Dah setahun berlalu majlis reunion IPS namun tetap terpahat di ingatan. Sesekali rindu menjelma kembali.
Cewah begitu kuatnya penangan IPS ni. Tak dapat nak dielakkan rasa ini. Mungkinkah akan berulang untuk kesekian kalinya pertemuan begini?
Inshaallah kita sama-sama doa ya kekawan !.
Citernya macam ni. Tahun lepas sibuk sana-sini bercerita tentang reunion sekolah, kolej, rakan kerja ,dan aku pun terpanggil jugak nak join sama.
So decide join reunion kolej tempat aku belajar dulu la di Institut Perdagangan Sri Ayu Perak (IPS). Waktu tu 1987 kalau tak silap aku.
Masa nak satukan semua semula ni ada jugak la macam2 insiden yang jadi..bertekak la..terguris la..itu la..ini la...semua perasaan ada la...haish !.
Yang sedapnya hanya aku sorang ja junior masa tu, yang lain semua senior aku. Waaa...perasan bagus la sekejap kan...kejap ja pun..haha...
Kumpul punya kumpul adalah dalam 12 orang ja yang dapat hadir, tak pa la janji adooo..
Dalam sebulan je kami cuba kumpulkan semua dan buat yang terbaik. Aku dipilih selaku Bendahari...ish...mana2 pun aku Bendahari...tak pa la terima ja la...memang dah di cop muka wang..materialistik katenyer..haha..
Ibarat kata tengok Meed nampak Duit...tengok Duit nampak Meed..gitew.!
Kami berkumpul dan berbincang menggunakan teknologi alam maya sahaja...lagi sekali terima kasih pada yang cipta kemudahan ni, pahala berganda2 memudahkan sesuatu pekerjaan.
Hari yang ditunggu dah tiba iaitu pada tarikh 9 Mei 2015 bertempat di Hotel Quality Kuala Lumpur jam 2 petang kami berkumpul.
Waa...meriah sangat ni..macam2 acara ada...rindu dengan korang kekawan ku tersayang.!!!
Teruja yang tak terkata nak jumpa kekawan lama setelah 30 tahun tak berjumpa...rasa nak melonjak2 jer...tapi cover baik la kan.
Tuan Pengarah dan Pengerusi program dah sampai awal dah. Terbaik bro...!
Acara dimulakan walau ada yang belum hadir sepenuhnya. Pengarah diminta bagi sepatah dua kata.
Amanat dari cikgu dan di ikuti wakil senior bagi ucapan dan tiba lah giliran aku sebagai wakil junior plak bagi ucapan..no text..no pad..bantai semacam jew..ok la kan.
Acara yang tak disangka iaitu anugerah Mr & Mrs maintain dimana aku adalah pemenangnya..haha...amin...maintain la sangat kan.
Ok lepas ni kita maintain kan badan 45kg ya..cayok Meed!
Sambil bersembang dan mengunyah makanan, masing-masing tak lepaskan peluang berfoto-foto. Aku siap bawa album lama masa study dulu.
Nampak la perbezaan body masing-masingkan. Dari sekecil-kecil jari halus sampai ke besar ibu jari sekarang.
Kalau la bole putar semula kejadian, nak la berbadan macam dulu...slim jer. Hahaha..
Acara cabutan bertuah dan hadiah hari lahir diadakan. Macam-macam barang yang telah disediakan ikut perancangan. Ada yang sponsor dan sebaliknya.
Grup whatsap terbaik la sebab dapat adakan majlis tanpa berjumpa. Kih..kih..
Tak lupa jugak acara potong kek dan jugak pemberian sijil (boleh digunakan untuk interview kenaikan pangkat ya). Hehe..
Jom citer banyak tak guna, aku bagi gambar la korang bole tengok puas-puas kan...salah satu kenangan terindah untuk tahun 2015 !.
Barang kenangan akan disimpan rapi sebagaimana tersimpannya ingatan dan memori kita bersama 30 tahun yang lepas.
Selamat maju jaya sahabatku semuga kita sama-sama akan beroleh kesejahteraan, kejayaan dan kemuliaan hidup di dunia dan akhirat.
Semuga ikatan persahabatan kita ini akan berkekalan hingga hujung nyawa. Amin.!.