Setel ja check out hotel tempat makan pagi adalah warung mee racun 3G yang tak dapat pergi semalam.
Terletak di alamat seperti dibawah:
Mee Racun 3G
No 2, Jalan Timah Sari
Kg Kenangan Dato Onn 1
83000 Batu Pahat
Johor.
(Bertentangan dengan hotel Pinetree)
Tel: Nuridza : 017-7688931
Beroperasi seawal jam 7 pagi sehingga 2 pg.
Dibuka setiap hari kecuali hari Ahad.
Tempat parking banyak jangan risau ya sebab parking di depan deretan rumah kedai.
Kedai ni hanya guna pagar besi je sebagai dinding kedai...eh, tak takut orang pecah masuk ke boss? Ngeh2...
Di katakan tempat makan popular di Batu Pahat ni.
Pernah masuk jalan-jalan cari makan dan banyak lagi.
Banyak aneka mee boleh dipilih di sini. Masa aku sampai tu ada la jugak beberapa keluarga lain yang sedang menunggu pesanan.
Aku pilih mee racun special. Air mestilah nescafe. Tak sempurna hidup kalau tak jumpa nescafe pepagi huhu.
Sampai je makanan kat meja apa lagi tak sabar nak ngap. Lapo tu.
Mee bercampur gear box. Tu ke yang datangnya jadi mee racun? Macam mee bandung je aku tengok. Confuse ahkak. Hehe...
Straw disediakan untuk menghirup sumsum tulang dalam gear box tu. Yeksss...memang penuh lemak. Habis diet..hahaha.
Bagi aku biasa je hidangan tu. Tak da yang special. Macam mana la orang bole bagi gelaran citarasa 1 Msia kat warung ni?
Sambil tu aku tengok keliling kedai. Pakkal nak merasa sedap ke tidak mee ni jadi aku singgah.
Kalau tak kerana nak rasa tak da maknanya aku nak makan kat sini.
Bab kebersihan belum di ambil kira. Tapi aku tak nak komen kat sini. Korang pergi tengok sendiri la ya.
Aku rasa kekadang pengacara tv ni macam over la. Rasanya makanan yang di makan tak da la sedap mana, tapi disebabkan masuk tv so diaorang exaggrate la lebih sket. Adoyai. Macam tu pun ada kan?
Ranking bagi aku untuk warung mee racun ni adalah 1 dari 3 bintang.
Jom aku bawak korang ke kedai nasi beryani pulak untuk makan tengahari.