/**/
Subscribe Twitter

Ular @ Pak Panjang



Eee...tengok gambar pun dah meremang...gelinyer...


Tadi pagi sedar-sedar rasa macam bermimpi kabus hitam ke apa ntah. Tapi tak ambil port la sebab dah nak dekat pagi kot. Igauan atau berangan tuh gamaknyer.

Atau perasaan takut nak naik kapalterbang sampai terbawak ke mimpi. Owh tidak...tidak...!.

Dengan rasa ceria, pagi ni bangun nak pergi kerja sebab plan nak ajak kekawan makan pagi berjemaah. Lama tak keluar sarapan pagi dengan geng bas sekolah.

Semalam ada beli rempeyek so plan nak makan reramai dengan geng ofis makanya berat la beg sarapan aku pagi ni.

Sampai je ofis, parking kereta, tangan kiri kanan penuh dengan jajan makan. Tunggu kekawan aku datang. Beria la sangat kan padahal kerepek ja pun. Kih...kih..

Dengan jalan berlenggang lenggok, aku pun bergegas masuk ke ofis. Selalunya kalau berjalan mata aku akan pandang depan je. Hari ni macam nak pandang bawah plak. Ala-ala sopan perempuan melayu terakhir katanyer. Huhuhu.

Tetiba mata aku terpandang 1 benda hitam panjang dalam longkang kecil depan pintu masuk ofis. Sangka ku getah paip ke atau apa ke.

Tapi bila perhati betol-betol rupanya benda yang aku geli selama ni....MR Ulaaaaaaarrrr !!! Uweeeksss.....




Getah paip ke apa tuh? Heee...


Apa lagi menjerit kuat la aku sampai student bangunan sebelah pun dengar. Siap menjengah bagai. Nasib tak terkejut dan pengsan kat situ. Hahaha...

Menjerit dah 1 hal, siap berlari rasa tak cukup kaki. Kasut tinggi ntah ke mana, barang-barang tercampak pun ntah ke mana aku dah tak perasan. Haha korang bayangkan lah betapa kalutnya aku masa ni.

Famili aku mesti dapat bayangkan gaya aku ni macam mana yang jadi masa family day hari tu. Bhahahaha...

Kebetulan staf sorang baru sampai. Apa lagi aku terus peluk la sambil gigil kepala lutut ni. Nak masuk ofis pun takut. Haha giler poyo punya penakut.

Bila dia dah pujuk, dia pimpin aku masuk dalam ofis. Mak ai terasa macam ular tu kejar plak. Hahaha.

Apa lagi aku terus la call bahagian keselamatan mintak staf diaorang datang tangkap ular tu.

Punya la lambat nak sampai, eh korang ingat aku tipu ke? Dengan suara tersekat-sekat masih takut lagi aku call semula dan kali ni diaorang dah ada depan pintu ofis pun.

Staf keselamatan tu datang bawak galah pencucuk untuk bunuh ular tu. Dia kata ular tu hidup lagi tapi tak boleh lari sebab kepala dia tersepit kat lubang.

Dengan gaya macho, ececeh, dia tekan badan ular tu. Waa..betol la , ular tu masih hidup sebab badan dia bergerak-gerak.

Ular tu cuba melawan tapi kesian tak berhasil. Rasa la kau kan siapa suruh sibok kacau orang lalu lalang kat ofis aku ni?.

Staf tu tarik ular tu dari ekor tapi tak nak jugak keluar. Degil sungguh.

Kawan aku kata, agaknya dia nak masuk untuk tidur, kepala rasa sejuk gelap tapi last tersepit tido terus kat situ. Wakakaka sempat wei ko buat lawak eh.

Tarik punya tarik, kepala terputus dari badan. Hish, bergerak-gerak badan dia. Patut la orang kata nyawa ular kat ekor dia. Eh betol ke? Kena confirm dengan penjaga ular di zoo ni. Kih..kih.

Alhamdulilah akhirnya ular tu mati di tangan staf keselamatan. Ceh, aku cerita ni macam la aku tengok depan mata?

Padahal tengok video yang aku suruh kawan aku rakam je. Aku dok ngendap dari dalam je.

Ya la mana tau tetiba ular tu terpelanting masa cubaan tarik menarik tu, eh memang tak la nak hadap benda tu. Heee....

Niat hati nak keluar jugak berselfie dengan staf tu tapi hati masih kecut lagi wei. Huhuhu.

Staf tu kata ular tedung. Hmmm...dah berbelas tahun duk ofis ni, inilah kali pertama jumpa pak panjang ni. Tak mo la kaco-kaco puteri kat sini ya pak panjang. Uish...




Bercerai kepala dari badan...


Yang kelakarnya selamba ja aku perintahkan staf tu pergi ambil belerang dan tabur keliling ofis aku. Bagus dan terima kasih ya encik ensem kerana menurut perintah.. Hehe

Sekarang ni masih terasa lagi kegelian tengok ular tu. Sampai kucing kelabu lalu sebelah masa sarapan tadi pun aku gasak menjerit. Hahaha poyo betol.

Bila aku ingat balik, rasanya aku mimpi benda hitam tu sebab aku nak nampak ular hitam ni la agaknya. Alhamdulilah benda ni ja pun bukan alamat lain. Hilang sikit kerisauan di hati.

Aku mula fobia dengan ular ni masa kat Menara Kuala Lumpur tahun 2013 kot macam tu la. Masa tu aku pergi tengok pameran ular kat tepi menara tu. Sampai sekarang masih ada lagi.

Memang tak la aku nak jengah lagi kat situ.

Dalam banyak-banyak sangkar, ada 1 sangkar kosong. Ular Albino tak da. Aku tanya la staf Bangla kat situ mana pergi ular tu?

Dia bagitahu, tu ada belakang awak. Bila aku pusing belakang, Mat Bangla lagi sorang betol-betol kat belakang aku dengan ular Albino yang besar tu lilit badan dia dan muka ular tu betol-betol menghala ke muka aku.

Apa lagi, aku jerit sekuat hati sampai semua yang ada kat situ terkejut dan tengok aku. Hilang malu wei sebab spontan tak sedar aku jerit. Agaknya ular-ular kat situ pun terkejut dengar jeritan aku. Kah..kah...

Haa, mula dari situ la aku geli dengan ular ni. Tengok ular getah atau apa-apa jenis gambar even kat TV pun aku geli. Nak jugak sekali-kali cuba pegang dan rasa badan ular di pameran tu tapi tak sampai hati la, atau penakut...hahaha

Korang dah tau aku geli kan, so jangan sesekali nak bergurau dengan aku pasal ular bagai ni kalau tak nak kena penumbuk buku lima aku ni hinggap kat muka korang. Ganas wei aksi. Hahaha.

Ok la, cukup lah setakat ni citer fobia aku tentang binatang. Yang lain-lain ok, jangan ular ja ya. Uish...!.


Permainan ni pun aku tak boleh nak tengok dah. Haha...
Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak

Pertemuan Semula Setelah 30 Tahun Berlalu - IPS RANGER 1986-1987




Mak-mak dan bapak-bapak sangat dah nih...huhu


Dah setahun berlalu majlis reunion IPS namun tetap terpahat di ingatan. Sesekali rindu menjelma kembali.

Cewah begitu kuatnya penangan IPS ni. Tak dapat nak dielakkan rasa ini. Mungkinkah akan berulang untuk kesekian kalinya pertemuan begini?

Inshaallah kita sama-sama doa ya kekawan !.



Welcome back frens...


Citernya macam ni. Tahun lepas sibuk sana-sini bercerita tentang reunion sekolah, kolej, rakan kerja ,dan aku pun terpanggil jugak nak join sama.

So decide join reunion kolej tempat aku belajar dulu la di Institut Perdagangan Sri Ayu Perak (IPS). Waktu tu 1987 kalau tak silap aku.




Masa nak satukan semua semula ni ada jugak la macam2 insiden yang jadi..bertekak la..terguris la..itu la..ini la...semua perasaan ada la...haish !.

Yang sedapnya hanya aku sorang ja junior masa tu, yang lain semua senior aku. Waaa...perasan bagus la sekejap kan...kejap ja pun..haha...

Kumpul punya kumpul adalah dalam 12 orang ja yang dapat hadir, tak pa la janji adooo..






Dalam sebulan je kami cuba kumpulkan semua dan buat yang terbaik. Aku dipilih selaku Bendahari...ish...mana2 pun aku Bendahari...tak pa la terima ja la...memang dah di cop muka wang..materialistik katenyer..haha..

Ibarat kata tengok Meed nampak Duit...tengok Duit nampak Meed..gitew.!

Kami berkumpul dan berbincang menggunakan teknologi alam maya sahaja...lagi sekali terima kasih pada yang cipta kemudahan ni, pahala berganda2 memudahkan sesuatu pekerjaan.


Nyum-nyum sangat nih...


Hari yang ditunggu dah tiba iaitu pada tarikh 9 Mei 2015 bertempat di Hotel Quality Kuala Lumpur jam 2 petang kami berkumpul.

Waa...meriah sangat ni..macam2 acara ada...rindu dengan korang kekawan ku tersayang.!!!

Teruja yang tak terkata nak jumpa kekawan lama setelah 30 tahun tak berjumpa...rasa nak melonjak2 jer...tapi cover baik la kan.

Tuan Pengarah dan Pengerusi program dah sampai awal dah. Terbaik bro...!



Mana la pegi bebudak ni..sorang pun tak muncul lagi huhu



Rajin kemas yer..hehe


Acara dimulakan walau ada yang belum hadir sepenuhnya. Pengarah diminta bagi sepatah dua kata.

Amanat dari cikgu dan di ikuti wakil senior bagi ucapan dan tiba lah giliran aku sebagai wakil junior plak bagi ucapan..no text..no pad..bantai semacam jew..ok la kan.








Acara yang tak disangka iaitu anugerah Mr & Mrs maintain dimana aku adalah pemenangnya..haha...amin...maintain la sangat kan.

Ok lepas ni kita maintain kan badan 45kg ya..cayok Meed!










MR & MRS maintain kekdahnyer..huhu





MR & MRS maintain aka budak nakal di kolej...hehe


Sambil bersembang dan mengunyah makanan, masing-masing tak lepaskan peluang berfoto-foto. Aku siap bawa album lama masa study dulu.

Nampak la perbezaan body masing-masingkan. Dari sekecil-kecil jari halus sampai ke besar ibu jari sekarang.

Kalau la bole putar semula kejadian, nak la berbadan macam dulu...slim jer. Hahaha..







Dah join grup rabun dekat gamaknyer..huhu










Acara cabutan bertuah dan hadiah hari lahir diadakan. Macam-macam barang yang telah disediakan ikut perancangan. Ada yang sponsor dan sebaliknya.

Grup whatsap terbaik la sebab dapat adakan majlis tanpa berjumpa. Kih..kih..











Haruslah tempek yang ada gambar puan blog je kan..hehe


Tak lupa jugak acara potong kek dan jugak pemberian sijil (boleh digunakan untuk interview kenaikan pangkat ya). Hehe..








Jom citer banyak tak guna, aku bagi gambar la korang bole tengok puas-puas kan...salah satu kenangan terindah untuk tahun 2015 !.






















Barang kenangan akan disimpan rapi sebagaimana tersimpannya ingatan dan memori kita bersama 30 tahun yang lepas.

Selamat maju jaya sahabatku semuga kita sama-sama akan beroleh kesejahteraan, kejayaan dan kemuliaan hidup di dunia dan akhirat.










Semuga ikatan persahabatan kita ini akan berkekalan hingga hujung nyawa. Amin.!.



Plan berjumpa lagi untuk reunion tahun 2016...muah


Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak