat sejam dari waktu yang diletakkan di kad. Biasa la jem 1 hal, maklum dari Perak dan USJ. Lepas tu sesat salah masuk lorong walau guna waze. Haa merasa la kan berpusing 1 bandar. Huhu..

Ala, tak pa la kan, selalunya janji melayu ni tak tepat. Mesti majlis pun start lewat. Lagi la bila libatkan orang VVIP ni. Nak cover la tuh. Bhahahaha.










Masuk je dalam dewan, Waa...berpinar mata sana sini warna merah. Lip lap semua ada. Semua pelakon ada. I is tak sabar u. Over gitew. Haha poyo sangat kan..!.






Sampai je aku duduk semeja yang dikhaskan untuk ahli SWAM @ CGM. Meja sebelah pun geng CGM jugak. Meriah wei...!.












Persembahan Dato M Daud Kilau terbaik la. Berkilau-kilau pakaian tu.

Pengacara pulak adalah 2 manusia yang kaki bebel dan lawak iaitu Faizal Ismail dan Sharifah Shaheera. Gamat 1 dewan di kacaunya.








Aku berangan nak jumpa pengarah la. Tujuan untuk buat bisnes tapi pengarah semua ada kat meja VIP dan VVIP kat meja depan. Tak manis la kalau nak kacau diaorang kan.

Nak tak nak aku berfoto2 dengan pelakon saja la kan. Semua sporting. Best sangat.

Dato Yusuf Haslam, Dato Aziz Singah, Dato Khaty, Dato D.J.Dave dan ramai Dato lagi la. Tak ketinggalan Dato Meed...eh...ya ka ada nama tu? Haha perasan sokmo. Tapi mana la tau kan satu hari nanti jika diizinkan olehNya. Inshaallah.











Sambil lihat persembahan, makanan disediakan. Wow...sedap jugak makanan nya, walau pun kecil cinonet orang kata. Daging dan kek paling best. Terbayang-bayang sampai sekarang. Nak pergi cari la kat mana. Huhu...















Lepas makan dan berfoto2 dengan retis maka selesai la misi glamour aku sekejap. Senang citer mana jer artis yang lalu depan mata aku, aku akan stop diaorang untuk berposing dengan aku. Wakaka...

Jadi lepas ni kalau je nampak muka aku sila lah beredar cepat kalau tak nak kena tangkap untuk berfoto. Gediks je kan. Haha...


































Dah penat pusing sana pusing sini aku decide nak balik sebab dah kepenatan berposing. Malas nak tunggu cabutan bertuah diumumkan. Nanti lewat sangat balik dah la tak da bodyguard. Hehe.

Maka berangkat la Diva Meed pulang ke Kondo semula ya. Nasib baik aku parking kereta kat tempat VIP je so tak payah la nak berjalan jauh. Kaki dah sakit pun ya sebab dari pagi tak berhenti berjalan.







Apa pun terima kasih la pada adik aku yang sudi teman dan jadi jurugambar aku. Nanti akak belanja adik lagi ya. Tak lupa sekali lagi atas undangan en. Ismail. Hargai sangat2. Enjoy !




Next time harap dapat jemputan lagi ya Mr Presiden. Bye...!



MEED Diva...huhu...
Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai

Bershopping Di IKEA CHERAS




Welcome to IKEA katanyer...


Akhirnya... setelah 3 kali pergi tapi malangnya belum dibuka untuk orang ramai dan kali ke empat pergi setelah sesat beberapa kali, sampai jugak aku kat IKEA Cheras ni.

Detail bole dapatkan di bawah ni ya:

Alamat: 2 A, Jalan Cochrane, Maluri, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Tel:+60 3-7952 7575
Waktu: 9:30 pg – 11:00 mlm


Masa mula nak masuk tu kiri kanan jalan jem. Mana la datangnya semua kenderaan ni. Banyak tak terkira.

Mula nak masuk parking yang disediakan tapi tak dibenarkan oleh ahli RELA yang bertugas kerana banjir. Mak ai tempat baru pun masuk air ke?

Setelah pusing dua kali plan cam nak balik je dah tawar hati nak masuk IKEA tapi alang2 dah sampai so ikut ja la mana yang ada kosong selit ja la parking.

Pakcik RELA arahkan aku ikut jalan lagi 1. Laluan tu terus ke parking tingkat bawah.

Masuk je laluan parking tu aku cam terkesima jugak la sebab sistem parking dia canggih wooo. Kalau ada kenderaan parking lampu warna merah. Kalau kosong tak da kenderaan parking lampu adalah warna hijau maka korang bole la letak kereta kat situ.

Untuk ibu mengandung dan OKU semua disediakan tempat parking. Selesa. Bagus sistem macam ni tak terkial2 mencari parking.










Masuk ja aku nampak orang beratur panjang. Rupanya untuk buat kad free IKEA. Apa lagi haruslah aku pun turut serta wei. Kalau korang belanja RM200 pada hari tu maka kad ahli free seumur hidup. Kalau tak sampai RM200 maka korang kena renew kad RM20 setahun. Kalau tak silap aku dengar macam tu la












Ada plak sesi berposing pakai rambut palsu..badut..dan macam2 gaya lagi la korang pilih.








Setel kat kad ko akan dapat beg IKEA free tapi siap la tangan korang akan dicop ikea. Kotor tangan akak tau dik...huhu.






Nak naik tangga IKEA tu dapat lagi free gift berupa gardening cup halus. Aku buat cawan corong tu untuk buat Aiskrim Malaysia. Senang guna. Tq IKEA.










Masuk2 ja aku cari makan dulu sebab dah kebulur. Takda nasi wei...semua western..mahal plak tu. Lapar punya pasal tibai ja la kan...makan ja jangan cerewet. Haha..

Tapi aku bagitau korang la meatball, chicken wing, almond cake, roti kat sini memang best laaaa...nyum-nyum...!



















Lepas makan terus cari balik troli yang aku sandarkan tepi dinding. Cis..hilang ghaib troli di rembat tangan orang yang tak masuk ajar.





Dah kenyang mula la bergerak dalam ikea tu. Susunan masih berterabur. Yang kelakarnya aku jalan tak ikut anak panah yang diarahkan. Huhu.














1 jam berpusing tak beli apa pun yang nampak menarik. Sebelum keluar singgah tingkat bawah nak tengok gedung simpan barang. Sekali terpandang tempat makan lagi murah. Haha terkena sudaa...








Ok lah dah puas kan hati meronda aku pun keluar la ke parking. Rasanya tak kan pergi lagi kot sebab malas nak beratur panjang dan suasana adalah tidak best. IKEA lama jugak best. Dapat makan karipap besar...haha.



Lawak IKEA...



Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai