/**/

Pages

Subscribe Twitter

Terliur Asam Pedas Madu 3, Pekan Nenas, Johor



Jom kita cuba rasa benar kah sedap bagai yang di kata...?


Plan cuti chinese new year tak menjadi. So kita ronda ja la kawasan berdekatan. Ke Tanjung Piai je la kita ya.

On the way ke sana perut dah keroncong. Ternampak warung makan nama Asam Pedas Madu 3.

Warung yang pernah aku dengar citer hebatnya makanan kat situ cuma tak sempat nak singgah kalau ke Pontian.

Apa yang best sangat makan kat situ agaknya ya sebab banyak kenderaan dan ramai orang? Jom kita terjah.




Lokasi berdekatan dengan pekan nenas. Boleh nampak dari bahu jalan.

Kalau korang nak menuju ke Pontian, warung tu terletak di sebelah kanan jalan.

So alert la ya, kalau tak, terlepas dan nak pusing semula walaupun tak berapa jauh tapi buang masa la kan.

Tanya jugak dengan staf kat situ macam mana bole timbul nama madu 3 tu? Owner kawin 3 ke? Kih3..

Staf tu tak dapat jawab. Malu gamaknya atau memang tak tau. Ok abaikan ja la nama tu yang penting makanan mesti best.

Sambil tu aku baca la kat blog lain rupanya confirm owner ni berkahwin 3.

Isteri pertama uruskan warung yang sama di Kulaijaya. Isteri kedua dan ketiga uruskan warung kat pekan nenas ni.

Nama warung ni pun isteri pertama yang bagi sempena suaminya berkahwin 3. Hee...




Ikan kita pilih sendiri. Ada harga dipampangkan kat situ. Tapi biasa la aku tak pernah alert bab-bab harga ni. Kurang pemerhatian. Aku tau terus ngap je. Huhu...

Ikan terdiri dari pelbagai jenis. Antaranya adalah ikan merah, kerisi, pari dan lain-lain. Nak sayur bendi seikat (3 btg) RM1.

Aku plan nak pilih ikan pari tapi non ado masa tu.

So menu kali ni adalah ikan merah (kepala dah habis tinggal ekor ja), ikan kerisi, sayur kailan dan telur dadar.




Order memang lambat sebab ramai orang. Tapi ya la kalau dah tau macam tu ambil la staf lebih kan?.

Dalam setengah jam jugak la menunggu. Adoyai. Kalau sedap tak pa, tak marah rasa dan berbaloi tunggu. Kalau tak sedap..hmmm...memang... la kan.

Sementara tunggu order dah separuh aku dapat siapkan tulisan ni. Huhuhu...

Sambil tu aku meninjau- ninjau keadaan sekeliling.

Mak ai...kotor. Kebersihan tak di jaga. Lalat sana sini. Atas meja jangan cakap la. Melekit.




Akhirnya makanan yang aku order pun sampai. Hmmm...sungguh di luar jangkaan. Bila dah makan lagi la, amat menjengkelkan. Belum lagi bila tau kesemua harga?

Cuba korang teka berapa jumlah yang perlu aku bayar untuk kesemua lauk ni beserta 6 nasi dan 6 air minuman?

Bagi aku memang sangat tidak berbaloi. RM81. Ekor ikan merah RM32? Kalau gemuk berisi kenyang makan tak pa la jugak.






Apa pendapat korang..?


Memang kalau sesiapa yang baca ni mungkin ada yang mengutuk aku dan mungkin jugak akan kata kalau nak murah masak la sendiri.

Yang aku bising ni sebab aku tak dapat rasa kesedapan yang di gembar gemburkan.

Aku perasan jugak ramai yang datang ke situ muka tak puas hati. Mungkin dari rasa, harga atau servis yang lembap.

Agak-agak la pun kalau nak kenakan harga makanan. Memang la aku nampak harga yang dipaparkan. Tapi biar lah berpatutan. Bukannya aku tak pernah ke pasar dan beli ikan merah.

Waktu tanya staf masa pilih ikan tu dia kata yang aku pilih tu RM20 ja. Pelik macam mana boleh jadi RM32 plak.

Aku perasan pun bila tengok bil dalam kereta. Biasa la orang lelaki kalau bayar mana banyak songel. Bayar je terus.

Kalau orang perempuan bayar mesti dia akan selidik dan ngomel tanya itu ini dulu baru bayar. Hahaha...

Lagi pun empunya warung makan ni kan, cuba la korang rasa lauk tu dulu dan tempatkan diri korang sebagai pembeli, ko rasa berbaloi tak membayar harga yang ko kira dengan mutu makanan yang di hidangkan?

Mesti ko jugak akan merasa ketidakpuasan di hati. Kecuali kalau sedap no komen kat situ. Huhuhu...




Resmi kami satu famili amat suka lepas makan masing-masing akan bagitau harga yang masing-masing fikirkan. Siapa yang meneka dengan tepat atau hampir tepat akan dikira pemenang. Suka-suka je.

Famili aku pun terperanjat siap anak aku kata, masa kita makan kat restoran ayam mas pun lagi sedap, murah, dapat yang fresh dan ada kelainan. Ni setakat asam pedas yang rasa macam tu dah hampir rm100 nak kena bayar? Tak berbaloinya.

Tak payah datang lagi dan tak payah rekomen kat orang la macam ni. Nanti kena hentam.

Lagi best makan kat Restoran Asam Pedas & BBQ di Taman Universiti. Berbaloi dan sedap. Haa tu dia persepsi anak-anak pulak.

Maaf la ya tokey kedai, bukan aku marah atau tak suka tapi aku bagi komen yang jujur. Anggap lah kata-kata aku ni sebagai pembakar semangat untuk ko memajukan diri dan perniagaan. Maaf sekali lagi ya. Halalkan makan minum dan sewaktu dengannya.

Ingat slogan ni ya tokey, "Customer always right". Hehehe...



Selalu ko makan aku, skg aku mkn ko plak...hehe

Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai