/**/
Subscribe Twitter

Belon Birthday Di Ofis CBE





Epi besday to me...!


Tak habis-habis lagi pasal besday. Maklum besday Puan Blog mestilah diraikan banyak kali dan di post ribuan kali. Gitew..Kih..kih..

Kali ni aku nak cerita sambutan yang diberikan oleh staf di ofis @ geng bas sekolah. Kan aku ni ahkak kawasan mestilah diaorang raikan. Lagi-lagi penghujung tahun haruslah disambut kaaaannnn.




Citernya macam ni. Satu petang tu aku kebizian buat kerja ofis. Biasa la kalau dah ada 2 bos, jadi mesti lah nak kena layan dan jaga dua-dua. Nasib baik dua-dua tu sempoi dan sporting.

Best sungguh kalau berhuha dengan bos-bos ni lagi la kalau lepas waktu kerja. Giler-giler dan sekepala. Hepi sangat kerja dengan bos kesayangan hamba ni. Ops sori melalut plak. Ok sambung citer tadi.

Tengah aku ralit buat kerja, datang sorang staf panggil dan bagitau yang cermin kereta aku pecah. Apa lagi berderau la rasa. Cepat-cepat aku bangun dan meluru keluar menuju ke parking kereta.

Korang nak tau apa jadi bila aku sampai kat parking? Dari jauh aku nampak kereta aku dipenuhi belon. Waa...teringat masa aku menang lucky draw kereta dulu siap bereben macam kereta orang kawin lagi.




Tengah tercengang tu plak tetiba ja dengar orang tiup wisel, terompet dan apa benda lagi bunyi sambil ramai-ramai jerit surprised dan nyanyi lagu besday. Waa...rasa hebat sangat ni, sambutan ala Diva. Huhu terperasan dan terharu la plak.








Belum puas tengok belon-belon tu aku disuruh tiup lilin dan potong kek. Waduh, mana ada dalam sejarah orang potong kek atas kereta la korang? Tapi aku layankan jugak la. Meriah giler la sambutan kali ni.




Bila aku tanya napa tak cakap nak buat cantik-cantik kat kereta, bole aku bawak kereta lagi satu. Diaorang kata saja nak buat kejutan untuk kakak kesayangan ofis ni. Tapi ya la kan, dah orang nak buat surprised katanyer, so duk la diam-diam jangan banyak bunyi.








Diaorang kata bosan la asyik sambut dalam ofis je. Sesekali kita buat la kelainan untuk Kak Meed. Kebetulan sambutan penghujung tahun dan penutup segala besday kat ofis ni.








Tak cukup dengan tu berfoto-foto pulak kat kereta macam-macam gaya. Haha kelakar la korang.










Habis kat luar sambung plak kat dalam ofis. Kali ni dijamu makan eskrim yang lazat dan makanan ringan serta air jus. Best la korang ni. Ada geng bas sekolah rasa frust tak dapat join sebab diaorang dah balik kampung sebab cuti panjang esoknya. Tak pa lain kali ya dik.








Ada lagi, dapat plak kad comel yang ditulis oleh bos dan geng bas sekolah. Kreatif sungguh korang ni. Dapat voucher lagi untuk pergi manjakan diri di Spa. Hamboi la hai, suka tak terkata dibuatnya. Sayang la korang.








Kiranya ini lah sambutan besday yang paling best, mantap dan meriah yang pernah dilakukan oleh geng bas sekolah kesayanganku. Terima kasih daun keladi uolls...Tahun depan inshaallah kita raikan lagi. Sayang korang ketat-ketat. Muah...!



Epi besday to Meed Mickey...!



Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak