Plan awal lepas setel jumpa agen, terus nak balik. Malam nak tengok wayang. Lama tak pergi menonton rehatkan minda.
Tapi bertukar plak plan bila ternampak satu kedai makan yang rasa macam pernah nampak je.
Apa lagi singgah la kan walau pun nampak dari luar macam tak berapa menarik.
SR8 Sports Cafe
G24, Jalan Kolam Air 2, Kampung Nong Chik
Johor Bahru.
GPS : 1.4703635, 103.7368745
(Deretan kedai baru dibina berhadapan Maktab Sultan Abu Bakar).
Senang cerita berdekatan area Dataran Bandaraya Johor Bahru.
Tel: 07-2073008
Bermula dari 11 pg - 11 mlm.
Aku nak bagi pandangan sendiri sahaja kat sini. Terpulang pada korang yang baca nak menilai macam mana ya.
Tak semua aku akan komen negatif, bergantung pada tempat dan apa yang aku rasa dan alami la kan. Kena jujur kat situ.
Bergantung pada pemerhatian masing-masing. Jangan marah aku. Hehe...
Persepsi aku pada awal tengok kedai ni adalah biasa saja. Bila sampai, kawasan agak tidak aku suka sebab parking kereta adalah sempit.
Sepatutnya pihak terbabit buat parking cara menyenget/serong bukan menegak macam tu. Menyusahkan pengguna jalanraya.
Masa aku sampai tu memang agak ramai sebab penuh dengan kereta. Maka berlaku lah insiden yang tak sepatutnya ada pemandu langgar kereta yang lain dan blah macam tu ja.
Owner tak sempat kejar. Kereta cantik dah bercalar. Redha ja la katanyer.
Nak tau kenapa nama Cafe ni macam tu? Sebab pemilik adalah pemain bolasepak JDT iaitu Safiq Rahim yang berjersikan no 8.
Ala-ala Christiano Ronaldo...CR7. (Eh..betol ke ni? Hahaha...).
Masa aku sampai tu Safiq baru je keluar untuk jalani latihan bola macam biasa. Dia akan datang semula ke kedai lepas selesai berlatih. Kalau korang nak datang elok la datang awal petang atau lewat malam sebab masa tu dia akan ada di Cafe tu.
Cafe agak gelap. Perhiasan biasa saja. Lantai pun kosong, simen biasa saja (eh sampai ke lantai tu tengok). Hahaha...
Ya la kan, kata Cafe pemain bola sepak, expect mestilah gah sepatutnya.
Susunan tak berapa nak proper. Kalau ramai orang datang tu confirm berlaga badan. Dah la simen bawah tu licin, jalan pun lenggang itik ja takut tersembam. Uwaaa.....
Tingkat atas pulak disediakan untuk yang dah buat tempahan awal. Aku malas nak snap gambar kat tingkat atas sebab aku pakai high heel berinci-inci masa tu. Takut je terjerumus ke bawah kalau salah langkah. Huhu...
Aku puji bahagian toilet dia. Walau pun sakit mata nampak dengan warna dia tapi lain dari yang lain la. Patut owner kena decorate cantik macam ni kat bahagian ruang makan bukan bilik air. Nak cerita satu insiden lawak ni apa yang terjadi dalam bilik air.
Masa nak basuh tangan tu, gasak la cari pembuka paip. Tak nampak pun kat celah mana. So aku letak ja la tapak tangan kut la macam selalu automatik keluar air sendiri. Tapi non ado uolls.
Tekan sana sini tak mo keluar. Tak putus asa, cari la jugak punca. Last-last dapat jugak. Haaa...ni rahsia. Tak mo cakap. Korang kena pergi dan kena dulu baru tau. Haha...
Bukan aku je yang orang kata jakun konon kalau baca ni tapi geng aku dan pelanggan lain pun kena. Siap bising lagi budak sebelah aku kat grup dia. Aku senyum ja la. Tahniah Safiq berjaya buat lawak kat situ. Huhu...
Menu macam biasa dan harga memadai. Pencuci mulut tak banyak masa aku datang tu. Tiramisu dah habis daaa...
Order memang cepat sampai. Tapi makanan tak berapa nak panas. Adakah memang dah tersedia tinggal dihidang atau macam mana tu? Sila jawab sket Safiq...
Air apple + carrot tu aku puji. Sedap. Tip top.
Dessert plak letak dalam cawan. At least letak la dalam mangkuk atau apa ja bekas biar ada kelainan. Ni silap-silap kalau orang tak tau, ingat aku order air panas cappucino kalau tengok gambar ni.
Apa pun creme brulee ni terbaik. sedap. Maklum memang fevret aku kalau desert yang manis-manis ni. Letak depan mata kejap je bole habis cair terus masuk dalam mulut. Heee...
Layanan staf pun bagus. Comel-comel, peramah dan membantu. Kredit kat situ.
Kat sudut dinding pintu masuk Cafe plak ada tandatangan Tengku Mahkota Johor masa rasmikan Cafe ni. Nak snap gambar kat situ tak berapa nak bole sebab ada pelanggan yang duduk berdekatan. Nanti muka dia masuk dalam foto ni tak cun plak. Kih3...
Keseluruhan cafe memuaskan dan harap Safiq dapat membuat penambahbaikan. Antara yang aku terfikir, cuba buat kelainan dengan lebih kreatif.
Contoh pinggan mangkuk dan sebagainya berbentuk bolasepak atau ciri-ciri yang bersangkutan dengan permainan bolasepak. Buka muzik yang slow. Baru lah tempat tu tak nampak suram.
Apa pun tahniah untuk Safiq atas kejayaan membuka Cafe semuga sukses dalam permainan dan perniagaan yang diceburi. Inshaallah.
Ok lah jumpa di lain keluaran di Cafe pemain bola yang lain pulak nanti. Tungguuuuu....!