/**/
Subscribe Twitter

Bershopping Di IKEA CHERAS




Welcome to IKEA katanyer...


Akhirnya... setelah 3 kali pergi tapi malangnya belum dibuka untuk orang ramai dan kali ke empat pergi setelah sesat beberapa kali, sampai jugak aku kat IKEA Cheras ni.

Detail bole dapatkan di bawah ni ya:

Alamat: 2 A, Jalan Cochrane, Maluri, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Tel:+60 3-7952 7575
Waktu: 9:30 pg – 11:00 mlm


Masa mula nak masuk tu kiri kanan jalan jem. Mana la datangnya semua kenderaan ni. Banyak tak terkira.

Mula nak masuk parking yang disediakan tapi tak dibenarkan oleh ahli RELA yang bertugas kerana banjir. Mak ai tempat baru pun masuk air ke?

Setelah pusing dua kali plan cam nak balik je dah tawar hati nak masuk IKEA tapi alang2 dah sampai so ikut ja la mana yang ada kosong selit ja la parking.

Pakcik RELA arahkan aku ikut jalan lagi 1. Laluan tu terus ke parking tingkat bawah.

Masuk je laluan parking tu aku cam terkesima jugak la sebab sistem parking dia canggih wooo. Kalau ada kenderaan parking lampu warna merah. Kalau kosong tak da kenderaan parking lampu adalah warna hijau maka korang bole la letak kereta kat situ.

Untuk ibu mengandung dan OKU semua disediakan tempat parking. Selesa. Bagus sistem macam ni tak terkial2 mencari parking.










Masuk ja aku nampak orang beratur panjang. Rupanya untuk buat kad free IKEA. Apa lagi haruslah aku pun turut serta wei. Kalau korang belanja RM200 pada hari tu maka kad ahli free seumur hidup. Kalau tak sampai RM200 maka korang kena renew kad RM20 setahun. Kalau tak silap aku dengar macam tu la












Ada plak sesi berposing pakai rambut palsu..badut..dan macam2 gaya lagi la korang pilih.








Setel kat kad ko akan dapat beg IKEA free tapi siap la tangan korang akan dicop ikea. Kotor tangan akak tau dik...huhu.






Nak naik tangga IKEA tu dapat lagi free gift berupa gardening cup halus. Aku buat cawan corong tu untuk buat Aiskrim Malaysia. Senang guna. Tq IKEA.










Masuk2 ja aku cari makan dulu sebab dah kebulur. Takda nasi wei...semua western..mahal plak tu. Lapar punya pasal tibai ja la kan...makan ja jangan cerewet. Haha..

Tapi aku bagitau korang la meatball, chicken wing, almond cake, roti kat sini memang best laaaa...nyum-nyum...!



















Lepas makan terus cari balik troli yang aku sandarkan tepi dinding. Cis..hilang ghaib troli di rembat tangan orang yang tak masuk ajar.





Dah kenyang mula la bergerak dalam ikea tu. Susunan masih berterabur. Yang kelakarnya aku jalan tak ikut anak panah yang diarahkan. Huhu.














1 jam berpusing tak beli apa pun yang nampak menarik. Sebelum keluar singgah tingkat bawah nak tengok gedung simpan barang. Sekali terpandang tempat makan lagi murah. Haha terkena sudaa...








Ok lah dah puas kan hati meronda aku pun keluar la ke parking. Rasanya tak kan pergi lagi kot sebab malas nak beratur panjang dan suasana adalah tidak best. IKEA lama jugak best. Dapat makan karipap besar...haha.



Lawak IKEA...



Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak