Aku nak review sket hotel tempat aku menginap masa tengok Teater Mak Cun hari tu.
Mines Wellnes Hotel nama diberi..ececeh...tempat aku menginap selama 3 hari 2 malam. Harga adalah lebih murah bila booking dengan Pak Agoda berbanding walk in ya.
Detail hotel ni seperti maklumat di bawah:
MINES Wellness Hotel
Jalan Dulang, Mines Wellness City,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Tel: (+60)3-8943 6688
Fax: (+60)3-8943 5555
Standard Room - RM144.11 Per Night
Bilik aku terletak di tingkat 1. Tapi aku kena naik lif turun ke bawah sebab reception hotel tu tingkat atas (tingkat 4). Maknanya bilik tu adalah area bawah tanah berdekatan tasik.
Bilik adalah besar dan kemas. Cuma aku tak berapa suka keadaan luar bilik tu . Bila buka sliding door maka berterbangan la sang nyamuk masuk ke dalam.
Aku memang jarang booking breakfast sebab dah tau punya mesti tak kan dan malas nak keluar semata2 nak makan pagi. Lebih baik duk lepak kat bilik sampai waktu check out. Best sikit guling2 kat katil sambil tengok tv. Kata bercuti so rest la semahunya. Huhu.
Macam biasa aku cek segenap bilik dan bilik air. Sterika dan hair dryer takda..uwaaa...tak suker..tak suker...kena minta dari reception !.Naaaakkk jugaaakkk...haha.
Aircond pun kecik..rosak..tak sejuk langsung.
Air kat hose pun menyakitkan hati sebab kena tekan kuat baru keluar air. Bekas kayu letak barang2 mandi pun dah berlumut. Eee...geli akak nak pegang uolls. Benci betol la.
Keadaan keliling sangat bising sebab ada kerja pembaikan bangunan kat situ. Hotel tu pun tengah renovate jugak.
Lagi satu kunci bilik. Everytime nak masuk bilik mesti kena tukar kad yang baru sebab magnet dia tak berfungsi. Leceh betol la. Penat turun naik lif.
Tempat parking kereta pun jauh. Adohai la hotel.
Esoknya plan nak bermandi manda kat pool sebelum balik sekali sampai pool tutup plak sebab nak dibaikpulih. Frust betol.
Keseluruhan hotel ni adalah hampeh. Tak suka sangat. Bagi 2 dari 5 bintang.
Cuma yang aku suka adalah tempat ni terletak bersebelahan dengan Shoping Mall. Apa lagi jejalan la kan malam hari sebab berapa langkah je dah sampai.
Plan nak naik bot keliling tasik pun rasa malas sebab tak da apa yang menarik. Mahal plak tu. Jadi kita harus berjimat di situ. Heee
Banyak sangat kedai makan kat dalam tu sampai tak tau nak pilih mana satu. Last2 ke kedai Teochew Cendol yang aku tak dapat makan masa kat Pulau Pinang hari tu. Laksa Penang, Mee Kari dan Cendol sedap, terangkat wei, aku rekomen la korang datang makan kat sini.
Sempat jugak la rembat beberapa barangan macam kasut, baju. Bila pikir balik, eh cam lama aku tak bershoping kasut, handbag dan jam tangan. Makanya mari lah kita berbelanja di sini.
Ok sekian review hotel untuk kali ni ya....