Perut dah kenyang makanya automatik tenaga meronda datang tiba-tiba. Ceh, cover cantik punya ayat. Kui2 !.
Kali ni rasa macam nak tengok sejarah. Jadi jom la kita ke Muzium Negeri Taman Seni Budaya N9 beralamat seperti berikut:
Lembaga Muzium Negeri Sembilan,
Jalan Sungai Ujong,
70200 Seremban,
Negeri Sembilan.
Tel: 06-7631149
Fax: 06-7615955
Email : muziumpentadbiran@ns.gov.my
muziumn9@yahoo.com
Waktu operasi: Setiap hari dari jam 10 pg - 6 ptg
Jumaat 10 pg - 12.15 tghr, 2.45 ptg - 6 ptg
Tutup pada Hariraya Aidilfitri dan Hariraya Aidiladha sahaja
Bayaran adalah percuma, jangan bimbang, datang lah beramai-ramai. Heee....
Mula2 aku masuk ke bahagian pameran topeng dan batu batan serta barangan lama.
Ada jugak gigi lama. Scary uolls...
Lepas tu baru masuk ke muzium N9. Ada ditunjukkan kat sini sejarah N9 dan raja yang memerintah.
Tak dibenarkan amek gambar tapi biasa la akak mesti berfoto jugak kan.
Meh aku kongsi sket gambar yang geng aku curi-curi snap .
Ada satu lorong tu agak gelap tetiba mata aku terpandang benda macam mata berkilat tengok ke arah geng aku.
Wooo tetiba ja bulu roma meremang. Apa lagi cabut la cepat-cepat keluar dari lorong tu. Apakah itu? Arghhh....
Kemudian aku ke rumah @ istana lama. Rumah asal ni wei. Gigih la jugak naik anak tangga yang tinggi dan jarak ke atas. kalau warga emas ni aku rasa tak larat nak naik ni.
Silap langkah bole tertonggeng kat situ. Aduh.
Kayu kayan binaan rumah ni berat dan kukuh nampak. I like.
Bahagian dalam rumah plak macam ni. Nak belajar buat kiraan zaman lama guna sedepa, sehasta atau apa ntah lagi bole study balik kat sini eh.
Setel kat muzium aku plan nak cari mural ujang yang katanya terletak di terminal bas station seremban.
Korang nak tau, berpusing-pusing aku cari mural ujang tu. Semua blogger tak bagitau detail.
Next time please ya para blogger tolong bagi maklumat detail supaya senang cari. Mudahkan keja semua orang. Arahan ni tau. Wakakaka...
Yang sedapnya semua orang baik tua atau muda yang aku tanya semua tak tau. Pelik betol la diaorang ni. Adoyai tempat sendiri pun tak tau. Apa daaa....
Pak waze plak kata, dah sampai...dah sampai...hahaha..!
Dah bertawaf keliling terminal bas tu tetiba mata aku terpandang macam lukisan kat batu.
Yesza...betol. Itu la tempatnya. Kalau kita berdiri dari hadapan jalan menghadap ke terminal bas tu, lukisan tu berada betol-betol sebelah kiri kita.
Terlindung dan terceruk. Belakang ada bangunan tinggi. Fuh nak dekat 3 kali aku tawaf area tu baru nampak.
Nak tau pasal apa tak nampak? Pasal dilindung oleh kereta JPJ ni la. Tak da tempat lain ke korang nak park ek?
Dah tau tu tempat perhatian pelancong (eh sesuai ke),haha...korang bole letak kereta ko yang sebesar-besar alam tu kat situ? Tak le pikiaq ke?
Biasa la mulut aku ni... mesti nak sound kan...jadinya aku jumpa pak JPJ tu bagitau dia tak sesuai letak kereta kat situ. Suruh dia park tempat lain.
Alhamdulilah dia ikut arahan aku. Kih2...
Ok la setakat ni ja reronda kat N9. Dapat la jugak tau dan kenal sejarah negeri yang tak cukup sepuluh ni. Haha...
Bye.