/**/
Subscribe Twitter

Berwangi-wangian Dengan Pelbagai Haruman Perfume


Perfume PARIS dan POISON tu yang terbaik...


Hai korang...rasa ceria tak hari ni?. Bau harum tak hari ni?. Comel-comel tak hari ni?. Weee....

Tetiba ja rasa nak share pasal minyak wangi. Mesti ramai kat sini terutama kaum wanita suka akan wangi-wangian kan?

Kalau tak suka bau wangi, tak tau la nak cakap apa kan?. Huhuhu...




Aku ni memang peminat perfume. Selain haruman yang wangi, pelbagai bentuk botol tu yang buat aku tertarik untuk mengumpul minyak wangi. Hobi la katakan. Suka tengok kalau dah banyak dalam simpanan.

Lebih-lebih lagi sekarang ni banyak keluar minyak wangi artis-artis. Macam berlumba-lumba plak diaorang ni keluarkan perfume sendiri kan?

Sampaikan pernah satu hari tu aku rasa tergugat macam nak keluarkan minyak wangi jenama sendiri je. Eh ko artis ke Meed yang nak keluarkan minyak wangi sendiri jugak? Berangan ja la yang mampu. Hahaha...

Tapi tak mustahil la kan satu hari nanti tercapai jugak angan-angan aku ni. Who knows? Doa je la bebanyak ya Meed.!!!.




Aku kategorikan pada beberapa bahagian perfume-perfume ni. Ada simpan dan guna kalau kat rumah (mahal-mahal) dan ada simpan dan guna bila ada kat ofis (jenama artis).

Setakat ni perfume yang aku minat adalah perfume poison dior. Selain dari bau, perfume ni adalah pemberian dari seseorang sewaktu dia belajar di luar negara. Sentimental value katanyer. Uwaaa....

Gambar bawah ni adalah perfume original (beli sendiri sewaktu ke luar negara dan hadiah dari boss serta sahabat).

Biasanya aku akan pakai perfume ni waktu ke majlis tertentu atau rasa rindu pada sahabat yang bagi (cewah ayat giler tuh). Maklum la kan original katanyer so rasa sayang plak nak pakai. Nanti cepat habis plak. Huhuhu.




Perfume yang beli online atau gred termahal katanya biasa aku guna bila nak keluar bekerja atau bershoping atau sewaktu dengannya. Sembur sikit ja sebab bau wangi tu bertahan agak lama jugak la.




Perfume yang beli cikai-cikai je ni macam cosway dan sebagainya aku guna bila duduk kat rumah, biasanya lepas mandi la kan. Segar gitew. Lepas tu masuk dapur dah bau asap masakan semula. Kui-kui.




Perfume jenama artis plak aku akan guna kat ofis je, biasanya lepas solat aku akan sembur-sembur sikit ja kat baju. Secara tak langsung semerbak wangi surau dek semburan aku tu. Hahaha...

Sampai geng bas sekolah kata, Kak Meed ni rajin betol la buat benda-benda ni semua, kitaorang ni tersangat la malasnya. Alaaahaiiii korang...nak wangi mestilah rajin kannnn...lagi pun dah beli buat apa nak simpan. Betol tak?




Perfume Che Ta ni precious dan gorgeous . Aku suka precious. Sweet ja bau dia. Maybe akan repeat beli precious ni bila dah habis nanti. Inshaallah ya Che Ta.




Perfume Rita Rudaini Classy dan Stunning Aku pilih stunning. Lembut je bau dia. Tunggu yang baru lounge lagi satu, "April" ke nama perfume tu. Nanti habaq mai naaa Rita.




Perfume Sheila Rusly plak bau dia biasa-biasa saja la. Tak repeat beli lagi kot. Eeee...jahat tak?.




Tengah nak skodeng perfume Ning Baizura plak. Haa...lagi siapa ek artis yang ada perfume sekarang ni?

Dato Seri Vida punya haruman tak best. Tak berbaloi beli dengan harga yang mahal tu. Tak tau la kalau ada sesapa yang berniat nak hadiah kat aku, tq sesangat la. Bhahahaha....




Meh aku bagi tips sket macam mana nak tau minyak wangi tu ori ke tak. Ni cara aku la. Kalau korang nak lebih detail sila tanya pak google ya. Aku ikut apa yang termampu je sebab mana ada masa nak belek semua benda.

Nak pilih haruman pun dah makan masa berjam-jam ni lagi nak belek setiap sudut di botol atau kotak memang tak terbuat la. Duduk satu hari suntuk kat kedai perfume pun gerenti tak habis belek. Wakakaka...

Tapi kalau memang beli dari luar negara masa korang bercuti ke memang tak payah belek la kan. Contoh minyak wangi masa aku beli di Paris dulu. Memang beza sangat dari segi haruman, botol dan tulisan. Yang ori of coz la tahan berhari-hari baunya. Melekat lagi bau wangi walau dah di basuh.




Kalau aku nak beli perfume biasanya perkara yang akan aku buat adalah:

Pertama sekali aku akan tengok buih minyak wangi tu.

Aku just terbalikkan botol minyak wangi tu dan goncang laju-laju. Nanti akan nampak buih keluar. Kalau buih tu halus maknanya original la tu. kalau buih kasar bukan ori ya sebab dah dicampurkan dengan air. Makin cepat buih tu hilang, semakin tiruan la perfume tu. Tak caya cuba korang buat sekarang pada perfume yang korang ada kat rumah.

Kedua, aku akan sembur pada kertas atau baju.

Korang akan dapat rasa minyak pada semburan minyak wangi original , bukan air dan haruman tahan sampai 24 jam. Minyak wangi tiruan plak korang akan rasa air ja dan hanya 5 jam la lebih kurang tahan harumannya tu, ikut pada perfume yang korang beli la masa tu.

Bayangkan kalau sembur kat baju, fabrik tu bole bertukar warna. Ini kan pulak kalau sembur kat kulit, bahaya la kan korang. So hati-hati la ya.

Ketiga, aku cium bau minyak wangi tu.

Kalau original, bau sangat authentic tapi kalau tiruan lebih pada bau alkohol atau spirit (sejuk je kalau spray kat baju dan kena kulit korang).




Owh lupa lagi satu pastikan kat botol ada EDP,EDT atau apa2 E la sebab kekadang diaorang ni jual ikut muat je. Harga EDP bagi kat EDT. Macam tu la lebih kurang. Penjual macam ni jadi ET lagi bagus. Bhahahhaa...

Paling bagus korang pilih Parfum (Pati asli tanpa campuran). Biasa tahan dalam 8 jam ke atas.

Kedua Eau De Parfum - EDP (pati kurang pekat dari parfum dan alkohol dicampur sedikit) tahan la dalam 4-5 jam.

Ketiga Eau De Toilette - EDT (Campuran alkohol tapi haruman kuat) kebiasaannya tahan dalam 2 jam saja .

Keempat Eau De Cologne - EDC (Biasanya lelaki yang guna dan sembur di badan). No komen sebab aku tak pernah pakai. Tak suka spray di kulit.




Ada juga aku beli perfume yang telah dirukyahkan. Yang ni aku cerita dan selitkan di keluaran akan datang ya sesuai dengan cerita yang akan dicoretkan. Kali ni bagi yang wangi-wangi dulu. Bagi suspen sket naa....

Okay la kekawan, biasanya ni ja la yang aku belek kalau beli perfume. Kalau ada yang lain lagi penting untuk diperhati dan dibelek do let me know ya. Ececeh, tetiba ja terspeaking english..maklum la cerita perfume kan mesti la jadi ala-ala minah saleh. Hahaha...

Bye, jumpa lagi di lain minggu. Hepi weekend guys .!


Salah pilih perfume ni la jadi baunya...huhu..


Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)


Minyak Herba Asmak