Tepat jam 12 malam pada 11 Disember 2015, meningkat usia ku ke satu angka lagi.
Alhamdulilah...amin..syukur padamu ya Allah !.
Sepertimana selalu, kami akan bergerak ke restoran pilihan untuk acara makan2 family pulak. Kali ni bertempat di POT's Industries di Danga Bay, Johor Bahru.
Pot's Industries 29C Jalan Bertingkat Skudai, 80200 Johor Bahru, Johor. GPS : 1.473117, 103.725507 Web : http://www.pots.my Selasa - Ahad : 3 pm - 12 am Tutup hari Isnin |
Tak sangka pulak banyak restoran mewah kat area Danga Bay ni. Maklum bila lalu jalan ni di siang hari memang kita tak akan perasan sebab restoran area ni semua macam rumah.
Malam hari je baru kita akan perasan sebab ada pelbagai hiasan lampu menarik dinyalakan. Wow cantik sangat.
Mula2 masuk terpegun jugak dengan tatarias restoran ni. Meja dibuat dari beg kanvas terpakai. Dinding tidak dibiarkan kosong. Macam-macam barangan lama yang di kitar semula jadi benda berguna.
Restoran ni 2 tingkat yang mana asalnya adalah rumah yang hendak dijual. Memandangkan terlalu mahal harga nak jual mencecah ratusan ribu maka owner decide sewakan ja pada pengusaha francis POT's kitchen.
Aku nasihatkan lebih elok datang awal bagi mengelakkan masalah parking sebab kawasan tersangat la kecik. Kalau yang datang sorang2 bawak kereta besar gajah tak ke berapa bijik je muat letak kat situ?
Jadi better korang datang awal so bole makan dengan aman tak payah susah-susah bangun nak ubah tempat parking bila kereta lain sampai.
Order mesti dibuat di bahagian bawah kerana menu tak boleh dibawa naik ke atas. Tapi macam biasa aku Diva mesti diaorang bagi punya bila aku mintak bawak menu ke tingkat atas untuk belek-belek. Wakaka.
Lebih pada menu western dan harga bole tahan mahal la. Bagi aku kalau harga mahal tapi makanan sedap dan berbaloi aku akan ok dan tak banyak bunyi. kalau rasa hampeh tak sesuai dengan harga makanya mulut aku ni akan berbunyi la. Pet pot pet pot. Hahaha...bukan macam mak-mak lagi, dah macam nenek-nenek pulak nih perangai sekarang.
Tingkat bawah banyak meja kayu besar. Ada tempat BBQ. Kalau nak berkampung kat sini bawak khemah bagai pun aku rasa sesuai sangat. Nanti aku rekomen pada sekolah-sekolah ya Tuan Empunya Restoran. keliling hutan yang cantik kehijauan masih terpelihara. Cewah ayat bodek tak hengat.Hehe...
Tingkat atas ada meja besar untuk family dan kecik-kecik untuk couple tapi agak gelap (romantis gitew) sebab dia bertentang dengan jalanraya menuju ke bandar dan bole melihat atau meninjau pantai LIDO yang cukup terkenal satu masa dulu. Zaman kanak-kanak aku selalu lepak kat LIDO huhu.
Kat tingkat atas juga ada toilet dan tempat membaking kek dan pastry. Ada juga jualan TShirt atau barang yang korang berkenan nak beli. Bole berfoto-foto kat sini ya. Ada gantungan piring besar tau. Cantik sangat.
Aku pilih duduk di beranda sebab nak tengok suasana malam sekitar Danga Bay. Meja yang dibuat dari beg kanvas (beg kotak zaman sekolah rendah yang popular satu masa dulu) memang la sangat kecik tapi tak pa la janji takda orang kacau. Suasana memang best dengan angin sepoi-sepoi bahasa.
Aku pilih Jus Apple RM2. Chicken Wing RM15. Burger Stick RM28 . Salmon Swiss RM39 dan Red Velevet Slice RM11. Tak puas-puas makan kek gamaknya. Hehe.
Semua makanan kat sini sedap-sedap. Aku rekomen la korang makan kat sini. Staf dia pun baik-baik. Mintak tolong apa pun semua diaorang buat. Sampai tolong parking kan kereta sekali sebab tempat parking terhad dan sempit.
Setel makan aku pun berfoto-foto sekeliling restoran tapi rasa ralat la sket sebab aku pakai baju gelap. Peringatan untuk diri sendiri next time kalau nak makan kat restoran pakai baju warna terang. Nasib baik warna bear special present untuk aku agak terang so nampak la sket gambar aku tu. Heee...
Ok lah nanti aku tulis lagi restoran yang lain plak. Selamat menjamu selera..!Nyum...Nyum sangat nih...