Kata orang, rambut kita ni jangan selalu di shampoo. Jenama shampoo pulak kena tukar tiap 3 bulan sekali. Hmmm...tapi beza plak pendapat dengan aku.
Aku ni jenis suka bershampoo rambut tiap hari. Biasanya aku akan bershampoo pada malam hari sebab bila malam kita dah tak perlu keluar rumah lagi.
Rambut pun tak terkempam basah-basah bila bertudung. Sambil tu masa ni la aku nak melayan, mendandan, menyihatkan rambut.
Tak semestinya bila kita bertudung kita kena abaikan rambut kita. Kena jaga uolls.!
Setakat ni tak da la tiap 3 bulan sekali aku tukar shampoo. Aku ni ikut mood waktu shopping jer. Kalau rasa berkenan dengan mana-mana shampoo aku terus beli.
Macam-macam la dah guna. Dulu paling lama Head & Shoulder tapi lepas wangian diaorang dah ubah jadinya aku berhenti beli.
Banyak jenis shampoo yang aku dah guna antaranya Rejoice, Sunsilk, Body Shop dan banyak lagi. Last aku ingat aku guna Safi Shayla khas untuk wanita bertudung katanyer. Jenama yang tak berapa popular aku tak beli. Agak memilih kat situ. Huhu...
Biasa aku akan beli shampoo yang boleh control rambut gugur. Maklum bila dah berusia ni dan rambut tu panjang pulak, bila di ikat dan di toncet agaknya jadi tak sihat. Mudah gugur atau rontok, biasa kita baca kat botol la kan, rambut rontok. Kelakar bunyi ayat rontok tu.Hehe...
Kekadang tu bila dapat shampoo yang memang bagus, rambut memang tak gugur bila pakai, timbul plak masalah lain. Biasanya bila nak sikat akan kusut. Bercabang dan warna rambut tu berubah jadi perang.
Aku ni plak bukan jenis yang suka bertukar-tukar fesyen rambut. Kaler rambut jauh sekali. Tak pernah walau hati rasa nak juga berkaler-kaler ni.
Bukan juga jenis yang suka pakai conditioner lepas bershampoo atau buat itu ini pada rambut. Tak suka dok dalam bilik air lelama. Rimas rasa.
Ada plak jenis shampoo bila kita guna rambut akan jadi leper. kalau muka tu bulat tak ke haru dan sendu je nampak? Kesian kan...
Ada plak yang jenis bila kita guna, rambut akan jadi kering dan mengerbang. Aduh tak tahan plak nak membetulkan atau pakai skaf rambut bagi mengelakkan nampak macam rambut kuntilanak. Mati la nak...Kih3.
Ada juga jenis yang awal-awal guna je bau wangi lepas dah kering dah tak bau dah wangi tu kat rambut.
Cuma yang aku perasan enchanteur shampoo je wangi dia berkekalan. Aku memang suka enchanteur charming sebab wangi sangat. Shampoo, bedak, lotion badan, perfume memang aku suka enchanteur charming ni!. Wangi oooo...nanti prince charming datang melamar yer. Ngeh-ngeh...
Sampai la satu hari mata aku dok terpandang 1 jenis shampoo jenama Dove. Katanya shampoo ni mampu buat rambut kelihatan tebal dan bermaya.
Sampai je rumah, aku pun tanya la pak google maklumat dan apa yang bestnya shampoo ni. Kalau betol bagai dikata so lepas ni tak payah la sibuk-sibuk lagi nak ke salon semata-mata nak curly kan rambut tu.
Bila dah puas hati, aku pun beli dan cuba. harap-harap betol la apa yang dikata dan disampaikan oleh pak google.
Shampoo Dove Volume & Nourishment. Harga RM15 (340 ml). Conditioner pula RM15 (330ml). Tapi aku tak beli conditioner sebab aku memang malas macam aku bagitau sebelum ni. Hahaha...
Koooraaaannngggg....betol la...ajaib sungguh wei shampoo ni. Bila guna rasa best ja. Mula-mula guna aku punya la tertuang banyak kat tangan. Tak sangka cecair dia tu halus sangat. Ruginya rasa.
Sekarang dah pandai sikit. Letak sikit je pun dah banyak buih. Jimat kat situ. Siap tengok muka lelama kat cermin toilet ala2 dalam iklan sebab layan buih kat kepala. Suker...!
Macam citer gincu yang bole magik tu, macam tu juga lah shampoo ni. Magik uolls.
Rambut senang disikat dan diurus. Tak la kusut sana kusut sini. Cepat kering dan bila dah kering tu tak pulak mengerbang rambut kita.
Dan yang bestnya nampak rambut kita tebal dan beralun. Cantik sangat. Best je rasa dan suke sangat-sangat.
Kandungan apa ada dalam tu korang cari lah sendiri ya, malas nak cari. kalau malas sangat, baca je kat botol dove tu. Ada info sikit kat situ. Yang penting aku dah share apa yang patut. Korang harus cuba. Memang tip top.
Kalau yang dah beli dan guna tu tapi tak menjadi, bukan kerana testimoni aku ni palsu. Jauh sekali berbayar. Aku akan sampaikan dengan tulus apa yang aku alami.
Tapi mungkin tak sesuai dengan rambut korang atau rambut korang jenis degil yang terpacak-pacak tu. Hahaha....
Ok la nanti aku share apa ja barangan lain yang aku rasa puas hati ya. Terima kasih DOVE. !!!