Tahun ni plan berfamily day keluarga Hassan & Hatijah adalah di Hot Spring Sg Klah, Sungkai, Perak. Tiap family telah diberikan tugasan masing-masing menyediakan penginapan, makan dan pakaian.
Biasa la kalau dah berjalan ramai-ramai macam keretapi ni mesti ada yang lambat. So plan awal memang selalu tak kesampaian.
Kekononnya hari pertama nak buat outdoor dan indoor games lepas tu berendam. Anak aku siap bawak bola nak campak-campak kat air. Ingat ni nak pergi ke pantai ke? Air terjun je pun nak oit.
Walau pun lari dari perancangan awal, tapi tak pa lah, asal dapat berkumpul reramai camni dah cukup bagus tu. Alhamdulilah.
Hari pertama kitaorang lepak kat homestay yang dah di booking awal oleh kakak aku sebab dia duduk di Perak dan ni adalah tempat yang dia cadangkan.
Kami berkongsi bayar homestay dan makan. Hadiah games ditaja oleh adik aku dari USJ. Aku? Tak taja apa2 sebab aku paling jauh di johor. Wakaka....
Maklumat aku tak dapat bagi la ya sebab dia yang buat booking. Kalau nak korang pergi ja la ke website Homestay Sg Klah Hot Spring Sungkai Perak. Korang pilih lah yang mana berkenan.
Homestay yang kitaorang duduk ni merupakan sebuah rumah kampung. Ada 4 bilik dan 2 bilik air. 1 bilik ada aircond yang lain kipas saja ya. Dapur dan ruang tamu. Selesa sangat.
Tempat pun sunyi dan sejuk. Terasa macam balik kampung atok macam dulu2. Bestnya kalau dapat kawasan rumah macam ni. Anak cucu cicit datang berderet kereta boleh parking.
Harga adalah RM350 untuk 2 hari 1 malam. Check in jam 2 ptg dan check out 12 tghr tapi kalau takda orang lain booking esoknya korang bole keluar lewat sikit.
Sampai je kitaorang decide buat outdoor game dulu sebab dah nak hujan dan nak maghrib.
Acara pertama mestilah berfoto reramai dulu kan. Tahun ni kami buat baju yang sama. Ops rupanya aku terlibat jugak sebab family JB yang uruskan tshirt ni. Cun tak? Huhu..
Game pertama adalah baling belon berisi air bersama pasangan. Giler jauh beb belon tak pecah2. Pemenang pertama kedua ketiga dapat hadiah.
Acara kedua adalah tiap anak ahli keluarga masing2 akan ikat ayah masing2 jadi mumia menggunakan kertas tisu sorang segulung. Kebetulan anak kami adik beradik 3 orang so sesuai sangat la kan. Adil disitu. Kalau sorang nak tambah ahli yang lain kena folo jugak, Hahaha.
Acara ketiga adalah anak2 akan solek muka ibu masing2 seperti badut. Siapa yang nampak lebih kelakar macam badut walau pun tak kemas akan dikira sebagai pemenang. Waa..masa ni la anak2 nak kenakan ibu masing2 eh, siap la korang nanti.

Selesai acara kat luar rumah dan terima hadiah masing2 semua beredar ke dalam rumah. Misi selanjutnya adalah indoor games.
Acara pertama adalah gigit biskut bersama pasangan. Siapa punya biskut yang pendek sekali dikira sebagai pemenang. Setel ja dapat hadiah memasing.
Acara kedua adalah bergilir2 menyebut no dan nama. Peserta pertama sebut no 1, peserta kedua sebut no 2 dan peserta ketiga sebut Misan Misan. Peserta ke empat akan ulang semula sebut no 1 dan seterusnya. Siapa lambat atau terkial2 dipersilakan keluar dari kumpulan ya. Memang kelakar la game ni. Hadiah menunggu ya.
Acara ketiga pulak adalah memilih telur. Ada 3 biji telur mentah. Selebihnya masak. Pilih telur masing-masing dan ketuk di dahi. Korang teka la kalau ada yang dapat telur tak masak apa jadi kalau pecah kat dahi. Ya ampunnnnn...hehe. Ni idea adik aku. Misi utama adalah nak mengenakan anak bungsu aku tapi last-last anak dia sendiri yang kena. Bhahahaha...dapat la jugak hadiah.
Acara selanjutnya adalah pertukaran hadiah sesama sendiri ikut nama yang dipilih individu dalam kotak yang disediakan. Sambil bagi hint orang yang bakal terima pertukaran hadiah tu. Comel ja hadiah masing2. Best sangat.
Dalam pada tu ada yang mandajalkan aku sempena besday. Konon kali ni tak beli kek so famili akak aku dah sediakan hadiah. Dapat ja bukan main seronok la sebab dapat jam tangan. Lepas tu diaorang suruh tengok pulak ke dalam beg.
Plan diaorang tak menjadi sebab nak suruh aku raba beg tu tapi aku ambil ja kotak dalam beg. Bila aku tengok lagi sekali apa lagi melenting la aku. Menjerit sambil campak hadiah tu dan meloncat ke arah famili sebelah sana. Semua terkejut kenapa aku melenting.
Rupanya dalam tu ada ular getah. Cis kurang ajar punya anak sedara. Nanti korang. Tak baik tau...mentang2 mak sedara korang ni geli dengan benda panjang tu korang wat hal la eh...tapi tak menjadi. Seb baik tak da video, kalau tak i is malu u. Hahaha.
Acara selanjutnya adalah meniup tepung dan ambil gula-gula dengan mulut. Korang bayangkan muka masing-masing dah macam tepung gomak jadinya. Pasrah la ya wahai anak-anak. Yang ni tak sempat ambil gambar sebab sedia untuk berBBQ. Huhuhu...hadiah pun ada disediakan.
Malam pulak kitaorang buat BBQ ayam..kambing...sosej. Sedap ni makan lagi la hujan-hujan camni. Laju ja masuk dalam mulut dan hilang di perut. Mencair jer. Kih3..
Game disambung semula. Kali ni keluarkan bola pingpong dari kotak tisu. Nampak senang tapi bila dah buat baru korang tau susahnya bola tu nak keluar.
Memang kelakar giler tengok masing2 tunjuk skil menari nak keluarkan bola pingpong tu. Bila tengok balik video masing-masing punya karenah, memang akan ketawa sendiri la. Best giler game ni. Macam biasa, last acara dapatlah hadiah.
Aku dah tak larat dah nak tunggu game habis so aku pergi mandi dulu lepas tu sambung semula.
Plan utama dan hadiah terbesar adalah makan buah tembikai dan sembur semula biji , sapa yang paling jauh kira pemenang. Tapi cancel sebab buah yang dibeli takda biji. So buat acara sambung straw panjang2 dan sedut air dari gelas. Tapi semua tak berjaya sebab straw lembik.
Acara kedua akhir adalah tutup mata dan ikut arahan untuk masukkan bola pingpong ke dalam gelas. Ni pun sekejap je main sebab semua dah lepak dan tak berapa nak menarik sangat la.
Last sekali adalah acara menyambung puzzle. Yang ni aku tak join sebab pergi melantak makanan yang ada. Lapo sudah . Huhuhu.
Ok lah dah setel hari pertama dan masing-masing dah dapat hadiah, so bole la tido lena ya. Famili aku yang paling banyak dapat hadiah. Bravo famili MEED MICKEY...yahoo.!