/**/

Pages

Subscribe Twitter

Berpanas Di Kellies Castle, Batu Gajah Perak



Bila nak bina istana MEED MICKEY ek? Hehehe...


Mula-mula plan nak ke Kellies Castle tapi bila kakak aku cakap jangan dan tak payah la pergi situ sebab berhantu jadi terencat sekejap nak meronda area situ.

Tiba2 masa nak balik bole plak dia yang ajak pergi situ. Ish..ish...nak tak nak layan kan ja la.




Maklumat berkenaan adalah seperti di bawah:

Alamat: No 31000 Batu Gajah, Perak.

Waktu: 8.30 pg - 7 mlm

Tel: +60 5-255 2772, +60 5-3668198

Email : aqfast_kelliecastle@yahoo.com

Bayaran masuk adalah RM5 dewasa dan kanak-kanak bawah 6 tahun adalah percuma ya.


Dah la panas terik tapi layan ja la bergambar. Dah sampai jauh2 harus la berfoto2 kenangan kan?.






Aku decide tak nak masuk maklum lemah semangat sikit walau nampak kasar. Haha.

Last-last masuk la jugak sebab dipaksa rela oleh diaorang. Tak kan la nak duk lepak sengsorang kat bawah kan.









Meh aku cerita serba sikit yang aku tau mengenai istana ni. Ececeh...

William Smith dilahirkan pada 1 Mac 1870 di Moray Firth, Dellas,Scotland. Dilahirkan dalam keluarga petani, anak ketiga daripada lima orang adik beradik.

Pada 1 Mac 1890 (Utusan Malaysia, 22 Januari 2008), sewaktu berumur 20 tahun, William dikatakan telah merantau ke Malaya untuk menambahbaik taraf kehidupannya.

Bermula sebagai jurutera awam dengan mendapat kontrak selama 2 tahun dengan kerajaan kolonial bagi membina laluan keretapi ke sebuah kuari batu yang baru dibina,malangnya projek ini mempunyai masalah lalu beliau terpaksa menghentikannya.

William seterusnya membuat usahasama dengan seorang kontraktor, Charles Alma Baker bagi mengusahakan projek membina jalan raya di Perak.




Pada tahun 1903, William Smith terpaksa pulang ke Scotland bagi melawat ibu beliau yang sedang nazak, dalam perjalanan pulang inilah beliau bertemu bakal isterinya, Agnes.

Setelah kembali semula ke Malaya, William telah menambah nama “Kellie” pada nama beliau, dan mahu dikenali sebagai William Kellie Smith.

Nama “Kellie” adalah bersempena nama ibunya selain mengahwini Agnes. Agnes merupakan pewaris kepada perniagaan kapas yang diusahakan oleh keluarga beliau.

Agnes dikatakan bakal mewarisi dana sebanyak 300,000 pound.




Sewaktu mengandungkan Helen, Agnes telah menyuarakan kepada William hasrat untuk berpindah rumah kerana tidak tahan dengan cuaca panas.

Sudah menjadi kelaziman keluarga elit dari eropah pada ketika itu,untuk lari dari cuaca panas, mereka akan berkunjung ke Bukit Maxwell di Taiping atau Bukit Kledang di Menglembu, Ipoh.










Kebanyakkan bahan binaan hiasan untuk rumah mereka terdiri dari batu marmar yang diimport dari India, sementara Jubin yang digunakan diimport dari Itali pada tahun 1904.

Batu bata jenis aprikot yang digunakan dibuat di Malaya, begitu juga dengan kayu cengal yang menghiasi jenang pintu dan tingkap istana berkenaan, kualiti kayu cengal sememangnya diakui serta mampu kekal utuh sehingga 200 tahun lamanya.

Oleh kerana pada ketika itu simen tidak ada di Malaya, maka dinding istana tersebut dibina dengan kaedah yang sangat unik, iaitu dengan menggunakan campuran putih telur itik, pasir, kapur, gula merah dan madu.












Pelan asal sewaktu Istana ini dibina menunjukkan ianya mempunyai 14 buah bilik yang mempunyai fungsi yang berbeza setiap satunya.

Setiap bilik ahli keluarga yang terdapat di tingkat satu mempunyai laluan tangga yang akan digunakan ketika kecemasan






Pada tahun 1926, William serta anaknya Helen telah pergi ke Lisbon, Portugal sebelum meneruskan perjalanan ke England untuk melawat Agnes dan Anthony.

Ada juga maklumat yang mengatakan William Kellie pulang ke England untuk membawa balik set lif yang ingin beliau pasang di menara istananya .

Malangnya sewaktu berada di Portugal, William telah diserang penyakit radang paru-paru yang kronik, beliau akhirnya meninggal dunia di Lisbon pada 11 Disember 1926 pada usia 56 tahun.






Roh William Kellie Smith juga dikatakan sentiasa merayau-rayau di sekitar koridor bekas istananya itu.

Sekumpulan ahli naturalis saintifik dari Kanada yang mengadakan kajian tentang haiwan yang keluar pada waktu malam di kawasan berkenaan pernah memberitahu sekitar tengah malam, setelah selesai mengambil gambar, salah seorang anggota wanita pasukan tersebut dikatakan telah terlihat satu lembaga yang menyerupai seorang lelaki bangsa eropah sedang berdiri dan menjenguk dari salah satu tingkat di Istana berkenaan.

Lembaga tersebut dipercayai roh William Kellie Smith.








Antara ruang dalam istana Kellie yang dianggap mempunyai misteri ialah bilik anak perempuan beliau, Helen.

Seorang pengunjung dikatakan pernah terlihat seorang budak perempuan bangsa eropah dalam lingkungan usia enam tahun berkeliaran di bilik tersebut.




Banglo tu ada 3 tingkat. Aku memang jalan ramai-ramai la tak berani sorang-sorang sebab akak aku la dah buat cerita macam-macam. Seram wei.

Mulut aku kunci rapat tak mo tegur or cakap macam-macam. Haha giler poyo jaga tatasusila.

Geram betol dengan anak aku yang bungsu dengan anak adik aku yang no 2...merayap suka2 diaorang je....terjerit2 aku dibuatnya.








Tingkat atas sekali adalah tempat yang korang akan rasa gayat bila bergambar. Takda penghadang menganga luas kat atas tu.

Dengan angin yang kuat cepat2 decide nak turun balik sebab kaki dah macam ditarik-tarik untuk terjun. Gerun jangan cakap la. Dasar penakut. Haha...








Dah puas pusing-pusing pose sana sini dalam sejam so aku decide la nak balik sebab malam nak ke PWTC plak ada jemputan Gegar Anak Seni. Harap2 sempat la sampai KL sebelum jam 7 mlm.














Next episod aku akan citer tempat sejarah yang lain plak ya. Bye...!



Reality belum ada istana nih...tunggu...!
Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai