/**/

Pages

Subscribe Twitter

Belai Diri Di Figureline Beauty Spa




Tak sabar nak dibelai...


Hai kekawan...kalau kita rasa mengantuk kita tidur, kalau rasa lapar kita makan, kalau rasa letih lesu kita pergi lah berurut. Setuju tak?

Bila dah selalu ke hulu ke hilir buat kerja macam-macam makanya badan kita perlukan rehat dan belaian manja.

Maklum banyak tenaga diperlukan dan dikeluarkan seiring dengan tugas yang takda had masa ni. Makanya marilah kita manjakan diri kita sebentar.

Termasuk la diri aku yang sentiasa sibuk tak kira masa ni. Memang lemah longlai dibuatnya kekadang tu dek tugasan harian yang berlambak.

Nak buat macam mana dah resmi aku memang tak reti duk diam. Kalau tak buat kerja tu rasanya macam buang masa plak.



Plan nak ke Spa tiap bulan tak menjadi kenyataan sebab busy sangat. Jadi Spa yang sepatutnya aku pergi pada bulan Januari hari tu terpaksa ditunda ke bulan Febuari. Bole la asalkan pergi. Huhu...

Destinasi pertama membelai diri aku bagi tahun 2016 adalah di Figureline Beauty Spa. Maklumat seperti di bawah:

Figureline Beauty Spa
No 11, Jalan Tanjung Sutera 8/2,
Taman Sutera, 81310 Skudai,
Johor.

Tel: 07-5582891


Aku selalu gunakan group on kalau ke Spa ni. Jimat ongkos. Kalau rasa berbaloi baru lah aku datang lagi walau pun dengan bayaran asal yang amat berbeza jumlahnya.






Kali ni aku buat body scrub, body massage dan head massage. Harga RM38 untuk 2 jam sesi rawatan. Harga asal adalah RM250.

5 Febuari 2016 jam 12 tghr aku sampai ke Spa ngam seperti dijanjikan. Ececeh janji melayu sangat ni.

Sebelum rawatan, aku diberi penerangan serba sedikit dan diberi minum air teh bunga.




Kemudian aku di bawa ke bilik simpanan barang dan letak barangan keperluan dalam locker yang disediakan.

Lepas tu aku diminta duduk di kerusi yang disediakan untuk sesi rendaman kaki dalam air halia yang sederhana panas selama 30 minit.

Selesai ja rendaman aku di bawa ke bilik persalinan dan diminta untuk bertukar pakaian yang telah disediakan oleh pihak Spa. Sapa yang pernah ke Spa tau la kan apa ja yang disuruh pakai. Sensored tu...huhu.




Seluruh badan aku disapu lotion aromaterapi. Harumnya. Lembut ja rasa lotion tu.

Lepas tu aku diminta untuk berbaring dan disapu pula dengan scrub seluruh badan. Waaa best sangat ni sebab sejuk je scrub tu.

Setel ja aku diminta untuk mandi bersihkan diri sebelum diurut seluruh badan menggunakan lotion aromaterapi yang lain plak.




Staf yang mengurut aku namanya Olivia berusia 22 tahun. Lembut ja tangan usap badan aku tapi punya la kuat bila mengurut. Aku ok ja urut kuat pun. Syok maaa...!.

Dia minta aku meniarap dan dia minta izin untuk naik atas katil dan mula menekan dari punggung, pinggang, belakang badan sampai ke bahu.

Mak ai nikmatnya rasa. Sedapnya kena tekan-tekan badan macam tu. Haha...

Dalam 15 minit juga la dia tekan dan urut belakang badan tu. Lepas tu dia turun semula dan mula mengurut dari tapak kaki, keting, tumit, betis dan paha.

Sekali sekala aku menjerit jugak bila dia tekan kuat. Poyo betol. Hehe...

Setel kat kaki, dia urut lagi dari punggung ke atas sampai bahu. Adoyai best sungguh. Berbeza betol urutan tangan dengan urutan kerusi ni.

Sebab tu la kerusi urut kat rumah tu tersadai je, cik kucing yang ganti guna. Kui2...




Selesai rawatan meniarap dia minta aku terlentang pulak untuk urutan bahagian hadapan badan. Sama macam tadi, bermula dari kaki sampai la ke atas dada.

Mata aku dah terkuyu-kuyu dah rasa tapi dia plak ajak berborak. Adey, layan kan ja la.

Mengikut kata staf tu biasanya untuk urutan seluruh badan RM98 selama 1 jam. Amboi mahalnya.

Kalau urutan kampung RM30 untuk 1 jam. Tapi aku akan bagi RM50 sebab kekadang tu sampai 2 jam orang mengurut badan aku ni.

Kita jangan berkira bab-bab bayaran ni. Tenaga orang tak ternilai dengan nikmat yang kita perolehi.




Aku minta dia lebihkan urut di bahagian perut sebab rajin bebenor perut berangin.

Tapi jangan salah kan sesiapa sebab diri sendiri yang tak pantang dan tak jaga makan. Bedal ja apa yang ada dan lalu depan mata. Hidangan yang sedap pastinya. Hehe...

Sambil dia mengurut dia letak bantal panas bawah bahu. Fuh walau pun panas tapi rasa menjalar ke urat saraf. Mata plak diletakkan benda sejuk (eye treatment).

Waaa apa lagi mengundang untuk tidur la. Dah la suasana bilik samar-samar, lagu romantik, badan dibelai, siapa pun bole terlena.

Aku rasa aku memang terlena 10 minit kot sebab tetiba tersedar bila dia kejut untuk buat rawatan leher dan kepala.




Rawatan kali ni menggunakan batu sejuk. Urut dari leher naik ke atas kepala. Dari dahi ke kepala. Dalam 30 minit jugak la sesi ni. Bestnyer.

Sedar-sedar bila staf tu kejut aku lagi. Biasanya aku memang tak kan tidur bila dapat rawatan di Spa tapi berlainan dengan Spa ni. Boleh plak aku tido berkali-kali syok punya pasal kena belai. Hahaha...

Selesai semua sesi aku pun diberi penerangan sikit berkenaan produk dan pelbagai rawatan yang diberikan kat Spa. Harga berbeza la kecuali join jadi member Spa tu.

Diberi minum air dan agar-agar lagi.






Jam 2.30 setel semua dan perut pun memanggil-manggil untuk diisi.





Bole repeat datang sini sebab rawatan memuaskan...


Makanya aku singgah ke Sutera Mall untuk mengisi perut yang dah nyanyi lagu keroncong ni.



Sutera Mall ni memang selalu bertukar-tukar perhiasan luaran...suker tengok


Tempat adalah seperti biasa, Restoran Uncle Jo dan makanan sedap kat situ adalah Laksa Penang. Memang superb...delicious sangat nih. Order air panas sebab cuaca sejuk hujan lebat sangat.







Tengok pun dah terlior kan...kui2...


Bila dah kenyang apa lagi, meronda la keliling Mall sebelum balik. Cuci mata dan shoping-shoping katanyer.

Aku ni kalau sorang pun jadi kalau nak bershoping ni. Lagi suka sebab tak terikat dengan sesiapa. Boleh menyinggah je kedai mana yang aku rasa nak masuk lama ke sekejap. Enjoyce...!.

Ok la, sapa yang berminat bole la ke Spa ni. Aku rekomen sangat. Jumpa lagi di lain kali di Spa yang lain plak. Babai...!



Lelaki perempuan perlukan urutan badan biar mantap katanyer...huhu

















Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai