/**/

Pages

Subscribe Twitter

Cuci Gigi di Klinik Pergigian Public, Taman Universiti, Johor




Cuci gigi je RM150..? Hmmm...


Hari-hari gosok gigi. Siang malam belai dan gosok gigi. Masih sakit gigi lagi ke? Camna tu?

Dah seminggu celahan gigi bawah aku ni keluar darah. Yang pelik malam je. Ada tanda hitam sikit kat gusi macam darah beku tapi tak sakit.

Cerita dengan geng-geng ofis kot la diaorang pernah kena simptom yang macam tu tapi semua kata tak pernah. Sakit gigi biasa ada lah. cabut ja la kata diaorang.

Risau punya pasal aku decide la nak ke klinik yang selalu aku pergi tu. Takut melarat plak walau pun tak sakit. Tambah lagi la geng semua tu dah cakap macam-macam andaian. Uwaaa...


Klinik Pergigian Public
52-A, Jalan Kebudayaan 1
Taman Universiti
Skudai, Johor.

07-5203381

Isnin - Ahad - 9pg - 5 ptg
Khamis tutup
Cuti Am - 9pg - 5 ptg





Debaran waktu menunggu nama nak dipanggil untuk rawatan memang la kuat terasa. Masa interview naik pangkat hari tu pun tak seteruk debaran ni. Memang dasar penakut. Hahaha...




Bila nama dah dipanggil lagi la gugup. Bagitau je masalah pada doktor. Dia tengok terus dengan confident nya bagitau ada batu.

What..? Batu..? Ke darah beku..? Haish...

Doktor terangkan semua tu berpunca dari karang gigi. Walau pun tak tebal dan sikit je kat sebelah dalam gigi, ianya tetap akan mengganggu gusi.

Penyelesaiannya adalah gigi itu perlu dicuci dan sebaiknya kesemua gigi la patut dicuci. Dah cuci nanti warna hitam tu akan hilang.

Ok la doktor, redha ja la kena buat rawatan ni. Bila berbaring dia suruh la aku baca selawat atau baca la apa yang orang melayu selalu baca. Gitew...terbaik la doktor ni.

Masa dia buat tu lembut je tak rasa sakit cuma kekadang ja bila terkena pada gusi sikit rasa la sakitnya. Tegang jugak badan aku menahan sakit. Haha...

Yang sedapnya bila aku jerit arghhhh...dia bole jawab..arghhh jugak. Haha poyo la doktor ni. Kelakar.




Nurse tu plak macam staf baru. Tak pandai guna penyedut air. Sampai aku tertelan air. Rasa payau. Darah ke? Argh tidak...!.




Rawatan ambil masa dalam 20 minit ja. Lepas karang dibuang, berkumur dan gigi akan dibersihkan dengan disapu ubat yang rasanya sedap macam ubat gigi. Last sekali dia floss gigi aku. Dah siap.

Memang ada rasa kelainan. Doktor kata paling tidak setahun sekali kena buat rawatan cuci gigi.

Sama la macam kena makan ubat cacing, paling bagus setahun 2 kali. Jangan ingat budak kecil ja ada cacing. Ntah-ntah orang dewasa ni cacing dia lagi besar tau. Wakakakka....!




Sampai ja ofis, macam biasa geng-geng akan kerumun nak tau apa cerita. Bila aku terangkan, semua kata lega kan dah tau.

Cumanya diaorang kata macam ni. Kak Meed, kalau pergi Hospital Kerajaan kena RM1 ja. Ni sampai RM150 hanya untuk cuci gigi je? Melopong jap.

Tapi yang sorang tu kata, memang la kerajaan murah tapi sakit dan tak berapa nak detail cara dan proses rawatannya dan kena tunggu lama la. Kalau kebetulan doktor tu bad mood mau dibuatnya huru hara gigi korang tu.

Ya la kan, tu la bezanya. Kalau kita dah bayar mahal-mahal tapi rawatan kasar, memang nak kena tumbuk sebijik. Haha...

Ok la ni ja citer perkongsian kali ni. Jumpa lagi. Dada didi dudu...!



Ada brani jumpa doktor gigi macam nih...? Haha...


Cerita Saya Yang Korang Mesti Baca Jugak :)






Meed-Disney Store @ Shopee


Kacip Fatimah Phyto Plus Keluaran UTM Skudai      Tongkat Ali Phyto Plus Keluaran UTM Skudai

Virgin Coconut Oil (VCO) Keluaran UTM Skudai     Dermags Skincare Trial Set Keluaran UTM Skudai