Seperti yang dijanjikan aku akan review hotel baru dibina kat Melaka ni. Korang mesti dapat agak kan hotel ni mesti best sebab hotel baru. Bercuti kat hotel baru memang best sebab semuanya fresh. Jom baca kalau nak tau lebih lanjut.
T2-4, The Shore @ Melaka River
Jalan Persisiran Bunga Raya
75300 Melaka Tengah
Melaka
Tel : 606 – 288 3131
Fax : 606 – 288 3377
Email : resvns_sghrm@swissgarden.com
Deluxe Residence - RM173.75 Per Night
Ada satu blog tu aku baca dia bagitau kalau sesiapa yang stay kat hotel ni boleh naik ke tingkat 42 (shoresky) tu free je tak perlu bayar. Naik la sesuka hati dan bila nak. Ya ka?
Tak puas hati, masa check in aku tanya la staf kaunter tu, dia kata mana ada free puan, kena bayar jugak.
Haa..tu la kan para blogger sekalian jangan sekali-kali menipu, gini lah jadinya. Tak baik tau. Baru berangan nak tengok pemandangan malam plak sebab hari tu naik waktu siang je. Cittt....
Ada dua bahagian tau. Satu bangunan hotel dan lagi satu bangunan residence. Jadinya hati-hati sebab tempat korang nak check in lobby nya berlainan ya.
Lepas tu dengar kata staff kat kaunter jangan pandai-pandai terjah sebab lift menuju ke arah bilik korang nanti adalah berlainan ruang. So make sure dengar betol-betol.
Jangan jadi macam aku tak ambil kisah tu yang dua tiga kali turun naik. Dah lah tinggi lif bergoyang-goyang masa naik tu. Pasrah ja la wahai hati. Hahaha...
Bilik aku di tingkat 21. Adoyai tingginya. Seram kecut perut aku dibuatnya.
Bilik aku hujung sekali dan bertentang dengan bilik penghuni depan. So tak rasa takut la. Tapi sampai check out ke sudah kitaorang tak pernah terserempak dengan penghuni tu. Apakah...? Uwaa...
Masuk ja bilik, waa...sangat teruja. Bilik besar (kalau famili ramai ni untung la kan), aircond kuat, bersih, kemas dan cantik. Susun atur perabot pun teratur je. Suka la. Damai rasa.
Berbaloi la dengan harga yang pak agoda bagi RM179++. Puas hati sangat.
Suratkhabar pun diberi di setiap bilik.
Katil single tapi besar. Elok la untuk kami bertiga. Sorang satu katil. Ohsom sapa kalah sila tidur di sofa hujung tu ya. Nasib baik aku dapat katil tengah.
Tempat nak buka laptop atau buat apa saja ada dihujung sekali. Memang mantop. Suka...
Tv tengah-tengah so semua orang jangan gaduh eh.
Nak masak maggi dan sewaktu dengannya pun boleh ya.
Nak order makanan pun boleh. Menu bole tahan la.
Macam biasa, masuk hotel aku cari sterika. Disediakan so sangat la suka hati.
Barang kedua pulak adalah hair dryer. Ada jugak disediakan. Suka berganda-ganda.
Last sekali masuk toilet tengok hose jamban. Ok semua setel cantik ja ada.
Air pancuran pun banyak. Terbaik la hotel ni.
Lagi satu tambahan, ada disediakan penimbang badan. Best sesangat ni.
Tapi kan bilik air ni transparent. Kalau korang dari dalam bilik air korang nampak samar-samar orang kat luar macam area katil terdekat. Tapi kalau dari luar bilik air korang akan nampak bentuk badan orang yang tengah mandi. Apa yang dibuat contoh gosok sana gosok sini. Wakaaakkaaa...
Eh bahaya la kan? Kalau yang datang tu famili mesti masing-masing malu nak mandi. Lain la kalau yang datang tu couple honeymoon, memang mantop la wa cakap lu. Huhuhu...
Patut pihak hotel sediakan la tirai so sesapa nak mandi boleh turunkan tirai tu.
Yang lebih rare lagi adalah bilik air tu tak da lock. Camna kalau ada orang masuk terjah je? Korang dapat bayangkan la eh? Sensored wooo...
So pendapat aku hotel ni tak sesuai untuk famili. Kadar bahaya skodeng adalah amat tinggi. Bhahahha...
Setel kat dalam aku ronda kat luar beranda plak. Waa...gayat seyh...tinggi nya. Dah la cermin tu nipis je. Takut nak tengok bawah lama-lama.
Untungnya aku dapat bahagian tengah menghala kesemua blok bangunan. Boleh ngendap la semua penghuni. Hahaha...
Lagi satu nak bagitau ni. Kalau korang dah buka sliding door hendak lah ditutup semula dengan kemas. Masa kitaorang berjimba kat beranda bila masuk semula tetiba bilik rasa panas. Tak da aircond.
Mula ingat aircond rosak tapi bila call staff berkenaan diaorang suruh tutup sliding door kemas dan rapat sebab automatik bersambung dengan aircond katanya.
Buka sliding door aircond tutup. Bila tutup sliding door aircond automatik on semula. Teknologi terkini...begitu kekdahnya ya korang.
Pandangan bawah ada kolam renang untuk untuk semua golongan. Operasi dari jam 7 pg sampai 8 mlm. Tapi air pancuran akan dibuka jam 9 pg dan 2 ptg ja ya.
Towel korang boleh guna kat kaunter bawah tu dan disediakan untuk 2 towel sahaja untuk 1 bilik. Tak payah sibuk-sibuk nak bawak baju ganti.
Keringkan dulu badan dan baju korang so bole naik je lif terus sebab ruang tu hanya untuk yang menginap kat situ je.
Pemandangan siang cantik sangat. Angin kuat betol bukan sepoi-sepoi bahasa lagi.
Pemandangan malam lagi cantik dengan lampu yang bertukar warna sekitar kampung mortem tu.
Tetiba rasa macam nak mandi kat kolam renang. Jadi dengan gigihnya pagi-pagi bangun terus terjun kolam tu. Dah la tak bawak baju spare lain sebab tak plan pun nak berenang bagai. Jadinya pakai ja la apa yang ada kat kereta tu.
Mula-mula masuk bahagian gym dulu. Beraircond beb. Majoriti yang bergym kat sini adalah para bapak ya sebab mak semua dok buzy layan anak kat pool.
Setel kat situ aku lepak kat area permainan basket ball dulu. Ronda keliling ceruk semua. Nak masuk kolam awal lagi, sejuk dong.
Dalam 20 minit lepak ronda kat situ aku terjun ke bahagian jacuzzi dulu. Puas badan di urut-urut dengan bubble tu aku terjun plak ke tempat yang dalam sikit. Hati-hati ya sebab ada batu bertingkat-tingkat. Silap langkah bole tersadung dan luka lutut tu nanti. Dah tak comel. Heee...
Puas kat situ aku join plak area kanak-kanak. Best betol kat situ. Macam-macam permainan air. Merasa la jadi budak kecik jap. Kui-kui.
Dah penat berjimba kat situ aku pergi plak ke kolam renang dewasa yang agak dalam la. Berenang kesana kesini sampai semput. Bhahahha..
Dah puas kat situ, sebelum balik bilik aku bersauna plak. Waa...sedapnya rasa bahang panas. Panas punya pasal sampai petunjuk ladies tu tercabut. Owh tidak...! Buat lawak jap eh. Kui-kui.
Bagi aku hotel ni memang best la. Semua kemudahan ada. Akan stay lagi kat sini kalau datang Melaka sebab selain berada di tengah-tengah bandar, kemudahan yang disediakan semua mantap. Tip top. Aku rekomen korang stay sini ya.
Sebelum keluar aku sempat la makan kat restoran dalam bangunan hotel tu. Rasa makanan kat situ so-so aja la.
Tapi yang lagi best sebab hotel ni bercantum dengan mall so boleh la kita bershopping ikut suka hati ja bila nak berbelanja.
Ok ni ja la ya review untuk hotel kali ni ya. Jumpa lagi di lain siaran. Bye...!