/**/

Pages

Subscribe Twitter

Menghirup Sup Sitam Batu Pahat




Sup mana...? Sup Sitam...hee !

Plan awal nak makan kat Che Chom nasi lemak tapi terpaksa cancel sebab dah lambat, kedai tu buka dari 5 ptg sampai 10 mlm ja.

Tukar plan nak makan mee racun yang memang ada dalam senarai jalan-jalan cari makan aku kali ni.

Sampai ja tuan punya kedai kata mee racun dah habis. Adoyai...apa la nasib kan.

So plan last nak cuba sup sitam yang dikatakan popular tu.

Sup Sitam ni terletak di:

Jalan Rahmat, Kampung Pegawai, 83000 Batu Pahat, Johor.

(Berhadapan bank HSBC dan bertentangan Pejabat Pos Batu Pahat di seberang jalan).

Lokasi koordinat GPS : E 102 degree 55' 49.6" N 01 degree 50' 55.9"

Beroperasi dari 6 ptg hingga 12 mlm. Cuti hari Ahad.





Lupa plak aku nak tanya owner apa makna Sitam? Maybe gabungan nama orang kot. Huhu...

Ada pelbagai jenis sup kat sini....sup ayam kampung, kambing, lidah, urat, perut, tulang rusuk, gearbox dan daging...korang pilih je nak hirup camtu je ker atau cicah roti. Ada jugak jual mi dan nasi lemak bungkus kat situ.




Sampai ja, mak ai ramai orang beratur nak beli. Untuk bungkus bawak balik la tu.

Jumlah meja dan kerusi sikit sangat disediakan berbanding pelanggan yang datang.

Disebabkan ada pelanggan yang tak reti bahasa untuk bangun dari tempat duduk bila dah habis makan makanya ramai la pelanggan yang terpaksa menunggu berdiri berderet sekitar warung tu.




Aku sendiri pun dalam 10 minit menunggu nak dapat tempat duduk.

Tunggu berdiri satu hal, bila dah duduk nak tunggu pekerja ambil order pun lambat. 5 minit jugak la dok tercanguk kat situ.







Macam2 memek muka dah kuar nih...huhu


Baru nak rasa sup gear box tapi dah habis. Terpaksa la order sup kambing dan sup daging, roti dan air limau suam.

5 minit jugak untuk air yang dipesan sampai ke meja. Yang lembapnya adalah sup. Betol-betol menguji kesabaran.

Tak faham la apa yang susah dan lambat sangat sebab benda semua aku tengok dah tersedia. Geram betol la.

Dah 25 minit sup tak sampai-sampai. Air limau suam pun dah sejuk. Perut dah menyanyi keroncong. Mencabar betol la.




Tetiba order sebelah meja aku dah dapat padahal aku yang duduk dulu dari dia. Lepas tu nampak plak macam dia dapat sup gear box.

Tak bole jadi ni aku mesti bersuara. Haish menduga kesabaran betol. Macam aku ni halimunan pulak dah tak nampak dek mata kasar.




Bila panggil pekerja dia kata kejap lagi. Ok aku bagi 5 minit lagi tak sampai siap la kau. Huhu.

Bila sampai ja aku termenung jap dalam 2 saat sebab tengok berminyak-minyak macam tak sesuai nak makan tapi dah tak da pilihan bedal ja la kan. Harap-harap sedap.




Ok seperti yang ditunggu rasanya adalah..jeng...jeng...korang rasa sedap ke tak? Haha..

Rasanya adalah....sedap sangat...bole la dihirup lagi kalau datang sini. Cumanya kalau roti tu adalah roti keras...roti bangla atau dipanaskan dulu lagi best. Baru kaw...!.




Ok lah ni ja nak kongsi. Bai.



Mana sup saya nih...hasih...!

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai