/**/

Pages

Subscribe Twitter

Bibir Merah Bak Delima Dengan Magic Lipstick



Sebahagian koleksi lipstick yang masih ada dalam simpanan...


Wow..wow..wow...tajuk mengancam...menggoda...menarik...tertarik..!

Kali ni nak citer bab magic lipstick @ gincu ajaib plak.

Sememangnya aku ni seorang pencinta lipstick. Sejak zaman mula bekerja lagi aku dah mula memakai lipstick.

Hidup rasa tak sempurna jika tidak memakai lipstick. Rasa tak bermaya je hari. Gitew..teruk betol penangan lipstick ni kan? Huhu...



Mana satu nak pakai dulu ni ek...?


Aku tak suka bermekap tebal. Pakai eye shadow, blusher, maskara semua tu tak da dalam list aku. Malas nak layan. Rasa buang masa bila nak bersihkan wajah. Cukup la sekadar bedak muka, lipstick dan celak mata.

Rutin harian baik hari bekerja atau cuti, memang dah jadi satu kemestian untuk aku, lepas mandi dan bersiap, alat solek yang mesti aku pakai hanyalah bedak, celak dan lipstick.

Kalau tak pakai barang-barang ni memang la aku rasakan hari tu tak bermakna. Kalau korang tak caya, cuba korang pakai 3 barang tu ja mesti korang dapat rasakan kelainan.

Tak perlu bersolek tebal, cukup sekadar guna benda yang asas ja untuk sapu kat muka biar nampak ceria. Bila dah ceria, baru lah hari akan rasa bermakna. Hati senang semua kerja boleh dijalankan dengan lancar.



Ada yang masih blum berusik...


Cuba fikir balik, masa belum kawin dulu bukan main bersolek dan berdandan bila nak dating. Jadi tak adil la kan kalau dah kawin kita mesti lupa untuk mencantikkan diri biar pasangan kita tak jemu memandang. Cewah ayat tak agak.

Dengan prinsip tu la aku kekalkan berhias sampai sekarang. Reward untuk diri sendiri.



Ada yg baru guna sekali je...


Simple je contoh ni. Letakkan tempat korang kat tempat lelaki. Dah lah balik kerja penat-penat, ingatkan sampai rumah dapat lah relax.

Tapi bila sampai je rumah,korang disambut dengan bini yang serembeh dan serabai. Masih pakai baju kelawar lagi. Bau peluh jangan citer la kan sebab seharian duk mengemas rumah dan sebagainya.

Masa tu mesti perasaan akan lagi rasa berserabut kan? Mula la tak senang nak duduk kat rumah cari je pelbagai alasan untuk keluar rumah dengan alasan cari ketenangan konon.

Kat luar ramai yang cantik berhias. Haa masa ni nak salahkan siapa kalau laki dikebas atau dirampas orang?



Sayang nak buang, seronok tengok banyak, rasa puas jer....huhu


Aku tak lah salahkan kaum wanita dalam bab ni sebab semua terletak pada hati masing-masing.

Cumanya kebarangkalian benda ni jadi adalah nisbah 9/10. Tak da niat lain aku menulis ni cuma untuk membuka minda isteri semula dan peringatan juga untuk diri aku sendiri.

Ustaz dan pakar motivasi pun akan sebut benda yang sama macam aku citer kat atas. Mesti korang selalu dengar kan ceramah yang berkaitan hidup berpasangan ni. Gitew...




Haiya ni la masalahnya aku ni. Nak citer pasal lipstick bole plak corner ke lain. Sebenarnya aku nak kongsi sikit pengalaman aku guna lipstik ajaib.

Nak tau macam mana bole keluar ayat ajaib tu? Meh dekat sikit telinga tu aku nak bisik kat korang. Kih-kih...

Magic lipstick ni merupakan lipstick yang tak berwarna. Bila kita sapu kat bibir, warna akan bertukar menjadi merah ikut aliran/suhu/nadi darah kita.



Sebahagian magic lipstick yg masih aku guna...


Macam-macam dan berlambak sekarang jenama yang ada di pasaran. Berlumba-lumba keluar macam ikan lumba-lumba. Hehe...

Aku sedang gunakan beberapa magic cantaranya adalah dari jenama Sendayu Tinggi, D'Herbs, Aloe Vera, Leno, Nurraysa dan yang terbaru adalah jenama Fasha Sandha.

Setakat ni yang memikat hati aku adalah jenama Fasha Sandha.



Warna semua lebih kurang jer...


Magic lipstick pertama yang aku cuba adalah jenama Leno. Harga adalah RM25.

Aku suka warna dia sebab pink kemerahan. Bibir rasa licin berkilat macam pakai gloss.

Cuma yang aku tak suka sebab nak hilangkan lipstick tu amat susah. Kalau pergi dinner sesuai la sebab tak perlu nak touch up berkali-kali.



Leno magic lipstick


Lepas tu cuba guna jenama Sendayu Tinggi. Natural lip colour with menthol. Harga adalah RM27.

Bila sapu kat bibir tu rasa macam ada mint. Nyaman je Sejuk macam ada aircond. Asyik nak menjilat bibir sendiri jer. Haha...

Yang buat aku tak berapa suka sebab bibir tak berkilat dan warna terlalu pudar.



Sendayu Tinggi...Natural lip colour with menthol


Percubaan seterusnya dari jenama D'Herbs. Lipstick collagen. Harga RM25.

Yang ni aku suka sebab senang ja sapu. Tak berapa berkilat, biasa-biasa saja la.

Yang tak best nya adalah warna tak menarik. Mendung sajok. Huhu...



D' Herbs...Lipstick collagen


Kemudian try plak beli online magic lipstik jenama aloe vera. Collagen Aloe Vera Lipstick. Harga RM25.

Ni semua gara-gara tergoda dengan iklan la ni. Pengaruh laman sosial begitu kuat sekarang ni.

Suka lipstick ni sebab ada kandungan aloe vera yang kononnya bole merawat bibir biar kekal merah bila digunakan selalu. Tapi non ado la wei. Aku tak komen tak suka lipstick ni sebab lipstick ni okay je. So so laaaa....



Aloe Vera...Collagen Aloe Vera Lipstick


Lepas tu cuba plak beli dan guna jenama Nurraysa. Nama Nurraysa Pearl Magic Lipstick With Collagen Plus. Harga RM30.

Cubaan lipstick paling mahal setakat ni. Tergoda dengan testimoni vendor la ni.

Yang ni plak aku tak suka sebab dah la warna tak merah, tak berkilat dan merosakkan bibir aku. Habis kering terkopek-kopek bibir dibuatnya. Serik rasa.

Nampak gayanya duk la diam-diam dalam almari solek tu sampai expired. Huhu...

Bila tak kena dengan aku dan merosakkan pulak, aku tak lah nak salahkan lipstick tu. Tapi aku rasa mungkin lipstick tu tak sesuai dengan aku. Tu ja la. Jangan komen produk orang tak baik tau.



Nurraysa...Nurraysa Pearl Magic Lipstick With Collagen Plus


Dan yang terbaru ni tergoda dengan lipstick jenama Fasha Sandha ni. Lipstick Mungil Magika. Harga adalah RM29.

Aku suka sebab bila sapu je serta merta merah. Memang ikut darah sebab warna tak sama bila aku sapu tiap hari. Berkilat dan licin je bibir. Yang ni tak da komen tak suka sebab sesuai dengan aku kot. Dah 3 kali repeat beli lipstick ni. yehaaaa...



Fasha Sandha...Lipstick Mungil Magika


Ingat lagi dulu-dulu punya la nak merah kan bibir siap letak macam-macam tiap-tiap malam sebelum tido ikut petua kat majalah.

Sapu marjerin atau madu atau ubat gigi kat bibir untuk merahkan bibir. Tapi macam biasa la aku kan, hangat-hangat taik itik. Malas nak amalkan macam mana la nak dapat hasil yang diharapkan.

Lagi pun nak tido melekit-lekit bagai bibir tu. Mengganggu la kan. Hahaha...

Sebelum aku tutup bab lipstick ni aku nak bagitau, teringat pulak lipstick mak-mak kita pakai. Sebenarnya magic lipstick dah ada berkurun dulu dah. Warna hijau sarung lipstick tu. Kalau tak silap sekarang harga boleh dapat RM2. Murah giler kan???



Mudah didapati...


Sebenarnya bukan lah jadi kesalahan pun kalau tak pakai lipstick. Terpulang pada individu. Rajin atau tak ja jawapannya.

Cumanya yang aku nak sampaikan kat sini adalah bila kita guna lipstick tu barulah wajah nampak ceria dan comel. Sedap dan tak jemu mata memandang.

Hadiahkan kecantikan kita tu untuk diri kita sendiri demi kepuasan diri sendiri. Bonus la plak kalau orang yang memandang akan kata cantik pada kita.

Sememangnya wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Gitew citernya. Bye.



Comel tak Kak Kitty...kih3...








Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai