Kali ni nak review Hotel Pinetree di Batu Pahat.
Kenapa dinamakan Pinetree? Banyak pokok pine ke?
Sori, aku pun tak tau jawapannya. Tapi memang ada la pokok pine tiruan kat situ. Huhu...
Maklumat seperti di bawah:
Pinetree Hotel
No 36, Jalan Mengkudu
83000 Batu Pahat
Johor, Malaysia
Tel: +607 431 9933
Fax: +607 433 3993
Email: info@pinetreehotel.com.my
Kalau korang stay sini bole dapat free parking. Tapi aku malas nak letak kereta kat parking hotel sebab kat luar lagi senang. Tak yah sempit-sempit.
Free wifi lagi kat sini ya. Kekadang laju kekadang slow. Biasa la tu line slow macam siput.
Aku tempah bilik superior king masa tu ada promosi RM138 semalam. Bole la, selesa biliknya.
Macam biasa kalau masuk bilik hotel je mesti akan tengok beberapa benda kan.
Kecewa sebab strika tak disediakan dalam bilik. Kena pergi bilik yang dikhaskan untuk menggosok pakaian kat luar bilik.
Nasib baik sama tingkat kalau tak haru. Maka bawak la berdoyon baju nak digosok selama duduk kat situ.
Lepas tu cek plak hair dryer. Tak disediakan jugak. Hmmm....
Seb baik hose jamban ada. Tapi tak berapa nak berfungsi. Tekan slow tak keluar air. Tekan kuat bersembur air.
Adey apa la nasib dapat bilik ni.
Tak suka la kalau hotel macam ni.
Ada juga disediakan breakfast tapi macam biasa la tak pernah nak turun makan.
Lagi pun memang nak kosongkan perut sebab misi kali ni adalah jalan-jalan cari makan di Batu Pahat.
Jadi rating yang aku bagi untuk hotel ni adalah 2 dari 3 bintang. Jadi la kan.
Ok ni ja la ya review hotel kali ni. Daaa......