Korang dah sampai penghujung selatan tanah besar asia? Aku dah. Eksen sket la kan. Hehe...
Tanjung Piai namanya.
Terletak di mukim Kukup,berhampiran dengan terminal feri antarabangsa ke Pulau Karimun. Dari Skudai mengambil masa selama 1 jam untuk sampai ke sana.
Kononnya jadi tarikan utama pelancong di sekitar Pontian ,Johor dan negara jiran kita Singapura. Betol ke tak betol? Jom kita cari bukti.
Walau pun anak jati Johor tapi baru pertama kali aku jejakkan kaki kat situ. Kesian kan. Kui2.!
Waktu lawatan:
Isnin - Khamis : 9 pg - 5 ptg.
Jumaat - Ahad, Cuti sekolah, Cuti Umum : 8.30 pg - 6 ptg
Tutup untuk solat jumaat : 12.30 tghr - 2.15 ptg
Bayaran masuk adalah:
RM5 untuk dewasa berumur 18 tahun hingga 49 tahun.
RM3 untuk pelajar berumur 7 tahun hingga 17 tahun.
RM3 untuk warga emas berumur 50 tahun ke atas.
Percuma untuk kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah.
Pesanan penaja (aku lah tu, hehe) : Dilarang merokok dan membawa makanan dari luar.
Dinasihatkan memakai kasut rendah kerana korang akan melalui jeti kayu.
Locker khas disediakan untuk korang simpan barang-barang yang rasa tak perlu dibawa masuk ke dalam tapi aku tak perasan pulak dikenakan bayaran atau tidak. Sori guys...!
Sebelum meneroka lagi jauh ke dalam hutan rimba tu sebelum sampai ke laut, aku mengambil kesempatan untuk bergambar dulu di sekeliling tempat.
Tak sah kalau korang datang tapi tak bergambar kat mercu tanda "Tanah Selatan Benua Asia" ni tau.
Dibina pada tahun 2001. Dibuat dari gentian konkrit mesra alam oleh Kerajaan Johor. Ketinggian adalah 20m dan lebar adalah 10m .
Banyak betol monyet berkeliaran kat situ. Maklum tahun ni kan tahun monyet untuk kalendar cina. Sebab tu bermaharajalela diaorang ni. Haha...
Jadi penyambut tetamu la kiranya korang ni eh.
Bukan monyet je, biawak pun ada. Siap melintas jalan terkedek-kedek depan kitaorang. Haish...
Bab-bab masuk hutan ni memang aku malas sekarang sejak fobia dengan pak panjang. kalau dulu aku la juara hutan rimba.
Jungle tracking memang jadi kegemaran. Rindu jugak sekali-sekali nak buat aktiviti mendaki hutan bagai ni. Huhu.
Dalam perjalanan, mulut aku ni sibok ngomel tanya mana globe yang diaorang selalu berfoto - foto tu?
Anak-anak bagitau jauh ke dalam hutan kena redah la dulu. Bole tengok keindahan alam hutan paya bakau yang masih belum tercemar. Aiyoo malasnya.
Banyak cabang dalam hutan tu. Jalan terus ke depan, kiri, kanan, haaa...mana kau nak pilih dulu untuk ko redah?
Aku pilih jalan terus ke depan, kononnya mesti terus ke tempat globe. Yang lain folo je mak datin sorang nih eh. Ececeh.
Adohai la nak, jauhnya nak sampai ke depan. Berpeluh-peluh. Nasib dah makan dah minum semua, jadi tak la terasa sangat penatnya.
Cuaca pun elok-elok je. Redup.
Akhirnya sampai juga ke destinasi. Mana globe? Eh sibok betol la dengan globe dia tak habis-habis. Hehe.
Jalan terus ke depan tu adalah penghujung ke jeti yang hampir-hampir nak sampai separuh laut.
Eh bukan separuh laut la, cuma nak dekat dengan tebing tempat kapal berlabuh.
Nampak dah Selat Johor tempat laluan kapal. Tanjung Piai dipisahkan dengan Singapura oleh Selat Johor citernya.
Ada penanda jauh nya tempat lain kalau korang nak cuba pergi la. Ada berani ke? Kui2...!
Punya la ramai masa tu, siap geng motor besar semua ada. Mak ai, korang siap gelak-gelak lagi, jangan suka sangat bang oit nanti runtuh jeti ni sapa nak jawab? Takutnya la....
15 minit je aku melepak kat situ. Lepas tu terpandang globe yang sibuk nak cari tu. Ke arah kanan. Mak ai jauhnya nak berjalan ke sana.
Tak pa hilang kalori sket. Pujuk diri sendiri biar teruskan perjalanan.
Dalam perjalanan aku pusing dulu ke kiri. Ingat ada apa ramai menuju ke sana. Last-last hanya nampak beranda tinggi tempat meninjau kawasan hutan.
Gagah la jugak naik ke atas maklum dah sampai kan? Tapi apa je yang ko nak tengok, tak da apa yang menarik pun. Hampeh.
Bergerak la aku pergi ke kanan plak. Tu dia tempat nak ke globe. Tapi sampai je, area globe tu di tutup.
Tak dibenarkan sesiapa pun masuk sebab sedang di renovate. Hampir runtuh. Adoyai ruginya tak dapat berfoto-foto kat situ.
Patut nya pihak pengurusan turun kan la harga sikit kalau tau tak boleh masuk bergambar kawasan globe tu. Ceh...
Nak tak nak teruskan la perjalanan ke kiri semula dan sampai la ke jeti lain. Yang ni lagi seram. Tali keliling dah la lembik. Angin kuat.
Silap haribulan boleh terjunam ke laut ni kalau salah langkah berselfie. Huhu.
Tak lama la kat situ sebab kaki aku dah gigil-gigil dah. Bukan tak pandai berenang tapi malas nak basahkan baju. Ceh cover line cantik punya ayat. Kih3...
Dah sejam kat situ. Meh la kita balik. Bosan jugak tengok pantai kosong dan nyamuk semua.
Hajat ke globe tak kesampaian. Apo nak di kato.
Meh la kita berfoto-foto lagi dengan keindahan hutan yang hijau ni.
Dalam perjalanan balik tu ternampak la satu ruang di mana ada siput berongan. Ke siput sedut ni? Hahaha...
Siap diberi amaran jangan turun ke bawah dan sesiapa di dapati mencuri akan di dakwa. Mak ai hang kata...sapa la nak ambil siput kat situ naaa...
Jalan ke depan sikit, aku nampak ramai orang berkumpul dan bising kecoh. Wei ada apa tu?
Rupa-rupanya ada sekumpulan monyet dok bersidai tengah jalan tu. Semua takut nak redah. Takut kena gigit.
Mula aku nak ambil gambar monyet-monyet tu tapi anak aku tak bagi sebab bimbang monyet terperanjat dan terkam. Eh, betol ke camtu?
Ceh, masa ni hubby aku tunjuk terer. Dia jalan depan sekali. Siap pesan jangan kacau dan senyap je bila lalu depan monyet-monyet tu.
Haa...betol la diaorang tak kacau pun. Buat bodoh je kitaorang lalu kat situ. Eh bukan kita sedara setahun sama ke? So tak mo kacau-kacau eh. Kah3...
Lagi 1 aku suka la ayat yang terpampang kat setiap pokok. Macam kat bawah ni.
Bagus sangat tampal kat ofis atau mana tempat untuk orang yang tak reti bahasa yang tak pandai jaga kebersihan tempat. Huhu...
2 jam jugak la melepak dalam hutan rimba tu.
Plan nak terus ke Kukup nak tengok betol ke ada tempat yang jual barang murah macam jam tangan dan sebagainya.
Pusing 1 kukup pun tak jumpa. Apa lagi la, jangan buang masa, jom balik.
Tahniah kepada diri sendiri sebab berjaya sampai ke titik penghujung paling selatan benua asia... ahaks !

