Bila dah sekali terjebak menonton teater, harus la menonton untuk kesekian kalinya. Cumanya tempat kali ni agak jauh. Tapi dah minat punya pasal aku redah je la. Kebetulan pulak Johor sambung cuti HOL so elok lah sangat untuk pergi bercuti merehatkan minda.
Kali ni meh aku bawak korang tonton Teater Muzikal Mak Cun. Kita tengok plak macam mana garapan teater kali ni. Adakah lebih baik dari teater sebelumnya?
Patutnya buat la macam Teater Muzikal PRamlee, pusing segala ceruk, kan senang, jimat plak tu. Tak yah susah-susah nak drive nun ke KL tu.
Macam biasa la aku book tiket online ja. Itu pun last minit booking setelah berfikir perlu tak pergi..bazir ke tak..berbaloi ke tak...macam-macam pikir...adoyai.
Harap-harap seat yang aku pilih kali ni berbaloi la. Seat VIP betol-betol belakang VVIP. Mula nak book yang depan sekali tapi takut mendongak so aku decide pilih yang betol-betol tengah pentas.
Contact Istana Budaya ni seperti maklumat dibawah:
Jalan Tun Razak,
50694 Kuala Lumpur.
+603-40265555
+603-40255975 (Faks)
info@istanabudaya.gov.my
Bayaran adalah Rm36, RM76, RM86, RM106, RM156, dan RM256 (yang ni bole jumpa dan bergambar dengan pelakon utama dan lain-lain). Seat tu dah habis untuk tarikh yang aku pilih. So sad...
Tiket boleh dibeli secara online http://redtix.airasia.com atau walk in di kaunter tiket Istana Budaya. Bezanya bila beli online kita bole pilih seat tu je.
Tarikh dan waktu siaran adalah dari 14 November 2015 sehingga 22 November 2015, jam 3 petang atau 8 malam (mengikut tarikh).
Aku pilih tayangan malam sebab lebih santai tapi bertolak dari Johor ke Kuala Lumpur awal pagi 18 November 2015 sebab risau jem atau apa-apa halangan tengah jalan. Alhamdulilah sampai tengahari di KL dan check in di Mines Wellness Hotel (ada masa aku update entry hotel ni eh).
Kalau ikut Pak Waze dari Hotel ke Istana Budaya hanya setengah jam perjalanan je tapi aku amek jalan selamat gerak awal lepas maghrib takut jem dan sebagainya, maklum la Kolumpo kan. Sesak sana sini. Tu la memasing tak nak kongsi 1 kereta ni la jadinya. Huhu
Waktu tayangan adalah jam 8.30 malam tapi aku rasa mesti lambat punya silap-silap jam 9 baru mula. Apa pun aku sampai ngam-ngam 8.30 malam kat Istana Budaya tu. Tak da parking wei, penuh mana la datang semua kereta-kereta ni? Nasib baik ada 1 kereta keluar cepat-cepat la aku rebut. Haha..
Last aku pergi Istana Budaya ni masa teater Alang Rentak Seribu tahun 2004 kot. Setakat ni tak da apa yang beza sangat pun. Sama je dek non !!!.
Macam aku cakap tadi sempat la aku berposing-posing sekitar Istana Budaya tu sementara menunggu masuk.
Haa...masa ni siapa nak ke toilet dipersilakan. Pertengahan cerita mesti ada waktu rehat kan so mesti orang ramai berebut nak membuang.
Jadi adalah lebih baik korang buang segala bagai benda yang sepatutnya jadi tak yah la beratur panjang-panjang dengan keadaan toilet yang mesti tak bersih. Hish malas la nak cakap, mesti korang dah tau punya kan. Huhu.
Aku memang folo citer Mak Cun ni kat TV so bila tau ja ada buat Teater Muzikal kat KL ni aku decide nak pergi tengok la. Mana tau kot-kot bole terlibat sama dalam teater ni nanti. Bhahahaaa....berangan tak sudah !.
Masuk je dewan aku rasa agak frust la sikit sebab seat yang aku pilih tu macam jauh dari pentas. Kalau aku pilih seat yang pertama aku nak tu mesti cantik punya sebab boleh tengok dengan jelas muka-muka pelakon tu. Tak pa la nak buat macam mana kan, lain kali ja la ya.
Cerita Mak Cun ni berkisar pada usahawan wanita berasal dari kampung Kodiang yang menjalankan perniagaan bedak sejuknya. Berangan nak jadi jutawan bedak sejuk katanya biar satu dunia tau bagusnya bedak sejuk dia tu.
Macam-macam halangan yang dia tempuhi untuk berjaya. Dalam teater ni nanti akan diberitau samada dia berjaya atau tidak dengan perniagaan bedak sejuknya itu.
Awal persembahan sangat best. Tarian happening dan pelakon-pelakon tu nampak comel sangat. Kat TV macam besar sangat diaorang tu padahal badan memasing halus je. Suka tengok Umi Aida...sekali pandang dah macam Erra Fazira. Cute sangat dengan lesung pipit dia tu.
Erma Fatima jangan cakap la, tersangat bagusnya lakonan dia tu. Dafi pun ok la. Heronya Ungku Ismail tu laaaagiiii bagus. Lakonan mantap, hensem, tinggi, putih, pandai, bak kata orang pakej kegilaan wanita masa kini katanya. Wakakaka...
Tiap babak keluar aku akan petik gambar sebab niat nak share dengan korang. Tengah syok snap kat pertengahan cerita tetiba ada laser kat HP aku. Apakah itu?
Geng aku senggol suruh aku berhenti snap gambar. Katanya mana bole ambil gambar, kan dah kena sound guna laser?.
Eh..apa plak, aku bayar okay, bukan guna flash pun, bukan ganggu orang pun, suka aku la. Lagipun ni kan untuk promosi citer diaorang jugak nanti? Poyo betol la.
Selain aku ada jugak beberapa orang yang kena laser. Diaorang tu memang patut la kena sebab diaorang ambil video. Tu baru salah dek non. Hahaha nak menang jugak si Meed Cun ni. Kih3.
Tarian hindustan yang ditunjukkan memang la best sangat. Terhibur nak-nak dengan tarian menggila hero nya. Tak berkedip wei mata tengok. Baju Umi Aida ala-ala sari hindustan berlip lap sana sini amat lah cantiknya. nak 1 bole? Hehe.
Cuma ada beberapa pelakon yang aku rasa tak sesuai la berlakon over sangat tergedik-gedik dengan pakaian yang menjolok mata.
Pelakon tambahan makcik-makcik tu pun over. Dah la bumper masing-masing mak ai jangan cakap la kan...korang mesti bole dapat bayangkan camana gaya jalan makcik-makcik tu dengan kain batik dan baju kedah. Lalu plak sebelah penonton. Mak ai malu sungguh rasa.
Masa aku tengok tu Ogy dan Nora Danish tak da. Mungkin diaorang ada tugasan lain kot. Tak pa la nak buat macam mana kan?
Aku harap lepas ni Dato Rahim Razali tu bole tak cakap cepat dan pantas sikit. Tak payah la cakap sepatah sepatah. Lambat wei nak tunggu ko habis cakap. Penat omak. Huhu.
Pendek kata meski pun teater ni tak sehebat dan setanding dengan teater muzikal PRamlee tapi agak menghiburkan jugak la. Penyelamat adalah tarian hindustan.
Ada 1 bab je yang aku rassa bosan sebab Erma bercakap sorang diri terlalu lama. mengantuks di buatnya. Sepatutnya lebihkan nyanyian dan tarian sebab ianya adalah teater muzikal kan. Kalau teater biasa bole la cerita meleret macam ni.
Patut la kawan teater aku pernah cakap teater muzikal adalah lebih best sebab tak bosan.
Keluar ja dewan aku terus melilau kot la dapat bergambar ke atau pose tempat yang belum sempat ambil tadi. Kat luar dewan banyak gerai jualan. Setiap gerai ada jual barangan jenama pelakon masing-masing tadi.
Kalau korang nak bergambar dengan artis tu korang kena la beli barangan kat gerai mereka dan tunjuk pada pelakon mana yang korang nak berfoto-foto tu.
Memandangkan Erma dan Umi takda so aku tak jadi la beli barang diaorang yang berupa bedak sejuk Mak Cun (Erma) harga RM16 dan pewangi rambut (Umi Aida) harga RM22.
Yang aku nampak hanya Ungku Ismail, Dafi, Balkis dan sorang lagi pelakon makcik yang melatah nama aku tak ingat, maaf ya makcik.
Kebetulan aku beli kacang dalam botol yang ada muka Ungku Ismail. Jadinya boleh la aku berfoto-foto dengan hero tu sambil bole jugak aku kunyah kacang tu dalam kereta. 2 in 1 katanyer.
Biasa la aku kan, tak cukup hero, dengan pelakon-pelakon lain aku tarik bergambar. Diaorang pun sporting. Nak-nak Dafi, cute sangat dengan lesung pipit dia tu. Kita sama ya dik. Haha...
Masa tu aku nampak jugak Riezman Khuzaimi tapi sebab ko tak berapa nak fofular geng aku tak nak layan petik gambar. Sedih tau..Heee...
Sempat jugak jumpa beberapa artis lain tapi sebab tak minat so aku malas nak foto-foto. Tetiba nampak hubby Umi Aida Dato Khairudin kot nama dia. Ramai jugak yang nak foto dengan dia. Beratur beb ngalahkan retis.
Tapi aku suka jugak tengok dia sebab humble je orangnya. Nampak baik jer. Aku pun gedik sama la nak berfoto dengan dia. Sempat dengar dia kata dia bukan banduan ye...apakah...? Blur sekejap..huhu.
Dalam kereta kawan aku cerita sikit sebanyak pasal hubby Umi aida tu...owh gitew citernya...faham...faham...heee.
Teater habis jam 12 malam. Lepas setel amek gambar semua aku gerak balik ke hotel.
Masa kat parking tu terpandang tempat makan Char Kuay Teow Penang. Ramai giler orang makan kat situ. Tapi aku rasa ramai orang bila ada event je kat Istana Budaya tu kalau tak, mesti tak ramai. Haha jahat betol kan kata kedai orang. Apa pun memang sedap la mee dia tu.
Tiba hotel jam 1 pagi. Penat sangat. Takda masa nak borak-borak. Memasing dah lepak so masa untuk masuk beradu...zzzz.....babai.