Kali ni projek jalan-jalan cari makan di Seremban.
Ada apa kat Seremban? Tempat makan banyak ke? Atau sana sini shopping complex je yang ada macam kat tempat lain jugak?
Jalan punya jalan ternampak la kedai N9 Stick Factory. Jom cuba masuk dan makan kat sini la.
Maklumat seperti berikut:
No 99, Persiaran S2 B1,
70300 Seremban
Tel: 016-3344149, 012-3335163
GPS : 2.697765,101.913787
Beroperasi dari jam 7 mlm - 1 pg.
Tutup hari Rabu.
Sampai je macam terkejut jugak la. Nampak tempat macam special, lain dari kedai makan yang biasa.
Masuk je aku disapa oleh owner berbangsa cina. Takda melayu pun. Aku tanya dengan mamat bangla kat situ halal ke makan kat sini. Dia jawab halal.
Ternampak jugak ada beberapa couple dan famili berbangsa melayu. So mari lah kita masuk ke dalam dan cuba apa yang dihidang.
Kat tempat masak baru nampak staf melayu. So apa lagi cari port yang cantik dan duduk la cepat ya sebab masa tu macam ramai pulak pelanggan yang baru sampai.
Biasa la aku kan pembawa rezki. Heee...
Tempat duduk unik, tempat basuh tangan unik, semua tempat la ada kelainan.
Menu tersangat banyak. Menarik untuk dicuba. Staf pun ramah. Ada alunan irama plak tu. Bole makan dengan penuh ketenangan. Wah terbuai sekejap.
Nak grill ke nak ber BBQ pun bole.
Tapi tempat yang aku pilih tu panas sikit sebab kipas tak menghala ke area aku. Mana la tak panas tempat pemanggang betol-betol depan mata ni ha.
Kita boleh pilih sendiri makanan seafood dan dikira ikut berapa lidi yang kita makan. 1 lidi 80 sen kalau tak silap aku.
Sementara tunggu nasi dan daging panggang aku meronda la sekitar restoran tu.
Aku suka tengok susun atur restoran ni. Landscape dia cantik.
Ada 3 tingkat. Tingkat 2 beraircond dan tingkat 3 tak berbumbung dan agak gelap sikit.
Masa naik tingkat 3 tu ada la couple tengah nak celebrate valentine day kot.
Nasib baik dia pakai tudung warna terang kalau tak hampeh aku tak perasan ada orang kat situ.
Masa nak turun semula adoyai rasa gayat la plak. Siap pegang kuat pemegang besi sebelah. Tinggi wa cakap lu. Haha...
Owner kata perlu buat tempahan dulu kalau nak pilih tingkat 2 sebab berhawa dingin. Biasa diaorang celebrate besday kat situ.
Kebetulan makanan dah sampai so apa lagi masa untuk ngap la kan.
Wah sedap betol makan cucuk-cucuk dengan sambal yang kita bole pilih sendiri. Nak BBQ, tomyam dan apa lagi la.
Korang bole tengok kat gambar bawah ni.
Scallop dia sedap. Ikan tu pulak katanya ikan jepun, bila rasa tak sedap pun. Ala-ala ikan tamban je.
Sup pulak terdiri dari sup tulang, sup tomyam, sup ekor, sup ayam, sup lidah. Hahaha yang sup lidah aku tambah sendiri. Jadi jangan cari eh. Kui-kui.!
Sos plak ada banyak jenis. Sos rendang, sos cili, sos BBQ. Aku pilih sos BBQ.
Air teh dia pun unik. Macam ada tumbuh-tumbuhan dalam tu. Eh takut plak nak minum. Tapi nak merasa kelainan punya pasal order ja la.
Tapi yang geramnya aku order yang ada bunga lili tapi sampai yang lain. Malas nak bertekak minum ja la.
Lama-lama rasa pahit teh tu tapi mahal punya pasal harus lah habiskan jangan bazir ok.
Nasib baik tak jadi order desert kalau tak, sapa la nak makan. Dah kenyang sangat ni.
Harga kat sini agak mahal tapi aku ok ja tak banyak bunyi sebab rasa sedap, tempat aman, staf ramah, servis cepat.
Aku bagi rating 3 dari 3 bintang.
Dah kenyang meh la posing jap sekitar kedai. Agenda wajib. Kih3.!
So aku rekomen korang kalau datang Seremban singgah la makan kat sini.
Ok jumpa di next entry lain plak ya.