/**/

Pages

Subscribe Twitter

Melekat Nasi Bariani Power dan Cendol Akhbar Batu Pahat




Baryani ke Bariani....???


Plan nak makan nasi baryani Shah yang terkenal di benteng Batu Pahat.

Sampai je aku diberitahu owner kedai , nasi baryani tutup hari tu sebab ada hal.




Nak tak nak aku ke kedai baryani lagi satu. Maklumat seperti di bawah:

Restoran BP Bariani Power
No.18, Jalan Tukas 2,
Taman Soga,
83000 Batu Pahat, Johor.

T/F: +607-4388987, 433 1225

H/P: 012-7120987, 019-3567359

Waktu operasi: 10 pg - 8 mlm
.









Macam-macam pilihan baryani kat kedai ni. Menu bukan main banyak tapi bila nak oder semua takda.

Tak kan dah habis kot? Baru jam berapa, tengahari lagi ni. Nak kata masa tu pelanggan ramai tak la pulak. Hmmm...propa betul.




Dah lapar punya pasal aku oder ja la apa yang ada. Baryani makan dengan lauk kambing la sedap kan? Tapi tak da..dah habis katanya so kena la makan dengan ayam. Apo nak di kato labu.




Rasa nasi baryani tu biasa je. Setakat ni belum ada yang aku rasa setanding nasi beryani Shahab di taman universiti skudai. Kalau korang tak percaya pergi la sana dan cuba. Baryani gam dia memang umphh.




Lepas makan ronda-ronda sekitar bandar tapi takda apa yang menarik. Geng-geng ajak ke Pantai Minyak Beku. Ok sila guna waze ya.

Nampak macam dekat tapi bila dah gerak alamak macam jauh je. Kat ulu banat plak tu. Dah separuh jalan kot kitaorang tengok macam lengang je jalan lepas tu lalu tempat sunyi.

Geng kata jom la wei kita patah balik takut la lalu sini. Jadi apa-apa kat jalan ni susah la wei. Nak hujan plak tu. Dah la kita semua ni perempuan. Jom..jom...

Haha..penakut jugak geng kitaorang ni. Apa lagi semua sepakat balik je la kan...!

Dek kerana hari panas, tekak kering so geng ajak singgah kedai cendol. Mana nak cari cendol tengah-tengah bandar ni?

Geng aku tengok blog dia kata ada orang citer Akbar cendol best. Ok harus cuba ni. Lagi sekali kitaorang gerak dengan ditemani pak waze yang setia. Hehe...




Sampai je aku memang macam tak nak masuk la sebab tak suka persekitaran macam tu. Demi jaga hati geng semua aku layan ja la.

Menurut blog semua kata cendol terbaik la..sedap la...tapi apa yang aku rasa non ado..tak sedap. Senang citer memang tak bole in la kat tekak aku ni.

Akbar Cendol
No 12, Jalan Engan, Batu Pahat,
Johor.
(sebelah Thye On Hoe Medical Store)

GPS: 1.849115, 102.925836





Geng aku pun cakap benda yang sama. Lepas masing-masing minum cendol, tengok muka masing-masing lepas tu gelak kuat-kuat. Something la tu. Haaa poyo la korang ni kan.




Setel ja makan kat situ aku pun bertolak balik ke Johor. Sebelum tu apa lagi ambil kesempatan la singgah membeli belah di air hitam. Borong selagi ada. Kui-kui2.

Ok berhenti kat sini dulu untuk entry jalan-jalan cari makan di Batu Pahat.

Terima kasih sebab sudi membaca. Bye.




Misi menambah lemak...huhu
Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai