Hari kedua kami plan bermandi manda dan berendam di Hot Spring Sungai Klah, Sungkai, Perak.
Dari homestay ke Hot Spring Sungai Klah ni tak jauh...hanya 20 minit ja. Dari jalan besar menuju ke tempat berkelah tu adalah 15 minit.
Sepanjang perjalanan ke sana korang akan nampak banyak signboard so jangan risau la risiko untuk sesat adalah tipis.
kalau sesat pun korang bole je tanya dengan penduduk kat situ sebab banyak je rumah penduduk felda, gerai-gerai dan kedai runcit keliling tu.
Hot Spring Sungai Klah atau di kenali juga sebagai Felda Residense ni bertempat seperti maklumat di bawah:
Hot Spring Sungai Klah,
36000 Sungkai,
Perak.
Tel: +60 5-438 8802
Bayaran : Dewasa : RM15
Kanak-kanak : RM10
Warga emas : RM7
OKU : RM2
Masa : Pagi sampai 7 malam tapi kalau cuti am dan cuti sekolah tutup jam 10 malam.
Makanan luar tidak dibenarkan bawa masuk ke dalam tapi aku nampak ada jugak yang curi-curi bawak masuk dan makan kat dalam tu. Tak baik tau. Hehe..
Tempat ni adalah tempat rekreasi kolam air panas yang sangat bagus untuk semua golongan. Terletak dalam kawasan kelapa sawit milik Felda. Udara segar dan tenang je bila masuk dalam kawasan ni.
Beberapa kilometer je dari pekan Sungkai dan 15 minit perjalanan je dari tol Sungkai Perak.
Ada beberapa kawasan parking yang disediakan tapi aku tak pasti adakah ada dikhaskan untuk VIP atau penginap Villa kat situ. Redah ja la kan.
Masa aku sampai tu penuh sesak dengan kenderaan maklum cuti sekolah.
Tapi korang jangan risau sebab ada tram yang akan bawak korang terus ke kawasan kolam dari tempat bayaran tiket.
Tunggu la kat station yang dkhaskan ala-ala bus stop gitu selama 3 minit.
Dekat sangat kalau rajin nak jalan kaki. Tapi aku dan famili malas nak jalan panas-panas terik ni.
Dah bayar mahal jadi haruslah gunakan kemudahan yang ada, jimat sket tenaga nak berendam dalam kolam nanti. Ngeh-ngeh...
Ahli tak penuh hari ni sebab ada yang kena ambil periksa, ada yang kena hantar barang, macam2 la.
So acara membaling bola dalam air mungkin tak dapat dijalankan. Redha ja la ya anak-anak.
Kat sini terdapat beberapa bahagian yang boleh kita pergi. Kolam mandi utama ala-ala kat Gambang, Taman Terapi, semestinya Kolam Air panas dan tempat merebus telur.
Tarikan utama pengunjung ke sini semestinya lah kolam mandi utama. Keluasannya agak besar dan lebar tapi tak lah seluas dan sebesar waterpark yang ada kat Malaysia ni.
Punya la ramai manusia dalam kawasan tu. Rasa malas nak lama-lama lepak kat situ sebab takda port menarik nak landing.
Kitaorang pun plan nak cari tempat lain dulu la atau pergi ke kolam air panas untuk berendam kaki atau badan sekaligus.
Ada la meja kosong bawah pokok, apa lagi aku memang juara bab-bab mengejar tempat ni.
Sedap-sedap landing tetiba akak aku cakap, eh kalau la kita tengah berehat ni jatuh kelepuk pak panjang apa ko nak buat?
Adoyai kenapa la korang buat statement macam tu seriau aku. Spoil mood betol. Gelak la eh kuat-kuat. Hahaha...
Berdekatan kolam air panas tu terdapat juga kawasan rekreasi perhutanan. Kalau korang kaki mendaki atau nak buat jungle traking memang dialu-alukan lah datang ke tempat ni.
Macam-macam aktiviti yang korang boleh buat nanti.
Ada jugak yang merebus telur tapi dengan syarat telur hanya bole dibeli kat situ je.
kalau nak kena baling telur mentah kat muka berani lah bawak telur sendiri..huhu.
Atau yang korang bawak tu telur tembelang, tak ke haru dibuatnya. Pandai pasang strategi bisnes diaorang ni. Paksaan tu tau. Huhuhu.
Haa... mesti banyak bakteria kat tempat telur tu agaknya. Tak sanggup aku nak rebus lah. Tak sampai hati. Haha..
Misi pertama adalah pergi duduk ke tempat merendam kaki atau badan dalam air panas sebab malas nak tukar baju untuk pergi berenang dan main air.
Ni adalah kolam air panas maka sumber air kat sini adalah berbeza dengan water park yang lain ya.
Mula-mula masuk kaki adoi mak tak tahannya panas. Tapi penjaga kat situ kata bila dah masukkan kai terus je diam-diam wat bodo je sebab sebenarnya kat dalam tu sejuk.
Kalau korang keluar masuk keluar masuk kan kaki memang lah rasa panas.
Macam-macam bangsa ada. Aku macam geli jugak mula-mula nak masuk sebab bau semacam dan risau sapa yang ada penyakit kulit tu nanti mesti lekat kat situ.
Betapa kolotnya fikiran kan? Haha tapi peringatan tau bukan kolot.
Dalam nak tak nak tu aku rendam la jugak kaki. Dah bayar harus lah terjah kan.
Betol la kata penjaga tu dah masuk duk je diam-diam. Bak kata dia korang ni tak pernah masak air ke? Kat luar je panas dalam sejuk..ececeh berleter plak orang tua ni. Huhuu..
Penjaga tu bagitau jugak yang lumut-lumut kat situ bagus kalau disapu pada tangan dan kaki yang kebas. Sapu kat muka boleh putih dan licin ja kulit. Hai, aku ni dah la jenis kulit sensitif risau plak nak cuba.
Lagi la dah bercampur dengan orang lain. Eee, tak mungkin la pakcik oit nak buat macam tu lagi la nak korek lumut tu, memang tak la, maaf ya pakcik.
Tapi bila dia dah korekkan dan bagi pada aku, nak tak nak aku cuba jugak sapu kat tangan.
Eh serius betol la memang lembut dan mulus ja rasa kulit tangan. Waa...suka la plak. Tapi suruh pakcik tu la korek aku tak nak korek. Geli. Hahaha...
Puas berendam kat kolam air panas tu adik aku ajak berendam kat air sejuk plak. Apa lagi dah bayar mahal-mahal harus lah terjun mandi.
Kanak-kanak sesuai mandi kat situ sebab tak terlalu dalam tapi mesti dibawah kawalan ibubapa.
Jangan harapkan sangat pada penjaga yang ada sebab ramai diaorang nak jaga bukan anak korang sorang je ya.
Kalau yang tak suka mandi beramai-ramai, kat situ ada juga disediakan tempat mandi privacy tapi dikenakan bayaran la.
Aku tak lah pergi kat situ makanya gambar takda la ya.
Masuk2 je dalam kolam tu bole rasa air sejuk sangat. Anak-anak ajak aku naik belakang batu dan terjun dari atas. eh, korang ingat aku ni muda lagi ke, kang salah tempat patah riok dibuatnya.
Tapi kerana naluri muda, ececeh dan anak-anak plak tau memang aku ni suka buat benda-benda lasak jadi diaorang paksa la.
Apa lagi, malu letak tepi, aku pun mula la beraksi ala-ala perenang handalan. Kih3.
Ok lepas bab tu, apa lagi anak aku ajak pergi menggelongsor badan meniarap ikut aliran air dari atas sampai jatuh ke dalam air.
Perasan jugak ada orang dewasa tengok gelagat aku dan adik aku tu tapi ada kitaorang kisah. Enjoy the moment ok. Hehehe...
Memang best giler buat aksi macam tu. Lupa sakit kaki..sakit lutut dan sebagainya. Fun sangat ni.
Lepas tu asik la belajar berenang dan floating dengan adik aku. Apa lagi berapa banyak kali telan air daaa..huhuhu.
Ruginya tak dapat ambil gambar sebab semua tak hengat dunia bila dah berendam. Yang tak berendam tu plak dok tido ja sebab angin sepoi-sepoi, memang lena la dik non tido.
Setel kat situ aku pergi ke tempat air panas semula. Masa ni ambil keputusan pilih yang bole berendam 1 badan. Wah...best giler.
Panas ala2 jacuzi spa. Berangan sekejap konon berada kat spa plak.
Tengah syok berendam ternampak la potongan kuku kaki dari mana entah datang. Eeee...geli lah, cepat-cepat bangun dah tak nak berendam dah. Cari air bersih nak mandi.
Nasib baik sempat ambil gambar kalau tak rugi sangat tapi gambar berendam tak boleh letak sini, sensored u...hehe.
Dah puas semua benda cuba kat situ, maka bergerak la kitaorang balik ke rumah. Memang best la pergi situ. Aku rekomen korang datang situ ya. Bai..