/**/

Pages

Subscribe Twitter

Pijar Losyen Sejuta Khasiat Anugerah



Pilih lah yang mana satu...


Biasa la kalau dah kawin, dah jadi mak-mak ni bentuk badan mesti akan berubah.

Memang tak kan sama macam zaman anak dara.

Tak di nafikan ada yang semakin lawa, mantap bila dah berkahwin dan beranak.

Tapi kebanyakan mesti bising pada bentuk badan yang dah berubah.

Spare tayar sana sini. Lekak lekuk jangan cakap la. Kondo mewah bertingket-tingket. Ahkak kayo kata nyer.

Itulah perumpamaan untuk body yang dah berdouble triple. Huhu...

Aku pun sama jugak la tak lepas dari hadap situasi macam tu.

Umur 40 an dah mula lah keluar lemak-lemak berlebihan tu.

Mula dulu rajin jugak la try pakai korset morset ni semata-mata nak dapat pinggang macam kerengge. Losyen jangan citer la apa ja orang kata beli dan try.




Tapi hangat-hangat tahi ayam ja la. Tak larat nak menahan nafas.

Apatah lagi bila pakai korset tu kena la menahan selera makan kalau tak nak senak perut tu.

Lagi la macam aku ni yang pantang nampak makanan semua nak bedal. Haha..

At the end korset ke mana, girdle ke mana, teruskan la macam biasa, dah malas nak pikir dah.

Kena sound dengan hubby sebab dok membazir bayar kredit kad. Membazir katanya dah beli tak pakai.

Dok ngungkit ja sampai beratus kali. Fening la dengar. Hampun ya bung...enggak buat lagi lain kali dong.

Satu hari aku terbaca iklan berkenaan lotion anugerah yang mujarab dah siap dibacakan doa dan ayat-ayat al quran.

Kiranya 2 in 1 la kan. Bagus rasanya kalau cuba.




Apa lagi petang balik keja terus pergi kedai jamu dan cari.

Harga adalah RM28 tapi aku dapat RM20 je sebab aku selalu beli jamu kat situ.

Lotion ni terdapat 3 versi. Warna hijau haruman apple garden, warna biru haruman aqua fresh, , warna pink haruman sweet floral.








Warna pink dan biru tu adalah extra hot kata nya. Aku memang tak minat kalau lotion yang panas sangat ni.

Rasa membakar kulit. Hilang nak rasa nyaman rasa lain pulak yang datang.




Untuk first try ni meh la kita guna yang warna hijau ni. Tak sabar wei nak balik rumah cuba.

Lepas mandi aku pun sapu la kat tempat yang sepatutnya terutama tempat yang berlemak bertingket-tingket tu.

Dengan harapan sambil merawat sakit atau sengal badan, bole mengecilkan apa yang patut di kecil kan. Kui-kui...

Mula-mula sapu tu tak rasa apa pun, dah la tu cepat je meresap kat kulit.

Kat tapak tangan pun cepat ja kering, lembut dan halus ja.




Dek kerana tak rasa lagi panas, maka nya aku sapu la banyak lagi. Haa..selang 15 minit baru la rasa hangat dan panas.

Hambek ko nak sangat rasa panas kan? Pijar satu badan. Huhu..

Tapi rasa panas tu tak la lama sangat, kejap je. Dalam 3 jam jugak la rasa panas tu.

Cumanya yang aku suka bau dia wangi sangat. Rasa macam nak makan plak sebab bau epal tu. Haha....poyo je statement.




Jadinya niat nak cuba guna yang warna pink dan biru tu tak jadi la sebab mesti lagi panas.

Aku memang serik guna lotion panas ni macam lotion mustajab hot warna merah tu. Aiyoo talak tahan maaaa....

Tunggu lotion ni habis aku nak try pulak lotion nyah lemak yang lain la.

Sebab nak cepat kan habis biar bole guna lotion lain so aku sapu la kat kaki..tangan...lengan..mana la tempat yang sakit.

Bukan apa, nanti kalau belum habis tapi dah beli yang lain, lotion tu tersadai tak berusik sampai expired date. Ada kang kena sound lagi sampai 10 tahun. Wakakaka...




Cuma nya yang aku suka tentang lotion ni sebab bau dia yang harum dan tak mengganggu orang sebelah.

Bayangkan kalau nak tido sapu badan dengan minyak urut atau segala macam minyak, tak ke rasa kesian dengan orang sebelah yang terpaksa menahan hidung dengan bau yang tak sepatutnya.

Bak kata orang, baru kawin sembur minyak wangi, dah lama kawin sembur minyak urut. Sendu kan bilik tido kalau macam tu. Hehe...

Ok la nanti aku citer plak pasal lotion yang lain bila aku dah cuba ya. Tunggu...!



Panas nya krim ni...syok..
Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai